meluah | berasa hendak muntah; meloya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meluah | 1. berasa hendak muntah, meloya; 2. muntah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luah | ; meluah 1. berasa hendak muntah, meloya; 2. muntah; meluahkan 1. mengeluarkan drpd mulut, memuntahkan; 2. ki mengeluarkan, melahirkan: ia ingin ~ hasrat yg telah lama terpendam; saluran ini juga membolehkan para pekerja ~ perasaan geram dan tidak puas hati; dimakan mati emak diluahkan mati bapa = hendak ditelan termengkelan, hendak diluahkan tiada keluar prb dlm keadaan yg serba salah; terluah diluahkan, dilahirkan, diungkapkan: banyaklah kenangan lama ~ satu demi satu; luahan 1. sesuatu yg diluahkan (dimuntahkan dsb); 2. kata-kata (perasaan dsb) yg dikeluarkan atau dilahirkan: sbg orang lama dlm kerajaan dan parti, ~ Encik Ghafar ini merupakan rasa kecewa beliau terhadap golongan tersebut; ~ emosi; perluahan tempat atau bekas utk meluahkan: maka tanah itu diludahkannya ke dlm sebuah ~; peluahan perihal (proses) meluahkan sesuatu (perasaan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luah | ; meluah berasa hendak muntah; meloya. meluahkan 1 mengeluarkan sesuatu dr dlm mulut; memuntahkan. 2 mengeluarkan (hasrat, pendapat dsb); melahirkan: Dia ~ isi hatinya kpd ayah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meluak | meluah, meloya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luak II | ark; meluak meluah, meloya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perluahan | tempat atau bekas utk meluahkan: maka tanah itu diludahkannya ke dlm sebuah ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meluat | 1. berasa hendak muntah, meloya, meluah; 2. sangat benci, menyampah: dia ~ menengok kelakuan budak itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luat | ; meluat 1. berasa hendak muntah, meloya, meluah; 2. sangat benci, menyampah: dia ~ menengok kelakuan budak itu; kemeluatan keadaan (perasaan) meluat: dlm kebencian dan ~, aku tidak menafikan bahawa aku guru dan dia murid. | Kamus Dewan Edisi Keempat |