memalarkan | menjadikan malar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memalarkan | 1. menghendaki (menginginkan, mengharapkan); 2. mengira (menerima, menganggap) cukup atau pada (walaupun sedikit). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memalarkan | membuat supaya tetap dan tidak berubah: suhunya dimalarkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
palar | ; tidak ~ tidak hendak, tidak ingin; memalarkan 1. menghendaki (menginginkan, mengharapkan); 2. mengira (menerima, menganggap) cukup atau pada (walaupun sedikit). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
malar | tetap tidak berubah; terus-menerus sebagaimana biasa: (pokok) ~ hijau (pokok yg) sentiasa hijau warna daunnya. memalarkan menjadikan malar. pemalar nombor atau kuantiti yg tidak berubah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
malar | 1. tetap, tidak berubah, terus-menerus: kulit mengawal suhu badan manusia supaya ~ walaupun suhu alam di kelilingnya ber-ubah; ~ hijau sentiasa berdaun (hijau) sepanjang tahun (bkn tumbuh-tumbuhan yg tertentu); 2. = malar-malar lebih-lebih lagi, malahan; memalarkan membuat supaya tetap dan tidak berubah: suhunya dimalarkan; kemalaran perihal malar; pemalar kuantiti yg tidak berubah, lazimnya diwakili oleh simbol tertentu (bergantung pd bidang ilmu yg diperkatakan) | Kamus Dewan Edisi Keempat |