biasiswa | wang yg diberikan kpd pelajar utk membiayai atau membantu membiayai pelajarannya (biasanya di maktab atau di universiti); berbiasiswa mempunyai biasiswa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membiayai | mengeluarkan wang sbg biaya: Orang miskin tidak mampu ~ pelajaran anaknya di universiti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membiayai | membelanjai, mengongkosi: diperlukan modal dlm negeri utk ~ perusahaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membiayai | mengeluarkan wang sbg biaya: Orang miskin tidak mampu ~ pelajaran anaknya di universiti. | Kamus Pelajar |
biaya | wang yg dikeluarkan utk mengadakan atau utk melakukan sesuatu; belanja; ongkos: ~ pengangkutan belanja pengangkutan. membiayai mengeluarkan wang sbg biaya: Orang miskin tidak mampu ~ pelajaran anaknya di universiti. pembiayaan hal atau perbuatan membiayai. pembiaya orang atau pihak yg membiayai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
biaya | wang yg dikeluarkan utk mengadakan atau utk melakukan sesuatu; belanja; ongkos:~ pengangkutan belanja pengangkutan. membiayai mengeluarkan wang sbg biaya: Orang miskin tidak mampu ~ pelajaran anaknya di universiti. pembiayaan hal atau perbuatan membiayai. | Kamus Pelajar |
biaya | 1. belanja, ongkos (utk sesuatu): selain gaji itu, mereka juga mendapat ~ jamu-menjamu dan faedah-faedah lain; 2. bantuan kewangan drpd kerajaan utk menutup sebahagian drpd perbelanjaan sesuatu pertubuhan dll; membiayai membelanjai, mengongkosi: diperlukan modal dlm negeri utk ~ perusahaan; membiayakan membelanjakan, mengongkoskan: maka apabila tiadalah dibiayakan mereka itu segala nikmat itu, maka dipindahkan Allah Taala segala nikmat itu drpd mereka itu; biayaan (yg) dibiayai oleh: institusi ~ persatuan agama Islam semakin berkembang; pembiayaan perihal (perbuatan) membiayakan atau membiayai: ~ gerakan keamanan akan merumitkan kewangan negara; pembiaya orang atau pihak yg membiayai: di belakang kumpulan samseng ini pastilah orang-orang yg bertindak sbg pelindung, penaung, dan ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembiayaan | hal atau perbuatan membiayai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
elaun perjalanan | elaun utk membiayai perbelanjaan perjalanan pekerja yg menjalankan tugas rasmi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
secukup hidup | cukup utk membiayai perbelanjaan hidup sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |