tolong | = minta ~ minta bantuan (sokongan); tolong-bertolong, bertolong-tolongan, tolong-menolong bantu-membantu, saling membantu; menolong, menolongi 1. membantu (dgn tenaga, wang, fikiran, dll): sedangkan ke sawah menolongi aku yg hina ini kau tak berasa gentar dan malu; aku tidak mempunyai wang utk ~mu; sewaktu memunggah barangnya ke dlm lori Wak Seman ditolongi tetangganya; 2. melepaskan diri drpd bahaya dll, menyelamatkan: dialah yg ~ aku drpd mati lemas; 3. dapat meringankan penderita-an dll, dapat menyembuhkan drpd penyakit dll, dapat menyelamatkan drpd bahaya dll: bantuan doktor yg diminta tidak dapat ~nya; ~ wang (fikiran, tenaga) menolong dgn wang (fikiran, tenaga); menolongi nyawa melepaskan diri drpd bahaya maut; tertolong (sudah) ditolong, diselamatkan; tolongan ark = pertolongan; ketolongan beroleh pertolongan hingga selamat: agar ibunya ~; pertolongan perihal (perbuatan dsb) meno-long, sesuatu (yg digunakan) utk menolong, bantuan, sokongan: dgn rahmat dan ~ Allah; ~ cemas pertolongan yg mula-mula | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tolong-menolong | saling membantu; bantu-membantu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tolong-menolong | bantu-membantu, saling membantu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertolong-tolongan | bantu-membantu, saling membantu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tolong-bertolong | bantu-membantu, saling membantu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertolong-tolongan | saling membantu; bantu-membantu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tolong-menolong, bertolong-tolongan | saling membantu; bantu-membantu. | Kamus Pelajar |
tolong; minta ~ | tolong-menolong, bertolong-tolongan saling membantu; bantu-membantu. | Kamus Pelajar |
tolong | ; minta ~ minta bantuan atau sokongan. tolong-menolong, bertolong-tolongan saling membantu; bantu-membantu. menolong 1 membantu dgn wang, tenaga dll utk meringankan penderitaan dsb: Anak itu ~ bapanya menuai padi. 2 melepaskan atau menyelamatkan seseorang atau sesuatu drpd bahaya: Dia yg ~ saya semasa berlaku kebakaran itu. pertolongan 1 perbuatan atau hal memberi bantuan: Dgn ~ doktor, anaknya dpt diselamatkan. 2 = tolongan apa-apa yg diberikan utk menolong; bantuan; sokongan. penolong 1 orang yg menolong: ~ Pengarah. 2 alat dll yg digunakan utk menolong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
saling | kata yg menunjukkan sesuatu perbuatan dilakukan oleh dua pihak secara berbalas-balasan; ~ membantu bantu-membantu, ber-tolong bantu; kesalingan perihal (keadaan, sifat dsb) ber-balas-balas antara dua pihak: kebersamaan dan ~ ini sentiasa merupakan wajah fungsio-nalisme dlm kehidupan manusia dan jalinan perwatakan suatu karya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |