menggalas | 1. memikul barang-barang dgn galas (kandar), mengandar; 2. menyandang (bungkusan dll) di atas bahu, memikul: ia ~ sebuah bungkusan dan tangannya membimbit beg; 3. menjajakan barang dagangan; orang ~ penjaja; 4. ki memikul atau menanggung (tanggungjawab, masalah, dsb): dia pulang ke rumah panjang ~ masalah di bahunya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memikul | membawa barang di atas bahu; mengandar; menggalas: ~ kayu api. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memikul | 1. membawa barang dgn galas di atas bahu, mengandar, menggalas: ~ padi; 2. mengangkat, mengusung: maka ada bertemu lapan sepuluh orang tengah ~ meriam besar; Hassan ~ peti kacanya, aku menjunjung sekotak pinggan; 3. ki menghadapi dan harus melaksanakan dsb (sesuatu) sbg tanggungjawab, menanggung: dia pun sama ~ hutang bapanya; akan ~ tiada berbahu, akan menjunjung kepala luncung prb tiada berdaya mengerjakan sesuatu tugas kerana tiada berilmu (tiada berwang); berat sama dipikul, ringan sama dijinjing prb suka duka sama-sama ditanggung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memikul | membawa barang di atas bahu; mengandar; menggalas: ~ kayu api. | Kamus Pelajar |
dagang II | Mn; mendagang memikul, mengusung; dagangan barang-barang yg dipikul; pedagang benda (spt kandar) yg digunakan utk memikul. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kandar | , = pengandar kayu atau tongkat yg digunakan utk menggalas (memikul) barang. mengandar membawa barang dgn kandar; menggalas; memikul: Tidak berapa lama, mereka pun bertemu dgn lima orang yg sedang ~ sebuah peti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kandar | = pengandar kayu atau tongkat yg digunakan utk menggalas (memikul) barang. mengandar membawa barang dgn kandar; menggalas; memikul:Tidak berapa lama, mereka pun bertemu dgn lima orang yg sedang ~ sebuah peti. | Kamus Pelajar |
kandar I | kayu yg diletakkan di bahu utk menggalas atau memikul barang (yg tergantung di kedua-dua hujung kayu), galas; mengandar membawa barang dgn kandar, memikul, menggalas: maka diambilnya kayu oleh Seri Rama dikandarnya dua ekor kijang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gandar I | 1. kayu utk memikul barang di atas bahu, galas, kandar, pengandar; 2. tangkai (pd timba telaga, pd tenggala); 3. batang dacing; 4. = ~ roda batang besi (kayu dsb) tempat roda berpusing, pasak (poros) roda, aci; ~ cincin pencengkam batu pd cincin; menggandar memikul, mengandar, menggalas; gandaran barang (beban) yg dipikul, pikulan, kandaran: maka Laksamana pun meletakkan ~nya, lalu naiklah ia ke rumah saudagar itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menanggung | 1. membawa di atas bahu (barang yg berat-berat), memikul, menggalas: pelawat-pelawat penuh sesak, ada yg ~, ada yg berjunjung dan ada yg berkelek; 2. mengalami (kesusahan dll), menahan, menderita, tertimpa (oleh): perusahaan itu ~ kerugian besar; tuan pergi janganlah lama, tiada kuasa ~ rindu; 3. ki membawa, memegang, menaruh, menyimpan: dapatkah manda ~ rahsia hamba? 4. (sanggup) memikul biaya atau perbelanjaan (yg tertentu), mengurus, membiayai, menyelenggarakan: mereka sudah besar, tidak wajib lagi dia ~ nafkah begitu; aku telah ditanggungnya makan minum; 5. memikul, menghadapi, mempunyai: kita ~ hutang sampai anak dah beranak enam pun hutang belum lagi selesai; 6. menjaga (keselamatan dll), memberi jaminan (akan): kerajaan ~ keamanan dan ketenteraman rakyat; 7. memberi akuan tentang kebaikan (keaslian dll) sesuatu, menjamin: kalau hendak bekerja di sini kamu harus mempunyai dua orang yg ~; barang-barang ini ditanggung baik; 8. memberi akuan tentang kepastian sesuatu, memastikan bahawa ...: saya berani tanggung dia akan menang; 9. memberi perakuan akan memenuhi kewajiban orang lain jika orang itu enggan memenuhinya, menjamin: siapa yg ~ pinjamanmu tempoh hari? 10. memikul segala tanggungjawab, bertanggungjawab: berani buat tidak berani tanggung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |