pandai membawa untung | sedar akan diri dan pandai mengambil hati orang supaya disukai dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membawa untung | a) mendatangkan untung; b) pergi mencari penghidupan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membawa untung | a. menyebabkan mendapat untung. b. pergi mencari penghidupan di tempat lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pilu I | 1. (berasa) sangat terharu, rawan: saya berasa terharu dan ~; 2. (berasa) sangat sedih, hiba: sedih dan ~ hatinya melihat anaknya bersiap-siap hendak membawa untung; memberi ~ hati mengharukan (menyedihkan, merawankan) hati; memilukan 1. mengharukan (merawankan) hati: perasaan yg ~ hatinya itu tetap menggeletarkan suaranya; 2. menyedihkan: yg paling ~ hatiku kini ialah tingkah laku anakku; kepiluan 1. perihal pilu, kesedihan; 2. = kepilu-piluan berasa pilu (hiba, sedih, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hanyut | 1. dibawa mengalir oleh air (ombak, banjir, dsb): kayu itu ~ dibawa air pasang; 2. pergi jauh-jauh (mengembara, membawa diri atau membawa untung): lebih baik saya ~ ke negeri lain drpd hidup memendam rasa; 3. = berhanyut gelincir, meleset, larat (kerana licin dll): beberapa kali ia membuang sauh, ~ juga sauhnya itu; maka dibedilnya belulang itu, ~ tiada terus; 4. ki terlalu asyik, sedang khayal, terbawa mengelamun: mereka ~ dibuai lagu yg berirama lembut; penulis-penulis muda yg dikatakan sedang ~ ke satu alam yg penuh dgn kata-kata yg hebat; ~ harta bendanya hilang lenyap, habis, lesap; ~ hatinya merasa rawan; orang ~ a) orang yg hanyut di air (sungai, laut); b) orang yg mengembara ke mana-mana (orang dagang, musafir); ~ dipintasi, lulus diselami, hilang dicari prb menolong orang dlm masa kesusahan; malu berkayuh, perahu ~ prb kalau segan berusaha tidak akan mendapat kemajuan; terapung tak ~ terendam tak basah prb belum ada keputusan (ketentuan, ketetapan); berhanyut-hanyut 1. = berhanyutan terapung-apung dibawa air (banjir, ombak): berhari-hari kapal itu ~ dibawa ombak; mana yg tidak tenggelam tinggallah berhanyutan; 2. pergi ke mana-mana: biar aku ~ ke rantau orang; 3. berlarut-larut, berlanjut-lanjut: perbualan mereka ~; menghanyutkan 1. membawa (menyebabkan) hanyut (mengalir), dibawa oleh aliran: dihanyutkannyalah rakit itu ke laut; 2. ki membawa (diri) berangan-angan: dihanyutkan oleh khayalan; air tenang ~ prb orang yg pendiam itu biasanya berilmu dan dapat melakukan pekerjaan besar-besar; hanyutan benda yg dihanyutkan; kehanyutan perihal (keadaan dsb) terlalu asyik dgn sesuatu (selama terbawa mengelamun dsb): watak-watak anak muda, diperlihatkan ~ dlm arus kota yg simpang-siur; penghanyutan perihal atau perbuatan menghanyutkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pandai | 1. cerdik, pintar: semua orang menerimanya menjadi ketua kerana ia ~; orang ~-~ orang yg terpelajar (berilmu); bijak (cerdik) ~ a) bijak (cerdik) dan pandai, terpelajar b) orang yg terpelajar, cendekiawan; 2. bijak, cekap, mahir: begitu ~ ia berpura-pura; 3. boleh, mampu, sanggup: sekarang dia sudah ~ membuatnya sendiri; 4. sesuka hati (ikut mana yg difikirnya elok), sekehendak hati: selama ini, ~ kakaklah memelihara ibu; 5. orang yg mahir dlm pertukangan dll, tukang, ahli; ~ besi tukang besi; ~ canai tukang mencanai pisau; ~ emas tukang emas; ~ hidup a) pandai mengendalikan penghidupannya (tidak boros dll); b) pandai bergaul dgn orang lain supaya tidak dibenci dll; ~ jatuh bp pandai mencari alasan dll utk menyelamatkan diri; ~ kayu tukang kayu; ~ lukis ark orang yg pandai membuat gambar, jurulukis, tukang lukis; ~ membawa untung sedar akan diri dan pandai mengambil hati orang supaya disukai dll; ~ tenggang (akal) pandai mencari akal; ~ ubat ahli ubat; ~ menyipat, tidak ~ menarah prb tahu menyuruh (memerintah) tetapi tidak tahu membuat kerja; ~ makan, ~ simpan prb pandai berbuat jahat, harus pandai menyimpan rahsia; sepandai-pandai bagaimana (betapa) pandai sekalipun: ~ tupai melompat, sekali akan gawal juga; berpandai-pandai Mn melakukan sesuatu tanpa berunding dahulu dgn orang lain: ~ engkau mengajak lakimu; memandai, memandai-mandai membuat sesuka hati, mengikut fikiran sendiri: kebanyakannya itu, kerananyalah yg ~ sendiri; ~ diri berpandai-pandai; memandaikan 1. sl membuat, membina; 2. menjadikan pandai: amanat guru adalah utk ~ murid; kepandaian kecerdikan, kemahiran, kepintaran: ada wang tetapi tidak ada ~, tidak boleh jadi juga; berkepandaian mempunyai kepandaian (kemahiran): ia tiada ~ suatu apa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
untung | 1 sesuatu yg telah ditentukan (oleh Yang Maha Kuasa) akan berlaku kpd seseorang; nasib: Ia menangis mengenangkan ~ dirinya yg malang itu. 2 tidak membawa kecelakaan; bernasib baik; mujur: ~ engkau membawa wang, jika tidak, terpaksa kita berjalan kaki pulang. 3 laba yg diperoleh dlm perniagaan: Pd bulan lalu, syarikat itu telah mendapat ~ sebanyak RM10,000/-. 4 manfaat; faedah: Apa ~nya berbuat aniaya kpd orang lain? ~ atas kertas untung yg belum nyata yg mungkin diperoleh pelabur, peniaga dsb berdasarkan jangkaan yg dibuat atau berdasarkan faktor tertentu. ~ batu nasib yg tidak baik; sial. ~ bersih laba yg diperoleh selepas ditolak segala perbelanjaan. ~ kasar untung yg belum ditolak segala perbelanjaan. ~ nasib nasib seseorang. ~ sabut nasib yg selalu baik. untung-untung kalau-kalau; barangkali: Marilah kita pergi sekarang, ~ masih ada orang yg berjual di situ. beruntung 1 mendapat atau beroleh untung. 2 bernasib baik; mujur: Dia sungguh ~ kerana suaminya sangat bertimbang rasa. keberuntungan perihal beruntung; kemujuran; kebahagiaan: Perkahwinannya dgn Aminah membawa ~ yg tidak ternilai. beruntung-untungan berserah kpd nasib semata-mata (tidak bersungguh-sungguh mengharapkan hasil). menguntungkan 1 mendatangkan untung atau laba; memberi untung kpd: Perusahaan kain batik tidak berapa ~ sekarang ini. 2 menjadikan ada untungnya; menyebabkan mendapat untung: Segala usahanya itu sangat-sangat ~ bangsa dan negara. 3 memberi faedah atau manfaat kpd: Ceramah itu sangat ~ penuntut-penuntut tingkatan enam. keuntungan 1 sesuatu yg menguntungkan; apa-apa yg mendatangkan untung: Tindakan segera yg diambil telah membawa ~ kpd syarikat itu. 2 faedah; manfaat: Pergaduhan itu tidak memberi apa-apa ~ kpd kedua-dua pihak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
untung | 1 sesuatu yg menguntungkan; apa-apa yg mendatangkan untung: Tindakan segera yg diambil telah membawa ~ kpd syarikat itu. | Kamus Pelajar |
untung | 2 tidak membawa kecelakaan; bernasib baik; mujur: ~ engkau membawa wang, jika tidak terpaksa kita berjalan kaki pulang. | Kamus Pelajar |
menyabung untung | a) menyerah pd nasib; b) membawa nasib; | Kamus Dewan Edisi Keempat |