melonggari | menolak atau menambah supaya longgar (pakaian dll): kalau tidak dilonggari, seluar itu tidak dapat dipakai lagi; utk menambah ahli, syarat-syarat utk masuk pertubuhan itu mesti dilonggari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melapangi | 1. memberi tempat dll yg lapang, melonggari: penonton mesti ~ sedikit agar orang yg pengsan itu dapat bernafas; 2. ki memberi pertolongan (bantuan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lapang I | 1. tidak sempit, lega, luas (kawasan dll): jangan bermain di sini, pergi ke tempat ~; 2. terluang (waktu dll), tidak sibuk, senggang: apabila ada masa ~, kita akan berbincang lagi; 3. kawasan (yg luas), tapak (tempat) mendirikan atau mengadakan sesuatu: tanah itu dicadangkan utk ~ sekolah; ~ dada = ~ hati a) berasa senang dan lega; b) sabar; ~ fikiran tidak diganggui, tenang; ~ kira-kira senang hati, lega; ~ pengetahuan luas pengetahuan; ~ perut selalu hendak makan; berlapang, berlapang-lapang tidak terhalang, bebas, leluasa: ~ hati sabar; duduk seorang bersempit-sempit duduk bersama berlapang-lapang prb perundingan menghasilkan fikiran yg lebih bernas drpd fikiran kita seorang; melapangi 1. memberi tempat dll yg lapang, melonggari: penonton mesti ~ sedikit agar orang yg pengsan itu dapat bernafas; 2. ki memberi pertolongan (bantuan); melapangkan 1. menjadikan lapang, melebarkan, meluaskan: orang ramai ~ jalan kerana putera mahkota hendak lalu; ~ dada = ~ hati menenangkan hati dan fikiran: Allah ~ dada sesiapa yg dikehendaki utk menerima Islam; 2. meluangkan (masa dll), menyenggangkan: saya tidak dapat ~ waktu kerana banyak urusan; memperlapang menjadikan lebih lapang; lapangan 1. kawasan atau tempat yg luas, gelanggang, medan, padang; ~ bola padang tempat bermain bola; ~ terbang tempat kapal terbang turun naik; 2. bidang (pengetahuan, kegiatan, pekerjaan, dll), jurusan, lingkungan: mata pelajaran ini meliputi ~ kejuruteraan yg amat luas; kelapangan 1. perihal lapang (tanah, padang, dll), keluasan, kesenangan: dia semata-mata minta ~ pd tempat yg sempit; 2. keluangan waktu, masa yg terluang (tidak sibuk): tiap kali ada masa ~, dia akan menemui Nahidah; minggu depan tuan ada ~? 3. kelegaan (fikiran, kedudukan, dll), kemudahan: masyarakat selama-lamanya mencari ~ dan kebebasan; pelapang; ~ dada orang yg sabar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
longgar | 1. tidak sempit, lapang (pakaian, lubang, dll): seluar baru itu ~ sedikit; 2. tidak ketat, mudah tercabut, mudah terlepas (paku, skru, jahitan, ikatan, dll): jahitannya ~ dan kasar; tangannya memeluk ~ anak bongsunya di dada; 3. ki tidak teguh, tidak erat (tali persaudaraan, persahabatan, dsb): semenjak kejadian itu, persahabatan mereka mulai ~; 4. ki tidak mengikat kuat (aturan, syarat, undang-undang, dsb), tidak sangat terbatas, tidak ketat, kendur: hutang lapuk disebabkan oleh cara pemberian, cara kawalan dan cara pentadbiran wang kerajaan dan syarikat yg ~ dan tidak teratur; ~ sendat, lapang bertukul prb berpura-pura menerima sesuatu kebenaran tetapi sebenarnya menolak kebenaran itu; sempit lalu, ~ ditokok prb di negeri yg miskin penduduknya rajin-rajin dan di negeri yg makmur penduduknya malas; melonggari menolak atau menambah supaya longgar (pakaian dll): kalau tidak dilonggari, seluar itu tidak dapat dipakai lagi; utk menambah ahli, syarat-syarat utk masuk pertubuhan itu mesti dilonggari; melonggarkan 1. menjadikan longgar atau tidak ketat (bkn pakaian, skru, paku, dll): ia ~ skru itu; menggali atau membajak akan ~ tanah; 2. mempermudah (syarat-syarat, cara pembayaran, dsb), meringankan (aturan, undang-undang, dsb): larangan membakar mercun dilonggarkan pd malam itu; 3. meluangkan (waktu dsb); memperlonggar menjadikan lebih longgar; kelonggaran 1. perihal longgar: utk mencegah ~, skru itu harus diketatkan; pertolongannya itu bererti memberi ~ juga kpd isterinya; 2. menjadi longgar: semua pakaiannya ~ kerana badannya yg semakin susut itu; pelonggaran perihal melonggarkan (pakaian, skru, dll, meluangkan waktu dsb, mempermudah syarat-syarat dsb, meringankan aturan dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |