pancar | ; berpancaran memancut (keluar) ke berbagai-bagai arah atau ke sana sini. memancar 1 keluar memancut dgn deras (bkn air dll); keluar memancur: Air ~ ke atas dr celah-celah batu. 2 kelihatan bercahaya; tampak bersinar: Dr tubuh badan tuan puteri itu, ~lah cahaya hijau berkilau-kilauan. memancarkan 1 mengeluarkan sesuatu dgn deras; memancutkan: Di sana sini, terdapat beberapa buah telaga yg ~ air bercampur minyak tanah. 2 mengeluarkan sinar atau cahaya: Matahari mula ~ cahayanya. 3 menghebahkan atau menyiarkan melalui radio, televisyen dll: Televisyen Malaysia ~ warta berita pd pukul lapan malam. pancaran 1 cahaya, air dsb yg memancar; hal sesuatu benda yg dipancarkan: Malam itulah kali pertama mereka bermain di bawah ~ cahaya lampu. 2 apa-apa yg dipancarkan melalui radio dll; siaran. ~ air a. air yg memancar. b. paip yg memancarkan air. ~ cita apa-apa yg terasa di hati. ~ radio siaran radio. pemancaran perbuatan (hal dsb) memancar atau memancarkan. pemancar 1 alat utk memancarkan; alat yg memancarkan: ~ air alat utk memancarkan air. 2 sesuatu yg memancarkan: alat ~; stesen ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
buak I | bunyi spt bunyi air yg memancar drpd mata air (air mendidih dll), bual; membuak memancar keluar, membual: tempat kena peluru itu, darah ~ keluar;membuak-buak 1. memancar keluar dgn banyaknya spt air mata air dsb hingga melimpah: darah ~ keluar membasahi jari-jemari tangannya; 2. ki berkobar-kobar dan semakin kuat semangat, perasaan, keinginan dsb utk mencapai atau melaksanakan sesuatu, meluap-luap, melonjak-lonjak: rasa ingin turut membantu Umi ~ dlm benakku; rasa marahnya ~; 3. ki terdapat sangat banyak (tentang orang, harta dsb), berlimpah-limpah: kesenangan ~, tetapi kami kehilangan kasih sayang; terbuak terpancar keluar: tumit itu dikisar-kisarnya sehingga debu berkisaran dan ~ naik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membual | 1 memancar atau meluap keluar (dan biasanya berbuih). 2 ki keluar sekali gus atau serentak (ttg perasaan, ucapan dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyorot | 1. memancar (cahaya, sinar), bercahaya, bersinar: nyala lampu minyak ~ keluar; matahari masih condong ~ dr belakang daun-daun kelapa yg mengilap-ngilap hijau; 2. = menyoroti memancarkan cahaya pd, menerangi (dgn cahaya), menyuluhi: biliknya hanya disoroti dgn lampu minyak yg samar-samar; 3. = menyoroti memandang dgn tajam: dia ~ muka anak muda itu; 4. ki menghuraikan atau membicarakan (peristiwa, pendapat, dll) dgn teliti: beliau telah ~ kembali sejarah kemasukan Islam ke tanah air kita ini; akan tetapi ada bahagiannya Kassim Ahmad ~ aspek isi dan bentuk karya-karya tertentu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengilat | 1. memancar (bercahaya) spt kilat, berkilat: kilat ~ sekali di langit, guruh menyusulnya; kelihatan beberapa orang serdadu Jepun yg berbayonet tajam ~; 2. pantas sekali, kelihatan sesaat sahaja: larinya ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membuak-buak | 1. memancar keluar dgn banyaknya spt air mata air dsb hingga melimpah: darah ~ keluar membasahi jari-jemari tangannya; 2. ki berkobar-kobar dan semakin kuat semangat, perasaan, keinginan dsb utk mencapai atau melaksanakan sesuatu, meluap-luap, melonjak-lonjak: rasa ingin turut membantu Umi ~ dlm benakku; rasa marahnya ~; 3. ki terdapat sangat banyak (tentang orang, harta dsb), berlimpah-limpah: kesenangan ~, tetapi kami kehilangan kasih sayang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
decur | bunyi spt bunyi air memancar; mendecur 1. berbunyi spt air memancar; 2. memancur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lampias | Jk 1. memancar (aliran air dll), deras, licin, tidak tersekat-sekat; 2. ki kencang dan lancar (sesuatu pergerakan dll); melampiaskan 1. memudahkan atau melicinkan pengaliran (pergerakan dll), tidak melambat-lambatkan; 2. tidak menahan atau menyekat-nyekat, membiarkan, melepaskan: mereka datang kpd aku dan isteriku utk ~ hasratnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bual II | pancaran atau luapan air yg keluar (air mendidih, air dr mata air dsb). berbual(-bual) ada atau terdapat bualnya. membual 1 memancar atau meluap keluar (dan biasanya berbuih). 2 ki keluar sekali gus atau serentak (ttg perasaan, ucapan dsb). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pancar | keturunan, anak cucu: ~ drpd anak cucu bagindalah segala raja-raja di Pasai itu turun-temurun; ~ gas Id pancutan gas, jet (yg menggerakkan kapal terbang): pesawat terbang ~ gas; sepancar ki seketurunan, sejenis, seasal: bahasa Melayu ialah bahasa yg mesra dan ~ dgn kejadian dirinya; berpancaran keluar ke sana sini (berbagai-bagai hala), berpancutan: air ~ dr paip rosak itu; memancar 1. keluar memancut dgn deras (bkn air dsb); 2. mengeluarkan cahaya terang, bersinar terang: matahari belum kelihatan ~; sebuah lampu suluh kelihatan ~ cerah; memancarkan 1. memancutkan atau memancurkan deras-deras (air, minyak, dll): di sana sini mata air ~ air yg jernih; 2. mengeluarkan sinar (cahaya): bulan mulai mengambang di langit sebelah timur dan ~ cahayanya yg gemilang; 3. mengirim atau menyiarkan (haba, bunyi, cahaya, dll), mengeluarkan (sesuatu): bunyi hanya boleh dipancarkan melalui jirim; nyanyian yg dipancarkan oleh Radio Malaysia; 4. melahirkan, memperanakkan, menurunkan (keturunan); terpancar 1. keluar memancar (memancur, memancut), dipancarkan: maka air susu Minuram Dewi pun ~; cahaya itu harus ~ balik dr muka benda itu; 2. ki terbit: dr mulut dia ~ kalimat itu; harapan yg ~ dlm hati; 3. terlahir, keluar (anak); pancaran 1. yg dipancarkan atau terpancar (cahaya, haba, bunyi, air, dll), yg dikeluarkan (diterbitkan dsb): ~ cahaya dr lampu menyinari mukanya; ~ air paip air yg memancarkan (mengeluarkan) air; 2. siaran; ~ radio siaran radio; 3. gambaran, bayangan: sastera ialah ~ kehidupan; 4. keturunan; pemancaran perihal memancarkan: ~ bunyi atau gambaran; pemancar 1. yg memancarkan: alat ~; stesen ~; 2. alat yg memancarkan (bunyi, cahaya, dll): ~ air; ~ radio. | Kamus Dewan Edisi Keempat |