Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata membaling 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
balingbatu yg dilemparkan dgn menggunakan tali: Derasnya spt ~. baling-baling 1 bilah-bilah drpd kayu dll yg dpt berputar apabila ditiup angin. 2 kipas (utk menjalankan kapal terbang dll). membaling 1 membuang dgn menggunakan tali yg diayunkan di atas kepala. 2 melontar; melempar: Mereka ~ buah mangga dgn kayu. membalingkan menggunakan sesuatu utk membaling; melontarkan; melemparkan: Dia ~ kayu pd buah mangga. balingan hasil membaling: lontaran: Kepalanya benjol terkena ~ batu budak-budak nakal itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
melempar1. membaling (sesuatu kpd), melontar sesuatu jauh-jauh: tentu ada orang yg ~ batu ke dlm sungai itu; 2. membaling dgn sesuatu (batu, kayu, dll): mereka ~ pandangan sesiapa saja yg lalu di situ; mem­buang (pandangan), menghalakan pandangan: Ali ~ pandangannya ke lain, mendung ke­lihatan air mukanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
melempar1 membaling atau melontar jauh-jauh: Dlm pertandingan lempar cakera, dia berjaya ~ sejauh 30 meter. 2 membalingkan sesuatu pd; membaling; melontar: Mereka ~ buah mangga dgn kayu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyerampang1. membaling sesuatu (spt kayu dll) hampir dgn paras tanah; 2. bp menyerang (melanggar, merempuh) dgn sesuka hati sahaja, melakukan sesuatu dgn membabi buta sahaja, merambang; 3. bp mengambil dgn sewenang-wenang, mencuri, menyerobot;Kamus Dewan Edisi Keempat
serampang III; menyerampang 1. membaling sesuatu (spt kayu dll) hampir dgn paras tanah; 2. bp menyerang (melanggar, merempuh) dgn sesuka hati sahaja, melakukan sesuatu dgn membabi buta sahaja, merambang; 3. bp mengambil dgn sewenang-wenang, mencuri, menyerobot; serampangan dgn sewenang-wenang sahaja, tidak berfikir panjang lagi (melakukan sesuatu dll), membabi buta: antara penulis-penulis kita, terdapat sikap yg melulu dan ~ sahaja dlm mempergunakan bahasa.Kamus Dewan Edisi Keempat
baling Ibatu dll yg dibubuh pd tali dan dilemparkan dgn mengayunkannya terlebih dahulu mengelilingi kepala: datangnya terlalu deras spt ~;baling-baling 1. kincir angin (penunjuk arah angin dll); 2. alat yg rupanya spt kincir utk menjalankan kapal atau kapal terbang; ~ angin Id kipas angin; ~ di atas bukit = hati bagai ~ prb tidak tetap pendirian (hati dll);berbaling berkisar spt baling-baling;membaling 1. melempar (dgn baling); 2. melempar: gadis-gadis menyambut dan menanam anak-anak padi yg dibaling oleh teruna-teruna;membalingi melempari dgn baling, melempari: ia ~ rumah lawannya dgn batu;balingan hasil atau perbuatan membaling, lontaran, lemparan: lelaki itu terhenti bagaikan terkena ~ batu; aktiviti olahraga spt ~ dan lontaran boleh menyebabkan kemalangan jika pemain kurang berhati-hati;pembaling 1. alat utk membaling; 2. orang yg membaling: ia mengintip ~ batu itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
lempar/lémpar/; ~ cakera (lembing dsb) pertandingan melontarkan cakera (lembing dsb) dlm olahraga. melempar 1 membaling atau melontar jauh-jauh: Dlm pertandingan lempar cakera, dia berjaya ~ sejauh 30 meter. 2 membalingkan sesuatu pd; membaling; melontar: Mereka ~ buah mangga dgn kayu. melempari melempar berkali-kali; melontari. melemparkan 1 menggunakan sesuatu utk melempar; melontarkan; membalingkan; mencampakkan: Isterinya selalu ~ pinggan mangkuk apabila meradang. 2 mengeluarkan tuduhan (kritik, kemarahan dll): Surat khabar itu ~ tuduhan yg bukan-bukan terhadap dirinya. 3 menghalakan atau menghadapkan (pandangan dll): Amilah ~ pandangannya ke arah Selat Teberau. lemparan hasil drpd melempar; lontaran. pelempar 1 orang yg melempar: ~ lembing. 2 alat yg digunakan utk melempar. 3 sesuatu yg dilemparkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pembaling1. alat utk membaling; 2. orang yg membaling: ia mengintip ~ batu itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
lempar(lémpar) baling, buang, lontar; ~ cakera (lembing, peluru) sj permainan dlm olahraga; ~ batu sembunyi tangan prb orang yg berbuat sesuatu kemudian berpura-pura tidak tahu; melempar 1. membaling (sesuatu kpd), melontar sesuatu jauh-jauh: tentu ada orang yg ~ batu ke dlm sungai itu; 2. membaling dgn sesuatu (batu, kayu, dll): mereka ~ pandangan sesiapa saja yg lalu di situ; mem­buang (pandangan), menghalakan pandangan: Ali ~ pandangannya ke lain, mendung ke­lihatan air mukanya; melempari melempar berkali-kali; melemparkan 1. membalingkan, melanting­kan, melontarkan: ibu saya bergaduh, ~ barang-barang ke atas lantai; 2. menge­luarkan sesuatu (spt kemarahan, tuduhan, dll): dia melepaskan geramnya, ~ kemarahannya kpd anak isterinya; tuduhan yg bukan-bukan telah dilemparkan oleh Panglima Hitam kpd Wan Intan; 3. menghalakan atau menghadap­kan (pandangan dll) kpd, memberikan utk: orang itu lewat sambil ~ senyuman kepada­nya; bagai ~ kersik ke buluh prb melakukan pekerjaan yg sia-sia; lemparan 1. sesuatu yg dilemparkan; 2. hasil drpd melempar; pelempar 1. sesuatu yg dilemparkan (spt batu, kayu, dll); 2. alat yg digunakan utk melempar; 3. orang yg melempar: ~ bom tangan; sepelempar sejauh (batu dll) dilempar.Kamus Dewan Edisi Keempat
membaling1 membuang dgn menggunakan tali yg diayunkan di atas kepala. 2 melontar; melempar: Mereka ~ buah mangga dgn kayu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
123

Kembali ke atas