catut II | 1. = tukang ~ = pencatut a) orang yg berniaga dlm pasar gelap; b) orang yg berniaga dgn mengambil untung yg melampau-lampau; 2. orang yg mencari wang (keuntungan) dgn jalan haram (spt makan suap dll); harga ~ harga yg lebih tinggi drpd harga rasmi, harga gelap; politik (tukang) ~ bp cara-cara atau tindak-tanduk yg bertujuan utk mencari laba dgn sebanyak-banyaknya; mencatut 1. berniaga secara gelap, menjadi pencatut; 2. menjual sesuatu dgn mengambil untung yg melampau-lampau; 3. menipu, membelit; 4. mempergunakan nama orang (pangkat, kuasa, dll) utk mendapat keuntungan sendiri; catutan hasil atau keuntungan yg diperoleh drpd kerja mencatut; percatutan perihal berniaga secara gelap (tidak sah, haram dll); pencatutan perihal (perbuatan dsb) mencatut; pencatut tukang catut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melampau-lampau | sangat (terlalu) melampau: permintaannya ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghamba | , menghambai mengabdi (kpd): kasih itu jangan melampau-lampau sehingga ~ diri sendiri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencatut | 1. berniaga secara gelap, menjadi pencatut; 2. menjual sesuatu dgn mengambil untung yg melampau-lampau; 3. menipu, membelit; 4. mempergunakan nama orang (pangkat, kuasa, dll) utk mendapat keuntungan sendiri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pencatut | a) orang yg berniaga dlm pasar gelap; b) orang yg berniaga dgn mengambil untung yg melampau-lampau; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tukang catut | a) orang yg berniaga dlm pasar gelap; b) orang yg berniaga dgn mengambil untung yg melampau-lampau; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lampau | 1. lalu, lepas, lewat: corak hidup orang Melayu pd zaman ~ berlainan sekali dgn keadaan orang Melayu sekarang; 2. lebih (drpd yg dijangka atau yg sepatutnya): jangan ~ berjaga malam nanti lemah badan; melampau terlalu sangat, berlebih-lebih (membuat sesuatu), melewati batas, keterlaluan: mereka menjual barang-barang kpd pelanggan mereka dgn harga yg ~; perubahan sikap ini ialah cara yg baik utk menjadi unsur ~ antara dua keadaan; melampau-lampau sangat (terlalu) melampau: permintaannya ~; melampaui 1. lalu di, melalui, melintasi: orang tua itu masih belum ~ persimpangan jalan; 2. melebihi (sesuatu peringkat dsb), melewati: usianya tidak ~ dua puluh lima tahun; pakar-pakar sains Islam telah memajukan botani dan zoologi jauh ~ keadaan yg telah ditinggalkan Dioskorides; ~ batas; 3. melebihi (had, ketentuan, dsb yg wajar), berlebih-lebihan, melanggar (tatatertib dll): tidak tahan hati melihat kekejaman dan keganasan yg ~ batas itu; 4. mengatasi (sesuatu kesukaran, kesulitan, dll); terlampau sangat berlebih-lebih, terlalu atau teramat sangat: kanak-kanak tidak harus dipenjarakan kecuali dia ~ jahat; maka terjumpalah sebatang kayu yg ~ besarnya; terlampaui sudah dilalui (tempat dll), telah melebihi: tengah malam sudah ~; musim kecil sudah ~ dan musim besar akan datang kira-kira tengah dua bulan lagi; keterlampauan perihal, sifat atau keadaan terlampau, keterlaluan; lampauan takat yg paling tinggi atau paling jauh: antara kedua-dua ~ ini mungkin ada kekecualian; kelampauan sudah terlambat atau terlewat, telah didahului (oleh orang lain), kelewatan; anak gadis itu sudah ~ a) adiknya berkahwin dahulu daripadanya; b) sudah agak lanjut umurnya; pelampauan perihal atau perbuatan melampau atau melampaui sesuatu: punca kesilapan seterusnya, menurut Ibnu Khaldun, ialah ~; pelampau orang yg melakukan sesuatu dgn berlebih-lebihan, orang yg mempunyai faham (kepercayaan) yg berlebih-lebihan: ancaman puak ~ telah meresahkan penduduk kota itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hamba I | 1. abdi, budak belian, sahaya; 2. saya (utk merendahkan diri): ~ dengar tadi encik mengatakan encik berniaga di Singapura; tuan ~ (sbg menghormati orang yg dilawan bercakap) tuan; 3. ya, tuan (disebut ketika menjawab pertanyaan dsb); 4. (Komp) peranti yg dikuasai atau dikawal oleh peranti lain; ~ Allah manusia; ~ bas (Komp) peranti yg ditetapkan utk bertugas menerima atau menghantar data dari atau ke peranti yg bertindak sbg pengawal bas dlm komputer; ~ hukum Id polis; ~ raja a) abdi raja; b) bentara raja; ~ sahaya berbagai-bagai hamba, segala hamba; ~ seks perempuan yg dipaksa melayan keinginan nafsu seks lelaki; ~ tebusan budak belian; ~ tuan saya (utk merendahkan diri); berhamba 1. memiliki (mempunyai) hamba: ia ~ dua orang; 2. menjadi hamba (abdi): mereka datang menyerahkan diri kpd baginda dan ~ kepadanya; 3. menyebut dirinya hamba: ia tidak lagi ~ tuan ketika bercakap; 4. bersama-sama dgn hamba: dibawa lari periuk nasi itu lima ~; menghamba, menghambai mengabdi (kpd): kasih itu jangan melampau-lampau sehingga ~ diri sendiri; menghambakan 1. menjadikan hamba: ia sedar bagaimana pengaruh wang boleh ~ orang; penghulu itu ~ orang kampung; 2. memperhambakan; memperhamba memperlakukan sbg hamba; memperhambai mengabdi kpd; memperhambakan menjadikan diri sendiri atau seseorang lain sbg hamba kpd, mengabdikan: ia telah ~ dirinya kerana kasihnya kpd laki-laki itu; diperhamba = yg ~ hamba tuan(ku), patik, saya: yg titah itu atas kepala patik yg ~; kehambaan keadaan menjadi hamba: syarat atau asas perkenalan sesama manusia termasuklah patuh, taat, dan mengaku ~ kpd Allah; perhambaan perihal menjadi hamba (berhamba), perbudakan: Islam sama sekali tidak menggalakkan ~; penghambaan perihal atau perbuatan menghamba. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lampau | melampau terlalu sangat; berlebih-lebihan (membuat sesuatu dll): Kenakalannya sudah ~ sekarang. | Kamus Pelajar |
lampau | lalu; lepas: Dia masih membanggakan kegemilangan yg telah ~. melampau terlalu sangat; berlebih-lebihan (membuat sesuatu dll): Kenakalannya sudah ~ sekarang. melampaui 1 melebihi sesuatu peringkat atau had: Kelakuannya sudah ~ batas. 2 lalu di; melintasi: Ketika ~ kawasan kubur, Amin terdengar-dengar jeritan halus. terlampau teramat sangat; terlalu: Anaknya ~ manja. pelampau orang yg melakukan sesuatu dgn berlebih-lebihan; orang yg mempunyai fahaman atau kepercayaan yg berlebih-lebihan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |