Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memindah 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memindah1. bp = memindahkan; 2. = memindah-mindah, pindah-memindah menjangkit(-jangkit), menular(-nular);Kamus Dewan Edisi Keempat
pindahbertukar tempat (kediaman, kerja, dll); ~ milik bertukar pemilik atau tuan punya; ~-randah selalu bertukar tempat (kediaman, dll); ~ tangan bertukar tuan (barang, harta benda, dll); tujuh kali ~ jadi papa = orang pindah-pindahan bertanam tak boleh dimakan prb pekerjaan yg tiada tetap akan meru­gikan; berpindah 1. beralih tempat (kediaman, ker­ja, dll), beranjak: dia mengajak isterinya ~ ke Brunei; dia ~ dr tempat duduk yg di hadapan ke tempat duduk belakang; 2. bertukar atau berganti (kenaikan, tempat, tajuk perbin­cangan, dll): datang pula fikirannya hendak ~ ke sekoci kecil; setelah membentangkan isi-isi penting, kita akan ~ kpd pembentangan pendapat yg asasi; 3. = berpindah­-pindah menjangkit, menular; ~ ke negeri yg baqa (ke akhirat) meninggal dunia, mati; ~-randah selalu berpindah­-pindah; ~ tangan berganti pemiliknya; memindah 1. bp = memindahkan; 2. = me­mindah-mindah, pindah-memindah men­jangkit(-jangkit), menular(-nular); memindahi 1. ark banyak yg dipindahkan, banyak kali memindahkan; 2. menjangkiti, menulari; memindahkan 1. meletakkan ke tempat lain, membawa berpindah, mengalihkan ke tempat lain: kerajaan mendirikan rumah-rumah harga murah ini utk ~ setinggan-setinggan; pangkat-pangkat tinggi yg dipegang oleh orang putih akan dipindahkan ke tangan anak negeri ini; 2. menterjemahkan: hikayatnya terlalu indah, ceritanya dipindahkan drpd bahasa Jawa ke bahasa Melayu; 3. menjangkitkan, menularkan: penyakit ini berjangkit dgn sebab dipindahkan oleh lalat; ~ hak memberikan hak kpd orang lain; ~ perhatian mengalihkan perhatian; pindahan barang (harta dll) yg dipindah­kan: barang-barang ~; kaum ~ kaum atau bangsa yg hidupnya berpindah-randah; kepindahan kejangkitan, ketularan; perpindahan perihal (perbuatan, kejadian, dsb) berpindah, peralihan: sebab pertama penduduk bertambah ialah adanya ~; ~ pejabat; pemindahan perbuatan memindahkan (meng­alihkan): ~ penduduk; melatih orang-orang Malaysia melalui beberapa rancangan ~ kemahiran dan teknologi.Kamus Dewan Edisi Keempat
sugi I1. = pesugi bilah kayu dll utk mencungkil gigi, kayu yg (dititik hujungnya) digunakan sbg berus gigi; 2. = ~ landak Mn duri landak; 3. Mn tembakau yg dikemam di dlm mulut, songel: ibunya meneruskan percakapannya sambil memindah-mindahkan ~nya ke kiri ke kanan; bersugi 1. membersihkan (menggosok) gigi dgn sugi: Karim membasuh muka, ~, dan kemudian menghadapi sarapannya; 2. mengemam tembakau sambil makan sirih; menyugi 1. menggosok gigi dgn sugi; 2. mencungkil gigi (sumbu lampu yg pendek dll): ibu tua itu meletakkan anyamannya dan ~ sumbu pelita yg sudah kian malap nyalanya; 3. mengemam atau mengulum sugi (ketika makan sirih).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas