membentuk | 1 berkelok spt sebahagian drpd bulatan; melengkung: Keningnya ~ spt bulan sehari. 2 menjadikan sesuatu melengkung atau melentur; melengkungkan: Nelayan itu sedang ~ mata kail. 3 membuat sesuatu supaya tentu bentuknya: Pertapa itu sedang ~ mata keris. 4 membaiki kelakuan orang; mendidik dan mengajar orang: Jika hendak ~ orang, biarlah ketika ia masih kanak-kanak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membentuk | 1. melengkung, melentur: ~ spt kail; 2. menjadikan atau membuat supaya melengkung; 3. menjadikan sesuatu mengikut bentuk yg tertentu, membuat sesuatu dgn bentuk atau rupa yg tertentu; 4. membuat, mendirikan, menubuhkan, menyusun: ~ kata terbitan yg baru; ~ syarikat kerjasama; ~ kabinet baharu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membentuk | 1. berkelok spt sebahagian drpd bulatan; melengkung: Keningnya ~ spt bulan sehari. 2. menjadikan sesuatu melengkung atau melentur; melengkungkan: Nelayan itu sedang ~ mata kail. 3. membuat sesuatu supaya tentu bentuknya: Pertapa itu sedang ~ mata keris. 4. membaiki kelakuan orang; mendidik dan mengajar orang: Jika hendak ~ orang, biarlah ketika ia masih kanak-kanak. | Kamus Pelajar |
pembentuk | 1 (dlm berbagai-bagai erti) orang yg membentuk. 2 alat atau sesuatu yg digunakan utk membentuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ke I | 1. awalan utk membentuk bilangan yg menunjukkan kedudukan dlm sesuatu siri atau urutan: ~ tujuh; ~ dua puluh; 2. awalan bagi membentuk kata nama (biasanya disertai dgn akhiran an): ~ kasih; ~ hendak; ~ cantikan; ~ perluan; 3. kata sendi yg menunjukkan arah atau tempat dll yg ditujui: terbang ~ udara; belayar menuju ~ timur; melancong ~ Tokyo; 4. pergi (menuju sesuatu tempat): saya hendak ~ pasar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembentuk | 1. (dlm berbagai-bagai erti) orang yg membentuk. 2. alat atau sesuatu yg digunakan utk membentuk. | Kamus Pelajar |
ke | 1 imbuhan di depan kata dasar utk membentuk bilangan tingkat yg berturut-turut: ~dua; ~empat. 2 imbuhan di depan kata dasar utk membentuk kata nama: ~kasih; ~hendak. 3 kata sendi nama yg menunjukkan arah atau tempat: Dia pergi ~ perigi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merupakan | 1. membentuk (membuat, menjadikan) supaya mempunyai rupa, memberi rupa: peti rahsia itu dirupakan buku; 2. melahirkan, menggambarkan, mewujudkan: malaikat Jibrail dirupakan seorang yg cantik dan diberi bersayap; 3. menjadi, membentuk: rancangan hendak memindahkan ibu negeri ~ projek yg terpenting; getah ~ 40% drpd pendapatan negara Malaysia; 4. ki melambangkan, melukiskan, menggambarkan: Pak Kadok dan Lebai Malang ~ manusia yg dungu tetapi sebenarnya mempunyai daya berfikir; ulasan itu ialah perkataan yg ~ fikiran yg dibuat drpd satu-satu alasan; ~ diri a) menampakkan dirinya spt (menjadi), membuat dirinya berwujud, menjelma: Puteri Gunung Ledang ~ dirinya spt perempuan tua; ia dapat ~ dirinya spt harimau; b) berlagak (berlaku dll) sbg: dgn ~ dirinya sbg seorang tukang sapu longkang, pegawai polis itu berjaya menangkap pemeras wang itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lelangit | langit-langit. ~ keras lelangit yg terdiri drpd tulang cekung yg membentuk bahagian atas mulut di belakang batas gusi. ~ lembut lelangit yg terdiri drpd selaput lembut yg membentuk bahagian atas mulut dan terletak di belakang lelangit keras. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ke | 1. imbuhan di depan kata dasar utk membentuk bilangan tingkat yg berturut-turut:~dua; ~empat. 2. imbuhan di depan kata dasar utk membentuk kata nama: ~kasih; ~hendak. 3. kata sendi yg menunjukkan arah atau tempat:Dia pergi ~ perigi. | Kamus Pelajar |