Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pendek (adjektif)
1. Bersinonim dengan rendah: renek, katik, katai, bantut, bangkut, ketot, kerdil, kontot, kompot,
Berantonim dengan tinggi

2. Dalam konteks masa
bersinonim dengan singkat, suntuk, tidak cukup masa,
Berantonim dengan lama

3. Bersinonim dengan ringkas: singkat
Berantonim dengan panjang

Kata Terbitan : memendek, memendekkan, kependekan, pemendekan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
merumuskan1. memendekkan atau me­ring­­kas­kan (perkataan): UMNO dirumuskan drpd kata-kata Inggeris United Malay National Organisation; 2. menyatakan sesuatu (spt hukum dll) dgn rumus: tambahan peraturan syarikat patut dirumuskan berdasarkan undang-undang; hukum Boyle boleh juga dirumuskan secara hisab; 3. menyebutkan (menyatakan, mengumumkan) sesuatu dgn ringkas lagi tepat: hanya kepemimpinan berwibawalah yg sanggup ~ keputusan terakhir;Kamus Dewan Edisi Keempat
pendek(péndék) 1. tidak panjang, tidak tinggi, pandak, rendah, ringkas: mereka memakai seluar kain kapas yg ~ dgn baju singlet; 2. tidak lama, singkat: dlm waktu yg ~; umur semakin ~, badan semakin uzur; ~ akal = ~ fikiran = ~ ingatan = ~ kira-kira sempit, tidak luas fikiran (ikhtiar, pengetahu­an, dll), picik; ~ kata (cakap) = ~ kaji = ~nya dgn ringkas, ringkasnya: ~nya segala hukum Islam telah lengkap dan sempurna pd masa baginda masih hidup; ~ nafas tidak tahan berlari jauh, mudah tercungap, sesak nafas; ~ permintaan pendek umur; memendek menjadi pendek: otot itu ~ dan menggemuk apabila digerakkan; memendekkan 1. menjadikan pendek, me­motong dll supaya pendek: Muda ~ langkahnya sambil menoleh ke belakang; sama ada masa penjara itu hendak dipanjangkan atau dipendekkan terserah kpd pertimbangan hakim; 2. mengikhtisarkan, menying­katkan, meringkaskan: guru melatih kanak-kanak ~ sebutan itu; dipendekkan cerita, jadilah keluargaku dan keluarga Pak Hamid jiran yg paling baik dan ikrab; kependekan 1. perihal pendek: pergerakan semua haiwan itu adalah hasil drpd ~ dan kegemukan gentian otot; 2. ringkasan (perkataan, kumpulan perkataan, dll), singkatan: PBB adalah ~ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; pemendekan perihal (perbuatan dsb) me­mendekkan atau menyingkatkan: ujaran spt ini menunjukkan ciri-ciri ~ spt yg berlaku pd pesanan telegram.Kamus Dewan Edisi Keempat
memendekkan1. menjadikan pendek, me­motong dll supaya pendek: Muda ~ langkahnya sambil menoleh ke belakang; sama ada masa penjara itu hendak dipanjangkan atau dipendekkan terserah kpd pertimbangan hakim; 2. mengikhtisarkan, menying­katkan, meringkaskan: guru melatih kanak-kanak ~ sebutan itu; dipendekkan cerita, jadilah keluargaku dan keluarga Pak Hamid jiran yg paling baik dan ikrab;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyentengkan1 menjadikan senteng; menyingkatkan; memendekkan. 2 menjadikan kurang atau tidak cukup; mengurangkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
senteng/sénténg/ 1 tidak cukup pan­jangnya (bkn baju, kelambu dll); singkat. 2 tidak cukup wang; kekurangan wang: hidup ~ hidup serba kekurangan. menyentengkan 1 menjadikan senteng; menyingkatkan; memendekkan. 2 menjadikan kurang atau tidak cukup; mengurangkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bergunting1 menyuruh tukang gunting memotong rambut; memendekkan rambut dgn pertolongan tukang gunting: Saya hendak pergi ~. 2 dipotong dgn gunting: Kain seluarnya belum ~ lagi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menyingkatkan1. menjadikan singkat (pen­dek dll), memendekkan (waktu dll): kerana kekurangan wang, saya terpaksa ~ lawatan saya itu; 2. meringkaskan (karangan dll), mengikhtisarkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyentengkan1. menjadikan senteng (pendek, singkat) sedikit, memendekkan; 2. menjadikan kurang (tidak cukup), me­ngurang-kan;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyentengkan1 menjadikan senteng; menyingkatkan; memendekkan.Kamus Pelajar
senteng /sénténg/1 menjadikan senteng; menyingkatkan; memendekkan.Kamus Pelajar
12345

Kembali ke atas