Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
layan
Kata Terbitan : melayani, layanan, pelayan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
layan; ~ diri pelayanan diri sendiri oleh pem­beli kerana penjual atau syarikat perniagaan tidak memberikan khidmat melayan para pembeli; melayan, melayani 1. menyempurnakan keperluan orang lain (pembeli, tetamu, dll), meladeni: seorang gadis Cina senantiasa ~ pelanggan-pelanggan di situ; 2. mempeduli­kan (suami, teman, dll), mengendahkan, menerima baik (terhadap orang lain): Edah membentak kerana malas hendak ~ suami­nya; 3. menentang (musuh dll): kakang kehilangan saudara sekarang, namanya itu Panji Semirang, lama dicari bukan kepalang, sebilang negeri dilayan perang; 4. mengikut kehendak (hati, fikiran, dll): sejurus ia ber­menung ~ fikiran yg berkacau itu; 5. meng­gunakan sesuatu alat kerja dgn cermat dan betul; melayankan 1. menyediakan sesuatu utk orang lain (spt hidangan makanan dll), meng­hidangkan, menyajikan; 2. menurutkan ke­mahuan (sendiri atau orang lain): ia telah cuba memujuk supaya Wan Intan mahu ~ kehendak hatinya; layanan perihal melayan(i), ladenan: per­mohonan mereka telah tidak mendapat ~ drpd pihak yg tertentu; pembelaan dan ~ kakak ini tidak spt yg sepatutnya; pelayanan perihal atau perbuatan melayan; pelayan 1. orang yg kerjanya melayan, orang suruhan, pembantu; 2. (Komp) peranti atau program komputer yg membekalkan data dan maklumat kpd komputer lain yg mempunyai hubungan rangkaian dengannya; ~ besar ketua orang suruhan; ~ dapur orang yg bertugas di dapur (spt memasak dll); ~ pejabat budak suruhan (membantu kerja) di pejabat.Kamus Dewan Edisi Keempat
layan; melayan 1 menyempurnakan kehendak atau keperluan orang lain (spt pelanggan, tetamu dll): Tauke kedai itu sedang ~ pelanggannya. 2 mengendahkan atau mempedulikan kritik, rungutan dll: Dia tidak pernah ~ tohmah drpd masyarakat kampungnya. 3 mengikut kehendak hati (perasaan dll): Lama dia bermenung ~ perasaannya. melayani melayan berkali-kali atau melayan beberapa banyak orang. layanan kata-kata atau perbuatan utk melayan: Kami telah menerima ~ yg baik drpd mereka. pelayan 1 orang yg kerjanya melayan. 2 ist alat atau program komputer yg membekalkan data dan maklumat kpd komputer-komputer lain yg mempunyai hubungan rangkaian dgnnya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
layanmelayan 1. menyempurnakan kehendak atau keperluan orang lain (spt pelanggan, tetamu dll): Tauke kedai itu sedang ~ pelanggannya. 2. mengendahkan atau mempedulikan orang lain (spt suami, kawan dll):Dia tidak pernah ~ tohmah drpd masyarakat kampungnya. 3. mengikut kehendak hati (perasaan dll):Lama dia bermenung ~ perasaannya. melayani melayan berkali-kali atau melayan beberapa banyak orang. layanan kata-kata atau perbuatan utk melayan: Kami telah menerima ~ yg baik drpd mereka. pelayan orang yg kerjanya melayan.Kamus Pelajar

Kembali ke atas