pekik | 1. teriak yg kuat, jerit: “tolong!”, ~nya dgn suara yg menyeramkan; 2. sorak atau teriak (sbg semboyan dll): sejurus kemudian kedengaran pula ~ merdeka bergemuruh; kedengaran ~ anak-anak bermain di halaman; ~ jerit = jerit ~ pekikan dan jeritan; ~ pekuk bermacam-macam pekik dan jerit; berpekik = memekik; memekik berteriak kuat, menjerit: mahu rasanya ia meraung dan ~ sekuat-kuatnya; ~ sampai ke langit memekik kuat-kuat; memekikkan 1. mengatakan sesuatu dgn suara yg keras, meneriakkan, menjeritkan: ia membuka mulut hendak ~ segala kecemasannya; 2. ki menyeru-nyerukan, melaung-laungkan, mengheboh-hebohkan; terpekik tiba-tiba memekik; terpekik-pekik terjerit-jerit (kerana kesakitan, ketakutan, dll): anak-anak perahu itu ~ ketakutan kerana perahu mereka hampir-hampir terbalik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memekik | berteriak kuat-kuat; menjerit: Mahu rasanya saya ~ sekuat-kuatnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memekik | berteriak kuat-kuat; menjerit: Mahu rasanya saya ~ sekuat-kuatnya. | Kamus Pelajar |
memekik sampai ke langit | memekik kuat-kuat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memekik | berteriak kuat, menjerit: mahu rasanya ia meraung dan ~ sekuat-kuatnya; ~ sampai ke langit memekik kuat-kuat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaok | Jk; berkaok-kaok berteriak-teriak, berseru-seru, memekik-mekik; mengaoki memanggil dgn memekik, meneriak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tempik | bunyi suara yg kuat kerana gembira, marah dll; pekik; teriak: ~ sorak bermacam-macam pekik dan sorak (semasa pertandingan dll). bertempik memekik dgn kuat; menjerit kuat-kuat. menempikkan meneriakkan sesuatu dgn suara yg kuat; memekikkan; menjeritkan. tempikan bunyi tempik; pekikan; teriakan: Tiba-tiba mereka terdengar satu ~ pd malam yg sunyi itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertempik | memekik dgn suara yg nyaring, menjerit kuat-kuat: salah seorang ~ kuat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengedau | memekik (meminta tolong dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengerik | memekik, menjerit, mendering (bkn gajah), merengkik (bkn kuda). | Kamus Dewan Edisi Keempat |