pesong | /pésong/; berpesong bergerak ke arah yg lain: Perhatikan bagaimana jarum itu ~. memesong menukar arah (haluan); menyeleweng: Kereta itu ~ ke kiri. memesongkan 1 menggerakkan ke arah yg lain; menjadikan berpesong; menyelewengkan: Banjaran Himalaya menghalang kumpulan udara ini dan ~nya ke Lembah Ganges. 2 ki mengalih atau mengubah tajuk perbualan (pendirian dsb): Tiada sesiapa pun yg dpt ~ pendiriannya. terpesong 1 menyimpang dr arah yg sepatutnya dgn tidak sengaja; menjadi berubah haluannya: Jalan yg licin menyebabkan keretanya ~ ke kiri lalu melanggar tiang lampu. 2 ki menyimpang drpd tajuk perbualan dll dgn tidak disedari: Tiba-tiba percakapannya ~ ke soal peperangan Pakistan-India. pesongan gerakan berpesong: Ukur jarak ~ jarum itu. pemesongan perbuatan (hal dsb) memesong atau memesongkan (sesuatu): Alirkan arus elektrik melalui meter itu dan perhatikan ~ yg dibuat oleh penunjuknya. pemesong alat utk memesongkan (sesuatu). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pesong | (pésong) 1. belok (ke kanan atau ke kiri), memutar (mengubah) haluan: kereta itu kemudian ~ ke kiri memasuki suatu lorong; 2. ki mengalih (percakapan), mengubah atau menukar (perkara): apabila ibunya bercakap tentang perkahwinan, Halim cuba ~ ke soal lain; memesongkan 1. membelokkan (ke kiri atau ke kanan), memusingkan, menukarkan haluan: akar pokok yg menjalar dlm tanah dapat ~ arah pertumbuhannya ke tempat yg ada air; 2. ki mengalihkan atau menukar (percakapan, pendirian, dll): parti itu telah mengambil langkah-langkah mengawal ahli-ahlinya sendiri yg cuba hendak ~ dasar dan tujuan asalnya; terpesong menyimpang dr tujuannya (haluannya, sasarannya), menyeleweng: kalau berlaku apa-apa kesilapan, roket itu akan ~ dan tidak mengenai sasarannya; tiba-tiba percakapannya ~ ke soal lain; pemesongan perbuatan memesongkan (kepercayaan, pendirian, dsb): langkah ini dijadikan senjata bagi menentang ~ akidah; pemesong alat yg memesongkan: kanta ~ sinar matahari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memesongkan | 1 menggerakkan ke arah yg lain; menjadikan berpesong; menyelewengkan: Banjaran Himalaya menghalang kumpulan udara ini dan ~nya ke Lembah Ganges. 2 ki mengalih atau mengubah tajuk perbualan (pendirian dsb): Tiada sesiapa pun yg dpt ~ pendiriannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memesongkan | 1. membelokkan (ke kiri atau ke kanan), memusingkan, menukarkan haluan: akar pokok yg menjalar dlm tanah dapat ~ arah pertumbuhannya ke tempat yg ada air; 2. ki mengalihkan atau menukar (percakapan, pendirian, dll): parti itu telah mengambil langkah-langkah mengawal ahli-ahlinya sendiri yg cuba hendak ~ dasar dan tujuan asalnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memesongkan | 1 menggerakkan ke arah yg lain; menjadikan berpesong; menyelewengkan: Banjaran Himalaya menghalang kumpulan udara ini dan ~nya ke Lembah Ganges. 2 ki mengalih atau mengubah tajuk perbualan (pendirian dsb): Tiada sesiapa pun yg dpt ~ pendiriannya. | Kamus Pelajar |
pesong /pésong/; berpesong | bergerak ke arah yg lain: Perhatikan bagaimana jarum itu ~. memesong menukar arah (haluan); menyeleweng: Kereta itu ~ ke kiri. memesongkan 1 menggerakkan ke arah yg lain; menjadikan berpesong; menyelewengkan: Banjaran Himalaya menghalang kumpulan udara ini dan ~nya ke Lembah Ganges. 2 ki mengalih atau mengubah tajuk perbualan (pendirian dsb): Tiada sesiapa pun yg dpt ~ pendiriannya. terpesong 1 menyimpang dr arah yg sepatutnya dgn tidak sengaja; menjadi berubah haluannya: Jalan yg licin menyebabkan keretanya ~ ke kiri lalu melanggar tiang lampu. 2 ki menyimpang drpd tajuk perbualan dll dgn tidak disedari: Tiba-tiba percakapannya ~ ke soal peperangan Pakistan-India. pesongan gerakan yg berpesong: Perhatikan jarak ~ jarum itu. pemesongan perbuatan (hal dsb) berpesong atau memesongkan (sesuatu): Alirkan arus elektrik melalui meter itu dan perhatikan ~ yg dibuat oleh penunjuknya. pemesong alat utk memesongkan (sesuatu). | Kamus Pelajar |
menyerongkan | 1 meletakkan atau menjadikan serong. 2 ki melakukan sesuatu dgn curang; memesongkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
serong | /sérong/ 1 tidak lurus atau tidak tepat letaknya; menyimpang dr garis atau dr arah yg lurus: Tulisannya ~ sedikit. 2 ki tidak jujur; tidak lurus hatinya; curang. menyerong menyimpang dr arah yg lurus; bergerak serong. menyerongkan 1 meletakkan atau menjadikan serong. 2 ki melakukan sesuatu dgn curang; memesongkan. keserongan 1 keadaan serong. 2 kecurangan; ketidakjujuran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
surih | 1. coret panjang (lurus, bengkok atau melengkung), jalur kecil, garis, gores; 2. kesan atau jalan yg telah dilalui oleh sesuatu, bekas; ~ gelombang jalan yg diikuti oleh sesuatu gelombang; kertas ~ kertas nipis yg digunakan utk meniru peta dll yg diletakkan di bawahnya; bersurih ada garisnya (bekasnya), bergaris, bergores; menyurih 1. melukis garisan, menggaris, menggores; 2. melukis peta dgn menggunakan kertas surih (peta asal diletakkan di bawahnya); menyurihkan membuat garisan, menggariskan, menggaritkan, menggoreskan; ~ api-api menggores mancis api; ~ jalan a) mencari akal (daya upaya); b) memberi petunjuk (petua); ~ percakapan memesongkan perbualan; penyurihan (Kim) penggunaan bahan (biasanya radioaktif) utk mengesan taburan, perjalanan, atau kedudukan sesuatu unsur, sebatian, struktur, dll dlm sesuatu sistem atau dlm tubuh; penyurih 1. orang yg melukis peta dll (dgn meniru dr peta yg sedia ada); 2. (Kim) bahan (biasanya radioaktif) yg digunakan utk mengenal pasti atau mengesan struktur tertentu dlm sesuatu sistem atau dlm tubuh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
simpang | sesuatu yg melencong atau bercabang dr yg lurus, tempat jalan (sungai dll) bercabang atau berpisah dr yg lurus: sebuah lori berhenti tidak jauh dr ~ empat di pekan itu; ~ belahan Mn sebahagian drpd sesuatu kaum atau cabang kaum (yg berpindah ke tempat lain, yg berjauhan tempatnya); ~ jalan cabang jalan; ~-perenang porak-peranda; bersimpang 1. bercabang (jalan, sungai, dll), berbelah: di tempat itu jalan tadi ~; 2. Mn tidak sehaluan, berlainan (pembawaan dll), berbeza (pendapat dll); bersimpangan bertemu tetapi masing-masing dgn haluan sendiri, berselisih jalan; menyimpang 1. melencong dr arah yg asal, membelok ke jalan lain: ia tidak terus pulang, tetapi ~ ke rumah kawan-kawannya; 2. membelok (supaya jangan terlanggar), mengelak (dlm perjalanan), menghindar (ke tepi dll): jika ia bertahan kamu sekalian ~; 3. tidak menurut yg betul (ajaran dll), menyeleweng (drpd yg ditentukan), sesat: cara ahli hukum bekerja tidak ~ drpd ketentuan hukum; istilah yg dibentuk tidak terlalu jauh ~ drpd istilah asal; menyimpangkan menjadikan menyimpang, membawa menyimpang, memesongkan, menyesatkan; simpangan (jalan, sungai, dll) yg menyimpang, cabang kpd sesuatu (jalan, sungai, dll) yg lebih besar; persimpangan = ~ jalan tempat jalan menyimpang atau bercabang: kebetulan pd ketika itu saya telah sampai ke ~ jalan balik ke rumah saya; penyimpangan perihal (perbuatan dsb) menyimpang (drpd sesuatu): ~ drpd tatabahasa baku bahasa Melayu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |