Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lengah
Kata Terbitan : berlengah-lengah, melengah, melengah-lengahkan, terlengah, kelengahan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lengah(léngah) 1. kurang peduli (ingat-ingat), cuai, lalai, leka: rancangan itu akan dijalan­kan dgn tidak ~-~ lagi; 2. tidak segera, lambat, malas: lekas-lekas kembali, jangan ~ di laut; berlengah-lengah, berlengah 1. berlalai­-lalai, berlama-lama, berlambat-lambat, bermalas­-malas: dgn tiada ~ lagi kami pun menaiki kereta tersebut lalu pergi; 2. berbuat sesuatu utk melalaikan diri, berleka-leka: ia ~ ber­main catur; melengah 1. tidak segera (melakukan sesuatu), tidak hati-hati, lalai, leka: pernah sekali saya dimarahi kerana ~ melayan tetamu; 2. = ~ waktu mengisi masa yg lapang dgn mengerja­kan sesuatu: di bawah meja itu ada banyak majalah utk ~ waktu; 3. melakukan sesuatu utk menghiburkan atau mempersenang diri (orang lain dsb): ~ anak; ~ hati; melengah-lengah 1. berbuat sesuatu utk mem­persenang-senang atau menghibur-hiburkan diri (orang dsb); 2. = ~ waktu melakukan sesuatu (membaca dll) utk mengisi waktu; melengahkan, melengah-lengahkan me­lakukan sesuatu supaya lalai, mengabaikan, melalaikan, melambat-lambatkan: dlm pd itu Rosita tiada melalaikan dan ~ sekolahnya; sengaja membuat helah utk ~ masa; terlengah tidak teringat akan sesuatu, ter­lalai (oleh sesuatu), terlena; lengahan perihal lengah: tindakan yg meng­gunakan strategi ~. kelengahan 1. perihal lengah (lalai, cuai, dll), kelalaian: ~ kita telah menyebabkan kita sekalian menjadi mundur; 2. keadaan tidak berbuat apa-apa (menganggur); pelengah 1. orang yg selalu berlengah (berlambat-lambat atau lalai); 2. sesuatu yg boleh melengahkan (bermain, membaca, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
melengah1. tidak segera (melakukan sesuatu), tidak hati-hati, lalai, leka: pernah sekali saya dimarahi kerana ~ melayan tetamu; 2. = ~ waktu mengisi masa yg lapang dgn mengerja­kan sesuatu: di bawah meja itu ada banyak majalah utk ~ waktu; 3. melakukan sesuatu utk menghiburkan atau mempersenang diri (orang lain dsb): ~ anak; ~ hati;Kamus Dewan Edisi Keempat
melengah-lengah1. berbuat sesuatu utk mem­persenang-senang atau menghibur-hiburkan diri (orang dsb); 2. = ~ waktu melakukan sesuatu (membaca dll) utk mengisi waktu;Kamus Dewan Edisi Keempat
mempertangguhkan1. mengundurkan (waktu), menunda waktu (sampai, hingga): Dewan itu mempunyai peraturan-peraturan yg tertentu, peraturan ~ mesyuarat dan peraturan meluluskan undang-undang; 2. sengaja melambat-lambatkan, melengah-lengahkan (waktu dll), menghulur-hulur (waktu): perkara itu telah terlalu lama ditangguhkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
menangguhkan1. mengundurkan (waktu), menunda waktu (sampai, hingga): Dewan itu mempunyai peraturan-peraturan yg tertentu, peraturan ~ mesyuarat dan peraturan meluluskan undang-undang; 2. sengaja melambat-lambatkan, melengah-lengahkan (waktu dll), menghulur-hulur (waktu): perkara itu telah terlalu lama ditangguhkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
me­nangguhkan1 melewatkan wak­tu utk melakukan sesuatu; menunda: Abdullah dan rakan-rakannya pun ber­setuju ~ pelayaran mereka, lalu naik ke darat semula. 2 = menangguh-nangguhkan sengaja melambat-lam­batkan; melengah-lengahkan: Mereka bertujuan ~ tarikh kemerdekaan tanah air.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lengah/léngah/ 1 tidak cepat; lambat. 2 kurang peduli; lalai; cuai. berlengah-lengah 1 membuat sesuatu dgn perlahan-lahan; berlambat-lambat; berlama-lama: Dgn tidak ~ lagi, dia pun terjun ke dlm sungai utk menyelamatkan budak itu. 2 berbuat sesuatu utk melalaikan; berleka-leka: Dia ~ bermain catur. melengah-lengah melakukan sesuatu utk menghibur-hibur hati dsb. ~ hati menghibur hati. ~ waktu mengisi waktu terluang dgn mengerjakan sesuatu. melengahkan melakukan sesuatu supaya lambat; melalaikan; melambatkan. kelengahan hal atau keadaan lengah: ~nya telah menyebabkan dia didenda oleh guru. pelengah orang yg selalu lambat atau lalai dlm pekerjaannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
propaganda1. penerangan atau penyiaran (ideologi, faham, pendapat dll), ideologi atau pendapat yg dihebahkan utk mempengaruhi orang ramai, diayah: pemberontak komunis telah memperhebat kempen-kempen ~ mereka di Saigon; 2. = berpropaganda menerang­kan pendapat (ideologi, fahaman dll) dgn tujuan utk mendapat sokongan drpd orang ramai: tujuan perundingan itu hanyalah utk melengah-lengahkan masa atau utk ~; 3. bp iklan barang dagangan dll; mempropagandakan 1. menghebahkan se­cara teratur pendapat (ideologi, fahaman dll) dgn tujuan mempengaruhi serta utk mendapat sokongan drpd orang ramai: aku yg di daerah ini disuruh ~ anjuran kembali kpd keperibadian bangsa; 2. bp mengiklankan barang dagangan dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
tangguhpenundaan waktu (utk me­lakukan sesuatu): Dia meminta ~ dua hari lagi utk menyiapkan kerja itu. bertangguh 1 meminta supaya di­lanjutkan waktunya: Tuan rumah membenarkan dia ~ membayar sewa rumahnya selama dua minggu. 2 = ber­tangguh-tangguh berlama-lama; ber- lambat-lambat; berlengah-lengah: Dgn tiada ~ lagi, perajurit-perajurit Riau pun melepaskan tembakan ke darat. me­nangguhkan 1 melewatkan wak­tu utk melakukan sesuatu; menunda: Abdullah dan rakan-rakannya pun ber­setuju ~ pelayaran mereka, lalu naik ke darat semula. 2 = menangguh-nangguhkan sengaja melambat-lam­batkan; melengah-lengahkan: Mereka bertujuan ~ tarikh kemerdekaan tanah air. mempertangguhkan menyebabkan atau menjadikan bertangguh. per­tangguhan perbuatan atau hal ber­tangguh. penangguhan perihal (per­buatan dsb) menangguhkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lambat1. tidak cepat atau lekas (pergerakan dll), perlahan-lahan: ia berjalan terlalu ~; 2. mengambil masa yg lama: benih ini ~ tumbuhnya; 3. lewat drpd waktu yg ditentukan, kasip, tertinggal: dia datang ~; jam ini ~ sepuluh minit; ~-bangat = ~-laun lama­kelamaan, akhir-akhirnya; ~ lepa Kd pantang ada kesempatan: ~ lepa dia kebas; ~ laga asalkan menang prb mengerjakan sesuatu biarlah lambat asalkan maksud ter­capai; biar ~ asal selamat, tak akan lari gunung dikejar prb membuat sesuatu kerja biarlah dgn cermat dan hati-hati; lambat-lambat dgn lambat, perlahan-lahan: mereka berjalan ~ menghampiri pinggir bukit itu; selambat-lambatnya (yg) paling lewat, se­habis lama: mereka akan menerima gaji belakangan ~ dua minggu lagi; berlambat, berlambat-lambat membuat sesuatu dgn perlahan-lahan, tidak terburu­-buru: ia berasa perlu berlambat-lambat sehingga ia dapat membuat keputusan yg saksama; berlambatan sl mengambil masa yg lama, lambat: adapun kita ini ~ akan beroleh kembali kerana Raja Rom ini besar sangat kekayaannya; melambatkan (sengaja) menjadikan lambat, membuat supaya lambat: ia ~ jalan basikalnya; melambat-lambatkan menyebabkan se­suatu (pekerjaan, tindakan dsb) berjalan lambat-lambat, melengah-lengahkan: kita tidak boleh ~ pelaksanaan tugas itu; diharapkan pihak bank tidak ~ keputusan pinjaman atau mengambil masa terlalu panjang; memperlambat menjadikan lebih lambat: kerja yg buruk elok diperlambat; terlambat melewati (melebihi) masa yg ditentukan, memakan masa, tidak menepati masa, terlewat: kerana takut ~, Mak Konah tidak menghiraukan lagi usikan anak-anak Cina itu; kelambatan 1. perihal lambat, kelewatan: ~ menetapkan harga padi itu telah menye­babkan mereka rugi; Seri Bija Diraja menyem­bahkan sebab-sebab ~ yg dialaminya itu; 2. terlewat (drpd yg ditentukan), terlambat; pelambat bahan atau sesuatu yg melambat­kan (proses, perjalanan sesuatu dsb): bahan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas