Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
panjat (kata kerja)
Bersinonim dengan kerabat, naik, daki;,
Kata Terbitan : memanjat, memanjatkan, panjatan, pemanjat,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
panjat; memanjat 1 menaiki pokok dll dgn bertumpu kaki serta berpaut pd benda yg dinaiki: ~ pokok; ~ tangga. 2 menjadi bertambah tinggi (bkn jalan dll); menaik; mendaki: jalan yg ~. 3 naik ke atas (bkn tumbuh-tumbuhan) dgn melilit atau dgn berkait pd sokong. memanjati memanjat pd (bkn tumbuh-tumbuhan dsb): Pokok kacang panjang ~ pancang. memanjatkan 1 menaikkan sesuatu pd; membuat supaya memanjat. 2 membaca doa memohon kpd Tuhan: ~ doa agar anak-anaknya berjaya dlm hidup. panjatan 1 tempat memanjat. 2 pergerakan badan ketika memanjat. pemanjat orang yg memanjat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
panjat; memanjat 1. naik ke atas (pokok, tiang, dll); 2. mendaki (bukit, gunung, dsb), menanjak: mereka ~ Bukit Bendera beramai-ramai; 3. meminta ulang bicara di mahkamah yg lebih tinggi; ~ bersengkelit prb sesuatu yg sudah menjadiadat (kebiasaan); ~ dedap prb melakukan sesuatu dgn nekad (berani); ~ pokok cekur boleh mati jatuh prb menerima hukuman yg berat kerana kesalahan yg sedikit; spt ~ terkena seruda prb mendapat rintangan sukar dlm sesuatu usaha; memanjati memanjat pd: surau di kampung itu dipanjati rumput; memanjatkan 1. menaikkan sesuatu pd; 2.menyampaikan (membaca) doa kpd Tuhan: ~ doa; ~ puji dan puja kpd Tuhan Yang Maha Esa; ~ perkara meminta perkara (tuduhan dll) diulang bicarakan di mahkamah yg lebih tinggi; panjatan 1. tempat utk memanjat, 2. perihal memanjat, pendakian; pemanjat (orang dll) yg memanjat.Kamus Dewan Edisi Keempat
memanjatkan1 menaikkan sesuatu pd; membuat supaya memanjat. 2 membaca doa memohon kpd Tuhan: ~ doa agar anak-anaknya berjaya dlm hidup.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memanjatkan1. menaikkan sesuatu pd; 2.menyampaikan (membaca) doa kpd Tuhan: ~ doa; ~ puji dan puja kpd Tuhan Yang Maha Esa; ~ perkara meminta perkara (tuduhan dll) diulang bicarakan di mahkamah yg lebih tinggi;Kamus Dewan Edisi Keempat
daki II; mendaki 1. memanjat (gunung, bukit, dsb): pengembara itu terpaksa ~ gunung dan meredah hutan; 2. menuju ke puncak (gunung, bukit, dsb) atau ke bahagian yg makin tinggi: jalan kecil yg berliku ~ bukit Seri Melaka; 3. makin menaik atau meninggi: memandu kereta mengikut jalan yg ~;mendakikan memanjatkan, menaikkan, me­­maju­kan;terdaki dapat mendaki (didaki): dia tidak ~ bukit yg setinggi itu;pendakian 1. perihal atau perbuatan men­daki, pemanjatan; 2. = dakian tempat yg mendaki (menaik): tidak usah kita tertawa pd waktu turun kerana ~ akan ditempuh pula;berpendakian mempunyai tempat mendaki: di sana akan bertemu alam datar, tidak ~, tidak berpenurunan lagi;pendaki orang yg mendaki; ~ gunung orang yg mendaki gunung.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas