padam | 1 tidak bernyala atau tidak terang lagi (bkn api dll); mati (bkn api): Apabila lampu merah itu ~, lampu hijau pula yg bernyala. 2 tidak ada lagi (bkn tulisan dll); hilang: Lama-kelamaan, tulisan ini akan ~ juga. memadamkan 1 menjadikan api atau lampu tidak bernyala lagi; mematikan api dll: Dia ~ api rokoknya dan kemudian membaca lagi. 2 menghilangkan tulisan dgn getah dll: Dia telah ~ tulisannya. 3 menjadikan sesuatu keadaan (spt huru-hara, kekacauan) tenteram; menenteramkan; mengamankan: Ayahandanyalah yg bertanggungjawab ~ rusuhan itu. pemadam alat yg digunakan utk memadamkan sesuatu. ~ api alat utk memadamkan api. getah ~ getah utk memadamkan tulisan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
padam I | 1. tidak bernyala, tidak bersinar, tidak hidup (api, lampu, dll), mati: lampu-lampu rumah buruh ~ satu-satu; api yg meliuk-liuk lemah itu ~; 2. tenang semula (kemarahan, keinginan, semangat, dll), tidak bergelora lagi; tidak kunjung ~ tidak reda-reda (terus bergelora); 3. tidak berkecamuk lagi (pertempuran dll), reda, tenteram; 4. sudah hilang dahaga, hilang (hapus) atau luput sesuatu: rindunya tidak pernah ~; ~ nyawa (hayat) mati; di mana api ~, di sanalah puntung tercampak = ~ nyala tarik puntung prb di mana mati di situlah dikuburkan; memadamkan 1. mematikan (api dll): ~ api; lampu hendak kaupadamkan; 2. menghilangkan (perasaan, keinginan, semangat, dll), menenangkan: ~ berahi; ~ sekali segala harapan; 3. meredakan, menenteramkan (kekacauan dll); 4. menghilangkan dahaga; 5. menghilangkan, melenyapkan: angin sejuk itu tidak dapat ~ titik-titik keringat di dahinya; ~ tulisan; kepadaman 1. perihal padam: ~ lampu itu dgn sendirinya membuat aku berfikir tentang kematian; 2. mengalami sesuatu sebab padam; pemadaman perbuatan memadamkan; pemadam 1. = ~ api alat utk memadamkan api (kebakaran); 2. alat utk memadamkan tulisan di papan hitam dsb; getah ~ getah utk memadamkan tulisan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemadam | 1. = ~ api alat utk memadamkan api (kebakaran); 2. alat utk memadamkan tulisan di papan hitam dsb; getah ~ getah utk memadamkan tulisan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bomba | 1. alat utk mengepam air dll, pam: air telaga itu dinaikkan ke atas dgn ~; 2. pasukan yg bertugas utk memadamkan kebakaran; ahli ~ orang yg bertugas memadamkan kebakaran; kereta ~ kereta yg digunakan oleh ahli bomba apabila memadamkan kebakaran; perkhidmatan ~ perkhidmatan utk memadamkan kebakaran; kebombaan segala urusan yg berkaitan dgn perkhidmatan bomba: dia menjalani latihan asas ~ di Pusat Latihan Bomba. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemadam pukal(bulk eraser) | 1. Peranti yang memadamkan keseluruhan kandungan segulung pita magnet atau cakera magnet dengan menggunakan medan magnet kuat yang perlahan-lahan didekatkan pada jejak pita atau cakera ketika pita atau cakera sedang berputar. 2. Atur cara yang digunakan untuk memadamkan keseluruhan kandungan bahantara ingatan bermagnet dengan cepat. | Kamus Komputer |
memadamkan | 1 menjadikan api atau lampu tidak bernyala lagi; mematikan api dll: Dia ~ api rokoknya dan kemudian membaca lagi. 2 menghilangkan tulisan dgn getah dll: Dia telah ~ tulisannya. 3 menjadikan sesuatu keadaan (spt huru-hara, kekacauan) tenteram; menenteramkan; mengamankan: Ayahandanyalah yg bertanggungjawab ~ rusuhan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memadamkan | 1. mematikan (api dll): ~ api; lampu hendak kaupadamkan; 2. menghilangkan (perasaan, keinginan, semangat, dll), menenangkan: ~ berahi; ~ sekali segala harapan; 3. meredakan, menenteramkan (kekacauan dll); 4. menghilangkan dahaga; 5. menghilangkan, melenyapkan: angin sejuk itu tidak dapat ~ titik-titik keringat di dahinya; ~ tulisan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyirap | 1. meredakan, memadamkan; 2. memukau (supaya orang tertidur atau terus tidur). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemadaman(blanking) | 1. Proses memadamkan paparan video. 2. Proses meninggalkan ruang dalam baris teks. | Kamus Komputer |
padam | 1 tidak bernyala atau tidak terang lagi (bkn api dll); mati (bkn api): Apabila lampu merah itu ~, lampu hijau pula yg bernyala. 2 tidak ada lagi (bkn tulisan dll); hilang: Lama-kelamaan tulisan ini akan ~ juga. memadamkan 1menjadikan api atau lampu tidak bernyala lagi; mematikan api dll: Dia ~ api rokoknya dan kemudian membaca lagi 2 menghilangkan tulisan dgn getah dll: Dia telah ~ tulisannya. 3 menjadikan sesuatu keadaan (spt huru-hara, kekacauan dll) tenteram; menenteramkan; mengamankan: Ayahandanyalah yg bertanggungjawab ~ rusuhan itu. pemadam alat yg digunakan utk memadamkan sesuatu. ~ api alat utk memadamkan api. getah ~ getah utk memadamkan tulisan. | Kamus Pelajar |