sambil | sedang melakukan sesuatu melakukan yg lain juga; seraya: ~ minum kopi, kami berbual-bual. belajar ~ bekerja. sambil-sambil, = sambil lalu 1 dilakukan sewaktu berjalan dsb. 2 dilakukan dgn tidak sungguh-sungguh. menyambil berbuat sesuatu dgn tidak sungguh-sungguh: Janganlah ~ saja apabila membuat kerja itu. menyambilkan melakukan sesuatu bersama sesuatu yg lain; membuat sesuatu dgn sambil lalu: Kerja mengait renda itu disambilkannya ketika dlm perjalanan pulang. sambilan 1 pekerjaan yg dilakukan bersama dgn yg lain. 2 sesuatu yg kurang penting. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
praktik | cara melakukan sesuatu teori; perbuatan melakukan teori: Pd teorinya mudah, tetapi ~nya susah. mempraktikkan melakukan apa-apa yg dinyatakan dlm teori: Dia sedang ~ segala yg dipelajarinya dahulu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengacah | melakukan gerakan yg mengelirukan lawan atau binatang buruan; berpura-pura melakukan sesuatu tetapi melakukan yg lain pula. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
acah | ; mengacah melakukan gerakan yg mengelirukan lawan atau binatang buruan; berpura-pura melakukan sesuatu tetapi melakukan yg lain pula. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
zina | persetubuhan yg tidak sah atau haram (bukan antara suami isteri), mukah: jangan kamu melakukan ~; berzina melakukan zina, berbuat zina, bermukah; perzinaan perihal atau perbuatan berzina; penzina orang yg berzina. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sanggup | 1 sudi dan berjanji akan melakukan sesuatu; sedia; rela: Dia ~ menolong kita. 2 mampu melakukan sesuatu; cekap: Tentera kita ~ mempertahankan negara drpd serangan musuh. menyanggup bersedia melakukan sesuatu; menyatakan sanggup: Dia cuma ~, tetapi tidak dilaksanakan apa-apa yg dijanjikan. menyanggupi menyatakan sanggup (utk melakukan sesuatu): Dia ~ segala permintaan penjahat itu. kesanggupan 1 hal bersedia (sudi dsb); kesediaan: ~ tuan utk berbincang amatlah kami hargai. 2 kesediaan dll utk melakukan sesuatu; kemampuan: Kaum wanita mempunyai ~ utk menjadi pemimpin negara. penyanggup orang yg sanggup, menyanggup atau menyanggupi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
orang upahan | orang yg diupah utk melakukan sesuatu (biasanya melakukan hal-hal yg tidak baik). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gopoh | sentiasa hendak lekas serta kurang berhati-hati ketika melakukan sesuatu. bergopoh-gopoh melakukan sesuatu dgn cepat dan tidak cermat; bergesa-gesa: Jangan ~, nanti jatuh. tergopoh-gopoh dlm keadaan bergopoh-gopoh; tergesa-gesa. Dgn ~, dia keluar dr bilik itu. kegopohan keadaan atau hal gopoh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tuduh | ; menuduh 1. menunjuk dan mengatakan seseorang melakukan kejahatan (kecurangan dll): kitalah yg berdosa kerana ~ dia melakukan perkara yg bukan-bukan; 2. mengatakan seseorang itu melakukan sesuatu yg melanggar undang-undang, mendakwa: beliau ~ bahawa Datuk Bendahara itu telah menggunakan wang kerajaan utk mengadakan beberapa tunjuk perasaan antikerajaan; tuduh-menuduh saling menuduh (menyalahkan satu sama lain): mereka ~ sesama sendiri; menuduhkan melemparkan dakwaan kpd, mendakwakan: beliau telah menyangkal keras segala yg dituduhkan kepadanya itu; tertuduh sudah (telah) dituduh, terdakwa: dia ditangkap bukan kerana mencuri atau menipu tetapi kerana ~ membantu musuh dlm masa negeri kita diduduki oleh Jepun; yg ~ orang yg dituduh (didakwa); tuduhan hasil menuduh, hal yg dituduhkan, dakwaan: fitnah dan ~ kotor begitu mudah dihambur-hamburkan; pertuduhan kenyataan yg menuduh atau mendakwa seseorang yg disyaki melakukan sesuatu kesalahan atau jenayah dan sedang menjalani perbicaraan di mahkamah: beliau kini sedang menghadapi lima ~ rasuah; mereka mengaku tidak bersalah apabila kertas ~ dibacakan di hadapan hakim; penuduh orang yg menuduh, pendakwa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bergerak | 1 berubah (berpindah) tempat atau kedudukannya; tidak diam saja: Jangan ~ dr tempatmu. 2 pergi atau menuju ke sesuatu tempat: Mereka telah ~ ke kawasan yg berbahaya itu. 3 berusaha melakukan sesuatu; melakukan sesuatu usaha: Negara Malaysia sedang ~ dgn cergas utk mencapai kemajuan dan kemakmuran hidup seluruh rakyatnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |