Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pakai
Kata Terbitan : memakai, terpakai, pakaian, berpakaian, pemakaian, sepemakaian, pemakai,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pakai; memakai 1 memasang atau melekatkan sesuatu ke badan: ~ kasut; ~ baju. 2 menggunakan sesuatu utk tujuan tertentu; menggunakan (dlm erti yg luas): Kapal terbang ini tidak ~ kipas tetapi menggunakan jentera jet. Apabila mereka bertutur, mereka ~ bahasa Melayu. memakaikan 1 mengenakan atau memasangkan sesuatu pd: Ketika kita kecil-kecil dahulu, ibulah yg menyuapi kita dan ~ baju pd kita. 2 menguntukkan sesuatu supaya digunakan; memberikan sesuatu supaya dipakai: Kita tidak boleh ~ peraturan itu kpd rakyat di sini. terpakai sudah (telah) dipakai: kereta ~ kereta yg sudah dipakai oleh orang lain. pakaian 1 apa-apa (spt baju, seluar) yg dipakai di badan: Perajurit-perajurit itu berbaris di padang dan berjalan di jalan raya dgn ~ yg bersih dan kemas. 2 sesuatu yg biasa dilakukan atau diamalkan; amalan: Pencak silat merupakan ~ segala hulubalang Melayu. ~ basahan pakaian yg dipakai sehari-hari. ~ dunia (hidup) adat yg menjadi kebiasaan. ~ kebesaran pakaian yg dipakai di majlis-majlis rasmi. ~ seragam pakaian (spt pakaian tentera, pengakap) yg sama warna dan potongannya. berpakaian 1 memakai pakaian: Mereka semuanya ~ serba putih. 2 mengenakan pakaian ke badan: Tunggu sebentar, Ani masih sedang ~ di biliknya. pemakaian perbuatan (hal dsb) memakai atau menggunakan; penggunaan: ~ bahasa Inggeris di pejabat-pejabat kerajaan sudah berkurang. pemakai 1 orang yg memakai atau menggunakan: Bahasa Melayu mempunyai lebih kurang seratus empat puluh juta orang ~nya. 2 orang yg suka menghias diri atau suka berpakaian kemas.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pakai1. = memakai: semua ~ baju tangan panjang; boleh ~ kasut; 2. dgn cara, dgn jalan: tiap-tiap kali ibunya membeli tidak ~ bayar, tetapi ~ tulis sahaja; ~ paksa sahaja; dipakai bp didengar (diberi perhatian): teguranku tidak sedikit pun ~nya; berpakai 1. = berpakai-pakai (sedang) me­ngenakan pakaian: kira-kira pukul lima petang, Rijnhaard telah berpakai-pakai; 2. Mn masih dijalankan (digunakan), masih terus berlaku; memakai 1. mengenakan (meletakkan) pakaian dll: ~ baju Melayu; ~ kasut; 2. meng­gunakan, melakukan sesuatu dgn: ~ senjata; jalan bahasa spt yg dipakai oleh orang Melayu; ~ bau-bauan; ~ adat; ~ pembantu; ~ faham dengki-mendengki; 3. menjadikan sbg gundik: perempuan-perempuan muda yg disukai oleh ketua-ketua lanun itu biasanya menjadi gundik atau dipakai oleh mereka; 4. menggunakan ilmu (azimat, tangkal, dsb) utk menjaga badan (diri dsb); memakaikan 1. mengenakan baju dll pd: ia telah dipakaikan pula baju dan seluar yg labuh dan besar; 2. menggunakan (memper­gunakan) pd: diberinya sebilah keris yg bernama Tanjung Lada, maka dipakaikan oleh Apu itu kpd anaknya; 3. ark memakai; terpakai 1. dipakai: apa yg telah disebutkan tentang sistem otot dahulu ~ juga pd sistem saraf; 2. sudah dipakai: wang yg ~ hanya sebahagian sahaja; pakaian 1. sesuatu yg dipakai (baju, seluar, kasut, dll); 2. sesuatu yg biasa digunakan (di­lakukan), amalan, kebiasaan: mencarut, memaki, memanglah ~nya; silat pencak serta tipu peperangan ~ sekalian raja besar-besar; ~ adat pakaian yg biasa dipakai pd waktu upacara yg beradat; ~ angkatan pakaian kebesaran (rasmi) yg lengkap; ~ basahan pakaian biasa yg dipakai hari-hari (utk bekerja dll); ~ dunia (hidup) adat kebiasaan dunia (hidup); ~ kebesaran pakaian yg dipakai pd majlis-majlis rasmi; ~ kuda alat perkakas atau abah-abah kuda (tali kekang dll); ~ seragam pakaian yg serupa (polis, tentera, dll); ~ siap pakaian yg dibuat mengikut ukuran standard dan bukan mengikut ukuran individu; berpakaian 1. ada pakaiannya, memakai pa­kaian: seorang muda ~ rapi; 2. mengenakan pakaian; pemakaian 1. perihal (perbuatan, cara, dsb) memakai atau menggunakan, penggunaan: berbagai-bagai perkara yg sering menimbulkan kekeliruan dr segi ~ dibincangkan secara terperinci; ~ bahasa; ~ pesawat jet; 2. ilmu (azimat, tangkal, dll) utk menjaga badan dll; sepemakaian selengkap pakaian dll; pemakai 1. (orang dll) yg memakai atau menggunakan: ~ bahasa; 2. ilmu (azimat, tangkal, dll) utk menjaga badan dll; 3. orang yg suka menghias diri: dia tu memang ~ orangnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
bertelepuk1. memakai telepuk: dikenakan pula baju alang sayap layang-layang ~, per­buatan orang dahulu; 2. = bertelepukkan memakai sbg telepuk: dia memakai sapu tangan ~ intan baiduri;Kamus Dewan Edisi Keempat
berkemban1 memakai kemban. 2 memakai kain sarung, tuala dsb hingga ke paras dada saja (tidak berbaju).Kamus Pelajar Edisi Kedua
bersusuk1. memakai susuk, berpasak; 2. memakai susuk utk pemanis;Kamus Dewan Edisi Keempat
berpandukan1. memakai penunjuk jalan; 2. memakai sesuatu sbg petunjuk (pedoman, pimpinan, dll): membina jambatan ~ pelan;Kamus Dewan Edisi Keempat
berkeris1. memakai (menggunakan) keris: maka Tun Bija Sura memakai cara Jawa, ~di belakang; 2. bertikam-tikaman dgn keris; berkeras tidak ~ prb bertindak keras tetapi tidak berupaya mempertahankan diri;Kamus Dewan Edisi Keempat
berkabung1. memakai kabung (tanda ber­dukacita): setelah baginda dikebumikan, maka mereka itu sekaliannya pun ~lah empat puluh hari; 2. memperlihatkan tanda-tanda sedang berdukacita (kerana kematian seseorang dll): dia memakai pakaian hitam kerana katanya dia sedang ~ kerana kematian suaminya;Kamus Dewan Edisi Keempat
kembankain yg dipakai oleh orang perempuan utk menutup dada. berkemban 1 memakai kemban. 2 memakai kain sarung, tuala dsb hingga ke paras dada saja (tidak berbaju).Kamus Pelajar Edisi Kedua
telepuksl bunga-bungaan dll drpd perada mas (kain dll); kain ~ sj kain berbunga-bunga tenunan India; ~ serasah sj kain buatan India;bertelepuk 1. memakai telepuk: dikenakan pula baju alang sayap layang-layang ~, per­buatan orang dahulu; 2. = bertelepukkan memakai sbg telepuk: dia memakai sapu tangan ~ intan baiduri; menelepuk membuat telepuk: utk memasti­kan perada melekat cantik sewaktu proses ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas