pondok | 1. rumah kecil yg didirikan utk sementara (di sawah, di ladang, dll), dangau, gubuk, teratak; 2. rumah (utk merendahkan diri apabila bercakap dgn orang); 3. Jk rumah kecil yg tidak elok (berdinding buluh beratap rumbia dll); 4. Jw madrasah dan asrama tempat mengaji (belajar agama dll); ~ telefon bangunan kecil tempat telefon utk kegunaan orang ramai; memondok menumpang tinggal dan makan; memondokkan 1. memberi tempat menumpang (di rumah orang dll), menumpangkan (di rumah orang dll); 2. memberi tempat menumpang; pondokan 1. = pemondokan rumah tumpangan, rumah tempat menginap; 2. tumpangan, penginapan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memondokkan | 1. memberi tempat menumpang (di rumah orang dll), menumpangkan (di rumah orang dll); 2. memberi tempat menumpang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |