memendapkan | membiarkan benda-benda, spt pasir turun ke bawah; memendakkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memendapkan | mengurungkan, menyembunyikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendap | turun ke bawah dan berlonggok di dasar (bkn pasir dll); mendak. memendapkan membiarkan benda-benda, spt pasir turun ke bawah; memendakkan. mendapan 1 lumpur, pasir dll yg turun ke bawah; mendak. 2 kejadian mendap: ~ tanah. kemendapan keadaan mendap. pemendapan perihal, perbuatan dsb mendap atau memendapkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemendapan | perihal, perbuatan dsb mendap atau memendapkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pendap | ; memendap, berpendap berkurung, bersembunyi, tidak keluar-keluar: kalau dia di rumah, dia ~ sahaja sehari-harian suntuk; memendapkan mengurungkan, menyembunyikan; terpendap terkurung, tersimpan, tersembunyi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |