Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melabakan, melabai


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
laba1. keuntungan (drpd perniagaan, perdagangan, pelaburan, dll): perniagaan yg diusahakannya itu menghasilkan ~ yg berlipat ganda; 2. faedah, guna, kebaikan: apa ~nya kita bertengkar ini? ~ modal (Eko) keuntungan yg diperoleh drpd wang yg dilaburkan dlm sesuatu perniagaan (saham dsb) hasil drpd kenaikan harga; ~ rugi a) untung rugi; b) baik buruk; (pajak) ~ perang Id (cukai yg dikenakan atas) keuntungan yg diperoleh dlm masa perang; ~ sama dibagi, rugi sama diterjuni prb bersahabat (bermuafakat) sehidup semati; belum tahu akan ~ rugi prb belum tahu akan baik buruk sesuatu hal; kalau ~ bercikun-cikun, buruk diberitahu orang prb berdiam diri sahaja sewaktu dlm kesenangan tetapi meminta pertolongan orang lain apabila dlm kesusahan; mengaut ~ dgn siku prb orang yg selalu mencari keuntungan yg banyak; berlaba 1. mendapat atau beroleh laba (keuntungan): dia ~ berlipat ganda drpd perniagaannya; 2. menghasilkan (mendatangkan) keuntungan: perniagaan yg diurusnya itu tidak ~ sedikit pun; melabakan, melabai menghasilkan (mendatangkan) keuntungan kpd, menguntungkan: rancangan itu hanya akan ~ beberapa orang yg telah sedia kaya.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas