membawah | ark bekerja di bawah orang, menempatkan diri di bawah perintah orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bawah | 1. terletak separas dgn permukaan tanah (bkn bahagian bangunan, rumah, dsb): pejabatnya terletak di tingkat ~ bangunan itu; 2. ruang kosong yg terletak di antara tiang rumah atau kaki almari (meja, kerusi, dsb): ~ rumah itu boleh dijadikan stor;~ angin tempat angin datang; negeri ~ angin Kepulauan Melayu; ~ duli = ~ cerpu = ~ kadam = ~ kaus kata kehormatan kpd raja; ke ~ duli baginda kpd baginda; ~ sedar a) lubuk hati (perasaan yg dalam-dalam); b) tidak sedar sepenuhnya; ~ tanah a) di bawah permukaan bumi, dlm tanah; b) sulit, gelap (bkn gerakan dll); (di) ~ tangan a) di bawah kuasa (pengaruh dll); b) tidak dgn secara rasmi atau umum (penjualan dll);di bawah 1. di kawasan sekeliling rumah dsb yg bertangga (mis di taman, di perkarangan, dsb): kanak-kanak itu disuruh ibu mereka pergi bermain ~; 2. di ruang kosong di antara tiang rumah atau kaki meja (kerusi dll): ~ meja; 3. yg terletak pd baris (ruang dsb) yg berikutnya: sila rujuk pd rajah ~; baca petikan ~; 4. kurang drpd: kanak-kanak ~ umur 12 tahun; 5. berada dlm atau tertakluk pd (peraturan, undang-undang, bimbingan, arahan, kuasa, dsb): kakitangan ~ jagaannya; orkestra ~ pimpinan Johari Saleh; orang ~ orang yg lebih rendah (pangkat, kedudukan, dsb); ~ harga lebih murah drpd harga yg sebenarnya; ~ ketiak di bawah pengaruh (orang tua dll); ~ lindungan dilindungi oleh; ~ penilikan ditilik oleh; ~ perintah diperintahkan oleh; ~ umur belum dewasa;ke bawah 1. ke tempat yg lebih rendah; 2. ke paras (peringkat dsb) yg lebih rendah;mengebawahkan merendahkan, menurunkan;terkebawah bawah sekali, terendah: awak terlantar ke pelembahan tatakemanusiaan yg ~;membawah ark bekerja di bawah orang, menempatkan diri di bawah perintah orang;membawahi ki menjadi dasar pd sesuatu, mendasari: akal budi suci ~ akal budi biasa;membawahkan memimpin (bawahan dll), menguasai (daerah dll);terbawah 1. terendah; 2. = ~ oleh dipimpin oleh; bawahan, sebawah, sebawahan 1. orang di bawah, orang yg di bawah perintah, orang rendahan: ia mencatat nama-nama ~nya yg hadir pd hari minggu; 2. (golongan) yg bawah (rendah): masyarakat Melayu terbahagi kpd tiga golongan besar, golongan atasan, pertengahan, dan ~;pembawah (Mat) nombor bawah pecahan (menunjukkan berapa bahagian sesuatu dibahagikan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |