Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lon.cat] | ملونچت

Definisi : 1. melompat dgn kedua-dua atau keempat-empat kaki serentak: setelah ia berundur beberapa langkah ke belakang, Datuk Ujang pun ~ naik; katak ~; 2. melompat ke atas dgn pantas, melenting: ikan itu ~ keluar dr baldi; 3. ki beralih (berpindah) kedudukan dsb: banyak antara mereka yg ~ ke pihak musuh; 4. ki meningkat tinggi: harga getah ~ naik dlm tahun 1950 apabila pecah perang Korea; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lon.cat] | ملونچت

Definisi : 1 bergerak dgn mengangkat kedua-dua atau kesemua kaki serentak; melompat: katak ~. 2 beralih kedudukan; meningkat tinggi: Harga gula telah ~ naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meloncat