membanjarkan | menyusun berbanjar-banjar: ~ kerusi dgn teratur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meleretkan | mengatur supaya berbaris; membanjarkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
meleretkan | mengaturkan berbaris, membariskan, membanjarkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
leret I | /lérét/, = leretan baris memanjang; jajaran; banjar: Di belakang rumahnya, terdapat beberapa ~ pokok buah-buahan. berleret-leret berbaris-baris; berbanjar. meleretkan mengatur supaya berbaris; membanjarkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
banjar I | baris, deret, jajar;sebanjar 1. sebaris, sederet: ~ pokok nyiur; 2. sl sebaya, seumur;berbanjar berbaris, berderet: kami berdiri ~ di hadapan guru besar;berbanjar-banjar, berbanjaran berbaris-baris, berderet-deret;membanjarkan menyusun berbanjar-banjar: ~ kerusi dgn teratur; banjaran sesuatu yg berderet kedudukannya, barisan, deretan: ~ gunung; B~ Titiwangsa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
leret I | (lérét) banjar, baris, barisan, jajaran: itulah leretan Bukit Seguntang spt yg tersebut dlm Sejarah Melayu itu; di hadapan rumahnya terdapat beberapa ~ pokok rambutan lekang; berleret, berleret-leret berbaris, berbanjar: aku merayap ke depan dan ke belakang motokar yg ~ itu; meleretkan mengaturkan berbaris, membariskan, membanjarkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |