membodek | memuji(-muji) atau menyanjung(-nyanjung) seseorang dgn tujuan utk mendapatkan sesuatu drpd orang yg dipuji atau disanjung; mengampu: Dia ingat, dgn ~ ketuanya, dia akan naik pangkat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membodek | menyanjung, memuji dsb seseorang dgn tujuan mendapatkan sesuatu daripadanya, mengampu: sesiapa yg pandai ~ ketua, barangkali dialah yg akan mendapat penghargaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bodek | ; membodek memuji(-muji) atau menyanjung(-nyanjung) seseorang dgn tujuan utk mendapatkan sesuatu drpd orang yg dipuji atau disanjung; mengampu: Dia ingat, dgn ~ ketuanya, dia akan naik pangkat. pembodek orang yg suka membodek; pengampu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pembodek | orang yg suka membodek; pengampu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pembodek | orang yg suka membodek, pengampu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bodek | (bodék)1. bk kemaluan laki-laki; 2. = sakit ~ burut: burut atau ~ ialah penyakit pasang-pasang; 3. bp mengangkat, mengampu, mencari muka: dia kuat ~, sebab itu dapat naik pangkat;membodek menyanjung, memuji dsb seseorang dgn tujuan mendapatkan sesuatu daripadanya, mengampu: sesiapa yg pandai ~ ketua, barangkali dialah yg akan mendapat penghargaan;pembodek orang yg suka membodek, pengampu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengejek | 1. menaikkan atau mengangkat benda yg berat (spt kereta dll) dgn jek, mendongkerak, mengumpil: dia sedang ~ keretanya; 2. ki mengampu, membodek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jek | (jék) alat utk menaikkan atau mengangkat benda berat (spt kereta dll), bicu, dongkerak, pengumpil; mengejek 1. menaikkan atau mengangkat benda yg berat (spt kereta dll) dgn jek, mendongkerak, mengumpil: dia sedang ~ keretanya; 2. ki mengampu, membodek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |