memodali | memberi modal kpd (utk sesuatu perusahaan dll): Syarikat itu dimodali bersama oleh Jepun dan Malaysia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memodali | memberi modal (utk sesuatu perniagaan, perusahaan, dll): beberapa orang saudagar telah ~ lombong-lombong itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memodali | memberi modal kpd (utk sesuatu perusahaan dll): iSyarikat itu dimodali bersama oleh Jepun dan Malaysia. | Kamus Pelajar |
memokoki | memodali, memberi modal; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemodalan | perihal atau perbuatan memodali. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pemodalan | perihal atau perbuatan memodali. | Kamus Pelajar |
syarikat | 1. persekutuan, perkumpulan, gabungan; Amerika S~ negara persekutuan di Amerika Utara; 2. badan atau institusi perusahaan atau perniagaan (yg dimiliki oleh satu orang atau sekumpulan orang), perkongsian (dlm perniagaan), firma: kita bersama memodali perniagaan itu yg dgn sendirinya menjadi sebuah ~; anak ~ syarikat yg sekurang-kurangnya separuh drpd modalnya dimiliki oleh syarikat lain; 3. persekutuan negara-negara yg menjadi sahabat (dlm peperangan), sekutu; ~ berhad syarikat perusahaan atau perniagaan yg tanggungan atau tanggungjawab pemilik-pemiliknya terhadap hutang piutang syarikat berkenaan terhad hanya pd wang dsb yg telah dilaburkan ke dlm syarikat itu; ~ bersekutu (Udg) syarikat yg sebahagian kepentingannya dipunyai atau dikawal oleh syarikat lain; ~ gergasi = ~ raksasa; ~ induk syarikat yg memiliki sebuah atau beberapa buah anak syarikat; ~ kerjasama koperasi (syarikat); ~ kewangan syarikat yg memberikan kemudahan pinjaman kewangan dgn kadar faedah yg lebih tinggi drpd bank perdagangan, terutamanya utk urus niaga sewa beli; ~ multinasional syarikat yg beroperasi di beberapa buah negara; ~ nomini (Eko) syarikat yg fungsinya memegang dan mengendalikan saham bagi pihak klien atau pemilik sebenar saham berkenaan; ~ pembuatan syarikat yg kegiatannya ialah membuat atau menghasilkan barang (di kilang dsb); ~ perniagaan syarikat yg kegiatannya mengendalikan perniagaan (jual beli); ~ perusahaan syarikat yg menjalankan sesuatu atau beberapa perusahaan (spt pembuatan barang, pengendalian perkhidmatan, dll); ~ raksasa syarikat yg amat besar (modalnya, bidang kegiatannya, penghasilannya, tenaga pekerjanya, dsb); ~ tersenarai (Eko) syarikat yg saham biasanya disenaraikan di bursa saham dan oleh itu boleh diperniagakan; bersyarikat 1. bersama-sama (bersatu, bermuafakat, bergabung) mengerjakan sesuatu (mendirikan pertubuhan dll); 2. bersekutu, berkawan, bersahabat; mensyarikati ark bersyarikat dgn, ikut serta, bersama-sama (dlm kesusahan dll); mensyarikatkan; ~ Allah menganggap Allah tidak esa (lebih drpd satu); persyarikatan 1. persekutuan, perhimpunan, perkumpulan, persatuan: P~ Bangsa-Bangsa Bersatu; 2. = ~ dagang Id perkongsian (dlm perniagaan); ~ Malaysia konsep kerjasama antara kerajaan dan swasta supaya pihak swasta akan berjaya dan memberi lebih banyak sumbangan kpd pembangunan negara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
modal | wang atau harta benda yg digunakan sbg dasar atau asas utk berniaga atau utk menghasilkan sesuatu yg menambah kekayaan dll; pokok: Ia tidak mempunyai ~ utk berniaga secara besar-besaran. barang ~ barang-barang spt mesin yg dpt menghasilkan barang lain; penanaman ~ perbuatan menggunakan modal utk mendapatkan keuntungan dlm perniagaan atau perusahaan. ~ bergerak (berpusing) modal spt barang-barang mentah atau wang yg boleh berpindah-pindah. ~ campuran modal atau usaha gabungan. ~ insan modal yg ada pd seseorang insan, spt ilmu pengetahuan, dan kekuatan mental, fizikal dan rohani. ~ kerja modal yg digunakan utk menjalankan sesuatu perniagaan. ~ tetap modal spt tanah atau bangunan yg tidak dpt dipindah-pindahkan. bermodalkan mempunyai sesuatu sbg modal. memodali memberi modal kpd (utk sesuatu perusahaan dll): Syarikat itu dimodali bersama oleh Jepun dan Malaysia. permodalan segala hal atau urusan yg berkaitan dgn modal; perihal bermodal: syarikat ~ syarikat yg menanam modalnya dlm perniagaan atau perusahaan lain utk mendapatkan keuntungan. pemodalan perihal atau perbuatan memodali. pemodal orang (pihak dll) yg memberikan modal; kapitalis. semodal berkongsi dlm perusahaan; ikut serta dlm perniagaan dll: orang ~ orang yg turut sama menaruh modal dlm sesuatu perusahaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
modal | wang atau harta benda yg digunakan sbg lunas utk berniaga atau utk menghasilkan sesuatu yg menambah kekayaan dll; pokok: Ia tidak mempunyai ~ utk berniaga secara besar-besaran. barang ~ barang-barang spt mesin dll yg dpt menghasilkan barang lain; penanaman ~ perbuatan menggunakan modal utk mendapatkan keuntungan dlm perniagaan atau perusahaan. ~ bergerak (berpusing) modal spt barang-barang mentah atau wang yg boleh berpindah-pindah. ~ campuran modal atau usaha gabungan. ~ kerja modal yg digunakan utk menjalankan sesuatu perniagaan. ~ tetap modal spt tanah atau bangunan yg tidak dpt dipindah-pindahkan. bermodalkan mempunyai sesuatu sbg modal. memodali memberi modal kpd (utk sesuatu perusahaan dll): iSyarikat itu dimodali bersama oleh Jepun dan Malaysia. permodalan perihal bermodal: syarikat ~ syarikat yg menanam modalnya dlm perniagaan atau perusahaan lain utk mendapatkan keuntungan. pemodalan perihal atau perbuatan memodali. pemodal orang (pihak dll) yg memberikan modal; kapitalis. semodal berkongsi dlm perusahaan; ikut serta dlm perniagaan dll: orang ~ orang yg turut sama menaruh modal dlm sesuatu perusahaan. | Kamus Pelajar |
menanam | 1. menaruh (mencucuk, menabur, dll) benih ke dlm tanah supaya tumbuh: bendang ialah tempat ~ padi; 2. menaruh sesuatu dlm lubang dan dikambusi dgn tanah, menimbuni sesuatu yg di dlm lubang dgn tanah, menguburkan (mayat, bangkai, dll): ia menyumpah orang yg ~ barang letupan itu; maka baginda pun mangkatlah, maka ditanam orang hampir masjid; 3. = menanamkan menyebarkan sesuatu ajaran (fahaman dll), membangkitkan dgn memupuk (semangat, perasaan, dll): di sana beliau telah menanamkan semula benih-benih kebangsaan yg telah patah; 4. memasukkan wang (modal) dlm sesuatu perusahaan dll, memodali, melabur: ia telah ~ modal sebanyak RM600; 5. menegakkan (kekuasaan), memperluas (pengaruh, kepentingan): pihak Komunis sedang giat berusaha ~ pengaruh mereka di dunia sebelah sini; 6. memasukkan benih penyakit ke dlm badan (utk mencegah drpd dihinggapi penyakit), menyuntikkan, membiakkan (benih penyakit dll); 7. mempunyai niat, berhajat (utk berbuat sesuatu), berniat: ~ niat utk naik haji; 8. mengangkat atau menempatkan (sbg wakil, pegawai, dll); 9. Pl, bp masuk ke dlm lumpur (ikan), membenamkan diri (dlm lumpur): puas aku mencari ikan haruan tadi, sudah ~ agaknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |