banyak | 1. bukan sedikit, tidak sedikit: ~ orang yg mempunyai cita-cita tinggi; 2. bilangan, jumlah: berapa ~ wang yg kauterima? 3. sangat, sungguh: ~ lagak;~ aksi membuat-buat supaya nampak elok; ~ bicara = ~ cakap = ~ mulut suka berleter; ~ cantik sr ungkapan utk menyatakan kemarahan, atau digunakan sbg gurauan dll; ~ lemak a) mempunyai atau diselaputi lemak yg banyak (bkn bahagian tubuh): alat itu digerakkan di bahagian yg ~ lemak selama kira-kira 15 minit; b) ki berkelakuan yg keterlaluan atau terlalu manja sehingga mengakibatkan orang lain meluat (bkn perilaku seseorang): “Sekarang kau dah ~ lemak.”; ~ sedikitnya a) jumlahnya, banyaknya; b) barang sedikit;sebanyak sama banyak: tidak ada wangku ~ itu; sedikit ~ sekurang-kurangnya;banyak-banyak 1. dlm jumlah yg banyak: pagi-pagi buta dia akan pergi ke pasar membeli sayur ~; 2. sungguh-sungguh, amat sangat: terima kasih ~;sebanyak-banyaknya sebanyak mungkin: ~ dapat diberi hanyalah sepuluh ringgit; berbanyak-banyak beramai-ramai, bersama-sama dlm bilangan yg banyak: mereka menyerbu ~;membanyaki 1. memperbanyaki; 2. menyerang (mengerjakan, mendatangi dsb) beramai-ramai, memperamaikan;memperbanyaki menjadikan banyak, menambah agar menjadi banyak: ~ ahli agar parti menjadi kuat;membanyakkan 1. menjadikan banyak, membuat (supaya) menjadi banyak, menambah banyak: dia meminta supaya kerajaan ~ lagi bantuan kpd sekolah-sekolah Melayu; 2. = memperbanyakkan mendarabkan, mengalikan, menggandakan: ~ 25 dgn 4;memperbanyak menjadikan lebih banyak, membuat supaya menjadi lebih banyak;terbanyak paling banyak, terlampau banyak: parti itu mempunyai suara yg ~ dlm parlimen;banyakan Jk barangkali, mungkin sekali;kebanyakan 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak;perbanyakan pergandaan, perkalian; melakukan ~ mendarab;pembanyakan perihal (perbuatan, tindakan dsb) membanyakkan: salah satu syor yg terkandung dlm penyata itu ialah ~ sekolah pertukangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membanyaki | 1. memperbanyaki; 2. menyerang (mengerjakan, mendatangi dsb) beramai-ramai, memperamaikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ramai | 1. riuh-rendah, hiruk-pikuk (bunyi, suara, dll): orang menyabung terlalu ~, bunyi sorak spt akan sampai ke langit; 2. sangat hebat, dahsyat (peperangan, perkelahian, dll): maka berperanglah Temenggung Seri Udana dgn Peringgi terlalulah ~; 3. sangat gembira, sangat meriah, riang gembira: Encik Ramli pun hanya ~ dlm hati sendiri; 4. aktif, giat, sibuk: sesudah meleset beberapa lama, pasaran getah ~ kembali; Singapura ialah bandar perniagaan yg ~; 5. banyak penghuninya (penduduknya): pd zaman itu negeri Siak ~; 6. banyak (orang), orang banyak, umum: ~ orang berkumpul; perkara Dang Kenanga janganlah dijadikan soal ~; di muka ~ di depan orang banyak (umum); kemahuan ~ kemahuan umum; khalayak ~ orang banyak, umum; kegemaran ~ kesukaan umum; orang ~ a) orang biasa (kebanyakan); b) orang yg banyak (umum); suara (pendapat) ~ suara atau pendapat umum; ~ beragam, rimbun menyelara prb kesukaan (kemahuan) tiap-tiap seorang tidak sama; seramai 1. sama banyak (dgn); 2. sebanyak, sejumlah: penduduk-penduduk yg ~ sejuta orang itu; beramai-ramai 1. berbuat sesuatu dgn riuh-rendah (hiruk-pikuk): mereka ketawa ~; undang-undang tidak dapat digubal dgn bertengkar ~; 2. bersama-sama (banyak orang), banyak-banyak (tidak berseorang): selepas tembakan itu kami keluar ~ melihat api; mari kita kerjakan ~; meramai-ramai ark beramai-ramai: anak buah Bendahara pun pergilah mengambil peti itu, diramai-ramainya dibawanya ke hadapan Bendahara; beramai-ramaian sl 1. dgn ramainya, dgn banyaknya: sekali persetua ayah hamba raja Tanjung Pura pergi ~ ke pulau; 2. dgn riuh-rendahnya (hiruk-pikuknya): terlalulah suka pula aku melihatkan orang menyabung ~ itu; meramaikan 1. menjadikan ramai, menyebabkan ramai (riuh-rendah, hiruk-pikuk): kereta ini diramaikan dgn bual penumpang-penumpangnya; 2. menjadikan banyak, membanyakkan: ~ kaum keluarga; 3. menjadikan gembira, memeriahkan: ia mengucapkan terima kasih kpd kawan-kawannya yg datang ~ majlis hari jadinya; memperamai, memperamaikan menyerang beramai-ramai, membanyaki: malangnya tok guru diperamaikan dan mati ditikam; ia menetak dan menikam Peringgi tetapi apakan daya ia diperamai oleh Peringgi; keramaian 1. perihal ramai (riuh-rendah dll): melalui jendela aku lihat ~ lalu lintas; ia suka berkunjung ke negara-negara asing, melihat ~ kota dan pemandangan di perdesaan; 2. perayaan, pesta: ~ menyambut hari perkahwinannya ialah suatu peristiwa besar; satu ~ telah diadakan bagi menyambut hari kemerdekaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |