lancar | 1 fasih dan hafaz benar (bkn pertuturan atau bacaan): Dia membaca buku dgn ~ sekali. 2 tidak tersangkut-sangkut (bkn pergerakan dll); cepat dan licin. melancar 1 bergerak atau berjalan dgn lancar; maju dgn cepat: Keretanya ~ dgn kencangnya. 2 mengulang pelajaran supaya mahir; menghafaz: Kamu hendaklah ~ pelajaranmu di rumah. melancarkan 1 menggerakkan sesuatu dgn cepat; meluncurkan: Rusia berjaya ~ bulan rekaan ke angkasa. 2 melakukan atau menjalankan sesuatu (serangan, tindakan dll): Mereka telah ~ serangan ke atas pengganas-pengganas itu. 3 menjadikan lancar (bkn pergerakan, pelajaran, usaha dll); melicinkan: Jika tidak cukup petugas, bagaimana kami dpt ~ pekerjaan ini? 4 memulakan sesuatu aktiviti, usaha dsb: ~ kempen antidadah. 5 memperkenalkan produk baru, terbitan baru dsb kpd masyarakat buat kali pertamanya: Proton ~ model barunya. ~ buku kanak-kanak. kelancaran 1 sifat atau hal lancar; kefasihan atau kecepatan (berkata-kata, membuat sesuatu dll). 2 keadaan lancar; kelicinan mengusahakan atau membuat sesuatu. pelancaran perbuatan melancarkan (memulakan sesuatu gerakan dll): ~ “Sputnik” dan “Explorer” telah disusuli oleh beberapa jenis bulan rekaan lagi. pelancar alat utk melancarkan sesuatu objek, spt roket, peluru supaya objek tsb bergerak dgn pantas ke udara: ~ roket. selancar 1 permainan melayangkan anak-anak batu pd paras permukaan air (supaya batu terlompat-lompat). 2 permainan meluncur di atas permukaan air dgn berdiri dsb di atas papan. berselancar 1 bermain lancang-lancang. 2 bermain meluncur di atas air. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memanah | 1. melancarkan anak panah (kpd): maka dipanahnya Seri Rama; 2. bergerak (terlepas dll) dgn amat laju; 3. mengenakan sbg panah: rumah itu dipanah petir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meluncurkan | 1. melancarkan, melungsurkan: ~ kapal; 2. mengeluarkan (kata-kata dll) dgn lancar: ia pun ~ kata-kata ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lancar I | terlalu pantas dan licin (pergerakan sesuatu benda, percakapan, dll), fasih (hafaz) benar, laju, tidak tersangkut-sangkut: bacaannya ~; bas itu berjalan dgn ~nya; ~ kaji kerana diulang prb kepandaian dan kemahiran didapati kerana selalu berlatih; selancar, berselancar 1. bermain lancang-lancang; 2. meluncur di atas air (dgn papan dll); melancar 1. bergerak dgn laju (motokar, kapal, dll): kereta itu ~ dgn lajunya meninggalkan tempat itu; 2. menghafaz, selalu mengulangi pelajaran: engkau bukan tidak pandai, tetapi engkau malas ~ di rumah; melancarkan 1. memulakan (menggerakkan) sesuatu dgn cepat, meluncurkan: Rusia telah ~ sebuah kapal angkasa lepas yg memuatkan tiga orang angkasawannya; 2. menyebabkan berjalan dgn cepat (licin), melicinkan (sesuatu usaha dll): pengakuan ejaan ini akan ~ perhubungan dan pertukaran fikiran; 3. melakukan atau mengadakan sesuatu (serangan, tindakan, dll): pd mulanya mereka teragak-agak juga hendak ~ peperangan ke atas orang Islam; gerakan Bulan Bahasa Kebangsaan akan dilancarkan tidak lama lagi; bagai pucuk dilancarkan prb pergerakan yg terlalu cepat; memperlancar membuat supaya lebih lancar; memperlancarkan menjadikan lebih lancar: urutlah bahagian yg kejang utk ~ oksigen; terlancar-lancar sl (dgn) terlalu cepat, tergesa-gesa: adapun kita sekalian berjalan jangan ~ dahulu kerana negerinya sudah hampir; kelancaran 1. kecepatan (melakukan sesuatu, berkata-kata dll), kepantasan, kelancangan: barangkali abangnya akan memarahi dia kerana ~ mulutnya itu; 2. kelicinan (dlm mengusahakan atau membuat sesuatu): konfrontasi tidak sedikit pun menyentuh kepesatan dan ~ kita utk membangun; pelancaran perihal atau perbuatan melancarkan (memulakan sesuatu gerakan, rancangan, dll): ~ kempen kebersihan oleh Perdana Menteri; pelancar alat utk melancarkan sesuatu objek, spt roket dan projektil, supaya bergerak dgn pantas ke udara: ~ roket. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melancarkan | 1 menggerakkan sesuatu dgn cepat; meluncurkan: Rusia berjaya ~ bulan rekaan ke angkasa. 2 melakukan atau menjalankan sesuatu (serangan, tindakan dll): Mereka telah ~ serangan ke atas pengganas-pengganas itu. 3 menjadikan lancar (bkn pergerakan, pelajaran, usaha dll); melicinkan: Jika tidak cukup petugas, bagaimana kami dpt ~ pekerjaan ini? 4 memulakan sesuatu aktiviti, usaha dsb: ~ kempen antidadah. 5 memperkenalkan produk baru, terbitan baru dsb kpd masyarakat buat kali pertamanya: Proton ~ model barunya. ~ buku kanak-kanak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
melancarkan | 1. memulakan (menggerakkan) sesuatu dgn cepat, meluncurkan: Rusia telah ~ sebuah kapal angkasa lepas yg memuatkan tiga orang angkasawannya; 2. menyebabkan berjalan dgn cepat (licin), melicinkan (sesuatu usaha dll): pengakuan ejaan ini akan ~ perhubungan dan pertukaran fikiran; 3. melakukan atau mengadakan sesuatu (serangan, tindakan, dll): pd mulanya mereka teragak-agak juga hendak ~ peperangan ke atas orang Islam; gerakan Bulan Bahasa Kebangsaan akan dilancarkan tidak lama lagi; bagai pucuk dilancarkan prb pergerakan yg terlalu cepat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memanahkan | 1. sl melancarkan anak panah: maka Seri Rama pun ~ anak panah itu; 2. melancarkan sesuatu spt anak panah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panah | 1. = ibu ~ = baur ~ kayu (buluh dll) yg kedua-dua hujungnya direntangi tali dan boleh dilenturkan (utk melancarkan senjata yg tajam); 2. = anak ~ benda tajam yg dilancarkan dgn ibu panah, anak busur; ~ kelodan sl petir; ~ matahari cahaya (sinar) matahari; berpanah 1. memakai (mempunyai) panah: satu pasukan askar ~; 2. menggunakan panah: kami ada lawan ~; berpanah-panahan saling menggunakan panah (dlm pertempuran): maka segala yg memegang panah ~; memanah 1. melancarkan anak panah (kpd): maka dipanahnya Seri Rama; 2. bergerak (terlepas dll) dgn amat laju; 3. mengenakan sbg panah: rumah itu dipanah petir; memanahi melepaskan anak panah berkalikali kpd; memanahkan 1. sl melancarkan anak panah: maka Seri Rama pun ~ anak panah itu; 2. melancarkan sesuatu spt anak panah; panahan 1. hasil perbuatan memanah; 2. pandangan (mata) yg seolah-olah memanah: Tun Kudu tak tahan menentang kilat ~ anak mata Tun Pateh; pemanah orang yg memanah; sepemanah sejauh tiba panah yg dilepaskan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melancarkan | 1 menggerakkan sesuatu dgn cepat; meluncurkan: Rusia berjaya ~ bulan rekaan ke angkasa. | Kamus Pelajar |
melancarkan | 1. menggerakkan sesuatu dgn cepat; meluncurkan: Rusia berjaya ~ bulan rekaan ke angkasa. 2. melakukan atau menjalankan sesuatu (serangan, tindakan dll): Mereka telah ~ serangan ke atas pengganas-pengganas itu. 3. menjadikan lancar (bkn pergerakan, pelajaran, usaha dll); melicinkan:Jika tidak cukup petugas, bagaimana kami dpt ~ pekerjaan ini? | Kamus Pelajar |