sedekah | apa-apa yg diberikan kpd orang (biasanya kpd orang-orang miskin) dgn hati yg tulus ikhlas. bersedekah mengeluarkan atau memberikan sedekah. menyedekahi memberikan sedekah kpd: ~ orang-orang miskin. menyedekahkan memberikan sesuatu sbg sedekah: Dia ~ wang lima puluh sen kpd pengemis itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
imbuh | tambahan pd barang yg ditimbang (dibeli dll); tokok: Dia telah memberikan ~ secupak. mengimbuh memberikan tambahan; menokok; menambah. imbuhan 1 wang yg dibayarkan sbg sagu hati; bayaran tambahan. 2 penambah dlm ilmu bahasa spt ber-, ter-, -i, -kan yg dpt ditambahkan, atau -el-, -er- atau -em- yg dpt disisipkan pd kata dasar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
merekomenkan | 1 mengatakan sesuatu yg baik-baik bkn sesuatu atau seseorang; memberikan akuan ttg kebaikannya (bkn sesuatu atau seseorang); memberikan sokongan: Oleh sebab dia culas bekerja, ketuanya enggan ~ dia utk naik pangkat. 2 memberikan cadangan supaya diikut; memberi nasihat atau akuan: Siapa yg ~ kamu supaya memakan pil ini? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rekomen | /rékomén/; merekomenkan 1 mengatakan sesuatu yg baik-baik bkn sesuatu atau seseorang; memberikan akuan ttg kebaikannya (bkn sesuatu atau seseorang); memberikan sokongan: Oleh sebab dia culas bekerja, ketuanya enggan ~ dia utk naik pangkat. 2 memberikan cadangan supaya diikut; memberi nasihat atau akuan: Siapa yg ~ kamu supaya memakan pil ini? | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
debat | /débat/ 1 perbincangan mengenai sesuatu hal dgn saling memberikan alasan utk mempertahankan hujahnya. 2 peraduan berbahas. berdebat berbincang ttg sesuatu hal dgn saling memberikan alasan utk mempertahankan hujahnya: Mahasiswa universiti telah ~ mengenai akta tsb. mendebat membantah pendapat orang lain dgn memberikan alasannya; membahas. mendebatkan menjadikan sbg bahan utk berdebat; memperbantahkan: Mereka masih lagi ~ hal kenaikan gaji. perdebatan perbuatan atau hal berdebat; perbahasan: ~ ttg hak-hak perseorangan itu berakhir dgn pergaduhan. pendebatan perbuatan, hal dsb mendebat atau mendebatkan: ~ isu itu memakan masa yg sangat panjang. pendebat orang yg mendebat; pembahas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ilustrasi | gambar, diagram dll dlm buku, majalah dsb. berilustrasi ada ilustrasi: kamus ~ kamus yg memberikan makna dlm bentuk gambar, diagram dsb serta keterangan sedikit. mengilustrasikan memberikan atau menunjukkan ilustrasi bagi sesuatu yg diterangkan; menjelaskan sesuatu dgn memberikan ilustrasi bagi barangan dsb yg dijelaskan: Jurujual itu ~ model-model barangan yg dipromosikan. pengilustrasian perbuatan atau hal mengilustrasikan sesuatu: Buku itu mencapai tahap penulisan dan ~ yg boleh dipertanggungjawabkan. pengilustrasi orang atau pihak yg membuat ilustrasi: Tujuan lukisan dlm komik itu terletak pd ~ itu sendiri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memberikan kepalan | meninju; menumbuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memberikan | menyerahkan sesuatu kpd: Saya ~ buku itu kpd adik saya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memberikan suara | menyatakan setuju atau tidak, turut membuang undi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memberikan | 1. menyerahkan sesuatu kpd: ada orang yg sudi ~ sesuap nasi kepadanya; 2. melakukan sesuatu utk (faedah) orang lain: ~ pelajaran; ~ pertolongan; ~ layanan yg istimewa; 3. menyatakan sesuatu kpd orang lain spt yg diperlukan atau dikehendaki: ~ taklimat fatwa; 4. mendatangkan, menghasilkan: makanan yg ~ tenaga; ~ kesan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |