memiawaikan | menjadikan sesuatu (kualiti barangan, sistem, dsb) piawai: bank data harus mencakup istilah yg dipiawaikan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemiawaian | perbuatan memiawaikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
piawai | Mn 1. cekap, pandai, pintar: seorang jurutenung yg ~ telah pernah meramalkan hal ini; 2. betul, tepat (timbangan, waktu, dll); bungkal yg ~ a) anak timbangan yg betul; b) ki keputusan (pertimbangan) yg adil; 3. yg (telah ditetapkan utk) menjadi asas bagi penentuan atau penilaian sesuatu (spt ukuran, timbangan, mutu, dll), dasar (asas) yg sah: suhu ~; sukatan ~; waktu ~; memiawaikan menjadikan sesuatu (kualiti barangan, sistem, dsb) piawai: bank data harus mencakup istilah yg dipiawaikan; terpiawai sudah atau telah dipiawaikan: pakar-pakar psikiatri telah mula menggunakannya dlm bentuk ujian personaliti yg ~; piawaian asas (rujukan dsb) utk penentuan sesuatu (spt timbangan, mutu, dll): Malaysia memerlukan satu sistem ~ yg kemas kini; kepiawaian kecekapan, kepintaran: lalu hilang pulalah ~nya sbg perjaka perkasa; pemiawaian perbuatan memiawaikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |