membiasakan | 1 menjadikan biasa; melazimkan: Ahmad tidak dpt ~ dirinya dgn makanan orang-orang Eropah. 2 melatih menggunakan sesuatu supaya menjadi biasa: Orang asing itu ~ dirinya bertutur dlm bahasa Melayu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membiasakan | 1. menjadikan umum (lazim, teradat, dll): pepatah ini ialah mengenai perkara yg telah teradat atau peraturan yg sudah dibiasakan; 2. menjadikan biasa (utk mengerjakan sesuatu), melatih supaya biasa: Basir berdiri sebentar utk ~ pemandangannya di dlm dewan yg kelam itu; ~ diri bergaul dgn orang atasan; 3. menjadikan biasa (dgn keadaan cuaca, suasana, dsb), menyesuaikan: dia tidak dapat ~ dirinya dgn cuaca yg terlalu panas di Mekah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membiasakan | 1. menjadikan biasa; melazimkan: Ahmad tidak dpt ~ dirinya dgn makanan orang-orang Eropah. 2. melatih menggunakan sesuatu supaya menjadi biasa: Orang asing itu ~ dirinya bertutur dlm bahasa Melayu. | Kamus Pelajar |
berlatih | membiasakan atau memahirkan diri dlm sesuatu bidang: Ia sentiasa ~ bernyanyi di rumahnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengamalkan | membiasakan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan); melakukan sesuatu yg dipelajari (diajarkan, dipercayai dll); mempraktikkan: Kerajaan Malaysia ~ dasar demokrasi. Jika saudara ~ senaman ini, insya-Allah saudara akan berasa segar dan sihat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengghalibkan | membiasakan, melazimkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlatih | membiasakan atau memahirkan diri dlm sesuatu bidang: Ia sentiasa ~ bernyanyi di rumahnya | Kamus Pelajar |
mengamalkan | membiasakan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan); melakukan sesuatu yg dipelajari (diajarkan, dipercayai dll); mempraktikkan: Kerajaan Malaysia ~ dasar demokrasi. Jika saudara ~ senaman ini, insya-Allah saudara akan berasa segar dan sihat. | Kamus Pelajar |
melatih | 1. membiasakan, memahirkan: kita boleh ~ lidah kita supaya fasih dgn selalu membaca kuat-kuat dgn bunyi yg betul; 2. mengajar atau mendidik supaya mahir (pandai): mereka yg dipilih akan dilatih berbaris oleh seorang tentera; ~ tubi memberikan latihan (ajaran dsb) yg diulang-ulangi, mengulangulangi sesuatu dlm proses atau usaha mengajar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melazimkan | menjadikan lazim; membiasakan: Kita hendaklah ~ diri bercakap dlm bahasa Melayu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |