lancong | melancong pergi melawat utk bersenang-senang atau utk melihat-lihat. pelancongan hal-hal mengenai urusan melancong; perbuatan melancong; perjalanan utk melihat-lihat atau utk bersenang-senang. pelancong orang yg melancong (melawat sambil melihat-lihat): Paris sentiasa menjadi tumpuan para ~ dr seluruh dunia. | Kamus Pelajar |
lancong | ; melancong pergi melawat utk bersenang-senang atau utk melihat-lihat. pelancongan hal-hal mengenai urusan melancong; perbuatan melancong; perjalanan utk bersenang-senang atau utk melihat-lihat. pelancong orang yg melancong: Paris sentiasa menjadi tumpuan para ~ dr seluruh dunia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kunjung | ; berkunjung pergi atau datang melihat-lihat tempat atau menemui orang: Aku diberi peluang ~ ke Australia selama seminggu. Sejak itu, dia tidak pernah ~ ke rumah saya. mengunjungi mendatangi sesuatu tempat utk melihat-lihat atau utk menemui orang; menziarahi: Tiap-tiap hari tidak putus-putus orang ~ Muzium Negara. Lama benar saya tidak ~ saudara-mara saya di kampung. kunjungan hasil berkunjung atau mengunjungi; lawatan. perkunjungan perihal (perbuatan) berkunjung: ~ Presiden Suharto ke Malaysia telah disambut secara besar-besaran. pengunjungan perihal (perbuatan) mengunjungi. pengunjung orang yg berkunjung atau yg mengunjungi; pelawat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kunjung I | ; berkunjung pergi (datang) utk melihat-lihat (tempat dll) atau menemui seseorang: aku diberi kesempatan ~ ke Edinburgh, kemudian terus ke London; pernah beberapa kali aku ~ ke rumah Sutejo; mengunjungi mendatangi utk melihat-lihat (tempat dll) atau menemui seseorang, melawat, menziarahi: pelancong-pelancong yg ~ bandar tersebut tertarik dgn keindahannya; lama benar ia tidak ~ saudara-maranya di kampung; kunjung-mengunjungi saling mengunjungi: ~ spt itu ada kaitannya dgn tujuan keselamatan; kunjungan hasil berkunjung atau mengunjungi, lawatan: persediaan-persediaan menyambut ~ presiden Amerika telah siap semuanya; kota yg bersejarah ini menjadi tempat ~ ramai; ~ kilat kunjungan (lawatan) yg singkat (biasanya yg tidak dirancang terlebih dahulu); perkunjungan perihal berkunjung; pengunjung orang yg mengunjungi sesuatu tempat, pelawat, pelancong: pemandangan di tempat tersebut demikian indahnya sehingga banyak para ~ datang ke sana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tinjau I | ~ karang sj anjung di perahu (utk melihat-lihat batu karang di laut); bertinjau-tinjauan tinjau-meninjau; meninjau 1. memerhatikan (melihat-lihat) sesuatu dr tempat yg tinggi atau dr jauh: dr tingkat atas bangunan itu ia ~ suasana bandar Kuala Lumpur yg sedang dirayapi malam; dia berdiri di pintu meninjau-ninjau ke keliling halaman dan di kejauhan; 2. datang (berkunjung) utk melihat-lihat (mengamat-amati dll), mengunjungi (utk mengetahui sesuatu), melawat: ahli-ahli Parlimen diseru supaya selalu ~ kawasan mereka; ibunya selalu ~ ke rumahnya; 3. mengawasi, meng-intai, mengintip, menyiasat: pasukan peronda itu ditugaskan ~ gerak-geri penyeludup di sepanjang pantai negeri; 4. memeriksa, mempelajari, meneliti, mengkaji: memang baik kalau kita ~ balik perkara-perkara yg akan memudahkan penyelesaian masalah itu; jika ditinjau dr sudut sastera dapat kita katakan karyanya bermutu; pegawai polis itu meninjau-ninjau buku hariannya; 5. menyelidiki atau menyiasat (pendapat, fikiran, dll), menduga (hati, perasaan): tujuannya hendak ~ pendapat alim ulama mengenai masalah loteri; duduk meraut ranjau, tegak ~ jarah prb tidak berhenti-henti bekerja dgn teliti; meninjau-ninjau datang atau berkunjung utk mengetahui, mencari, melihat, mengenal pasti dsb sesuatu yg belum pasti kedapatannya: kemudian mereka ~ kampung di sini kalau-kalau boleh ditubuhkan cawangan baru; puas lelaki itu ~ di luar jendela, namun tiada siapa pun yg kelihatan; tinjau-meninjau 1. saling meninjau (lihat-melihat dll); 2. mengamat-amati ke sana ke mari, mengawasi-awasi, berwaspada; tinjauan 1. perbuatan meninjau: sebelum membuat kesimpulan harus dijalankan suatu ~ utk mengetahui pendapat umum; 2. hasil drpd meninjau, pandangan; peninjauan 1. perihal meninjau; 2. tempat yg digunakan utk kerja meninjau; peninjau orang yg meninjau; pesawat ~ Id kapal terbang pengintip. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meninjau | 1. memerhatikan (melihat-lihat) sesuatu dr tempat yg tinggi atau dr jauh: dr tingkat atas bangunan itu ia ~ suasana bandar Kuala Lumpur yg sedang dirayapi malam; dia berdiri di pintu meninjau-ninjau ke keliling halaman dan di kejauhan; 2. datang (berkunjung) utk melihat-lihat (mengamat-amati dll), mengunjungi (utk mengetahui sesuatu), melawat: ahli-ahli Parlimen diseru supaya selalu ~ kawasan mereka; ibunya selalu ~ ke rumahnya; 3. mengawasi, mengintai, mengintip, menyiasat: pasukan peronda itu ditugaskan ~ gerak-geri penyeludup di sepanjang pantai negeri; 4. memeriksa, mempelajari, meneliti, mengkaji: memang baik kalau kita ~ balik perkara-perkara yg akan memudahkan penyelesaian masalah itu; jika ditinjau dr sudut sastera dapat kita katakan karyanya bermutu; pegawai polis itu meninjau-ninjau buku hariannya; 5. menyelidiki atau menyiasat (pendapat, fikiran, dll), menduga (hati, perasaan): tujuannya hendak ~ pendapat alim ulama mengenai masalah loteri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melihat-lihat | melihat sesuatu secara santai, sambil lalu, bersenang-senang dsb: kemudian aku duduk sambil ~ apa yg terdapat di dlm bilik baginda itu; kami mengambil peluang utk ~ sekitar kawasan pondok yg menempatkan pelajar lelaki itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyelia | melihat-lihat dan mengawal sesuatu keadaan dsb; mengawasi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berorientasi | melihat-lihat atau meninjau-ninjau dsb (agar lebih kenal, lebih mesra, lebih tahu atau dapat menyesuaikan diri dgn sesuatu keadaan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selia | ; menyelia melihat-lihat dan mengawal sesuatu keadaan dsb; mengawasi. seliaan usaha atau tindakan menyelia: ~ yg rapi dpt meningkatkan prestasi pekerja. penyeliaan perbuatan atau hal menyelia; pengawasan. penyelia orang yg menyelia; pengawas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |