Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mo.tong] | مموتوڠ

Definisi : 1. memutuskan sesuatu dgn pisau (gergaji dll), memenggal, mengerat; 2. menghiris (daging, ikan dll); 3. menebang (kayu, pokok dll); 4. menyembelih (binatang dll); 5. menggunting (rambut), memangkas; 6. menggunting (pakaian dll); 7. menuai (jagung, padi dll); 8. mengudungkan (tangan dll); 9. membedah (perut dll); 10. mengurangi (gaji, pendapatan dll); 11. memintasi (jalan, per­jalanan dll); 12. menyelang (percakapan, orang dll); 13. memendekkan (kata, nama dll); 14. menoreh (getah); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mo.tong] | مموتوڠ

Definisi : memenggal, mengerat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mo.tong] | مموتوڠ

Definisi : 1 memutuskan sesuatu dgn benda tajam; mengerat; memenggal: ~ kayu; ~ daging; ~ layang memotong sesuatu tipis-tipis. 2 menyembelih: ~ ayam. 3 membuat jadi berkurang; mengurangkan; memendekkan: Pihak majikan telah ~ gajinya RM60.00 kerana dia tidak datang bekerja tanpa cuti. 4 mendahului orang lain ketika berjalan dll; memintas: Jika kamu memandu kereta, jangan sekali-kali ~ di sebelah kiri. 5 menyelangi (percakapan orang); mencelah: Tidak baik ~ percakapan orang tua-tua. 6 menoreh getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
potong
Kata Terbitan : berpotong-potong, memotong, potongan, pemotongan, pemotong,

Puisi
 

Masuk ke hutan memotong gelam,
     Hendak membuat panggang para;
Muatan sarat belayar belum,
     Baru bertiup angin utara.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Memberi lauk kepada orang membantai.

Bermaksud :

Menolong orang yang tidak perlu ditolong; berbudi kepada orang kaya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Memberi garam kepada laut, b. Membuang garam ke laut). membantai = memotong, menyembelih.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memotongkan1. memotong utk orang, menyuruh memotong; 2. menggunakan pisau dll utk memotong, memotong dgn; 3. = memperpotongkan mengira-ngira dgn cara memotong gaji (pendapatan dll) yg akan diperoleh;Kamus Dewan Edisi Keempat
potong1. kerat, penggal, hiris: beberapa ~ roti; 2. bp penjodoh bilangan utk baju (kain, seluar, bungkusan barang, dll): biasanya aku mendapat se~ baju drpd ibuku; 3. = memotong memenggal, mengerat; rumah ~ rumah (tempat) menyembelih lembu dll; tukang ~ a) orang yg memotong (menyembelih); b) tukang gunting rambut; c) tukang sunat, mudin; ~ ayam a) memotong (menyembelih) ayam; b) sj sumpah pd orang Cina; ~ leher a) memenggal leher; b) bp meletakkan harga yg terlalu tinggi (memeras); c) ki dgn sengaja mencari kesusahan (menghilangkan mata pencarian sendiri); ~ rambut menggunting rambut; ~ ramus sj guntingan rambut (laki­laki); ~ trip bp memotong giliran (peluang) orang; ~ wajik bentuk wajik yg dipotong menyerong; ~ hidung rosak muka prb membuat sesuatu yg tidak baik kpd keluarga sendiri akhirnya dia juga yg mendapat malu (kesusahan); berpotong dipotong: kain yg di dlm kotak itu masih belum ~; berpotong-potong berkerat-kerat, berpeng­gal-penggal; memotong 1. memutuskan sesuatu dgn pisau (gergaji dll), memenggal, mengerat; 2. menghiris (daging, ikan dll); 3. menebang (kayu, pokok dll); 4. menyembelih (binatang dll); 5. menggunting (rambut), memangkas; 6. menggunting (pakaian dll); 7. menuai (jagung, padi dll); 8. mengudungkan (tangan dll); 9. membedah (perut dll); 10. mengurangi (gaji, pendapatan dll); 11. memintasi (jalan, per­jalanan dll); 12. menyelang (percakapan, orang dll); 13. memendekkan (kata, nama dll); 14. menoreh (getah); potong-memotong 1. saling memotong (me­lintasi); 2. pekerjaan menggunting (pakaian); memotongkan 1. memotong utk orang, menyuruh memotong; 2. menggunakan pisau dll utk memotong, memotong dgn; 3. = memperpotongkan mengira-ngira dgn cara memotong gaji (pendapatan dll) yg akan diperoleh; memperpotongkan hutang piutang mengurangkan hutang piutang; terpotong dapat dipotong: sebatang kayu pun tidak ~ pd petang itu kerana mereka terlupa membawa gergaji; potongan 1. bahagian-bahagian kecil atau pendek yg didapati setelah memotong sesuatu yg (lebih) besar atau panjang, keratan, penggalan; 2. cara memotong baju (seluar dll), guntingan: ~ baju; 3. bentuk (muka, rumah dll): ~ badan; ~ muka; ~ rumah; 4. pengurangan gaji (harga dll): ~ gaji; 5. kependekan kata (nama dll); pemotongan 1. perbuatan memotong (me­ngerat, menggunting, memenggal dsb), penge­ratan, pemenggalan: jenayah curi yg membawa kpd hukuman ~ tangan; 2. penyembelihan; 3. pemintasan (jalan dll); 4. pengurangan (gaji, harga, dsb); pemotong 1. orang yg memotong; 2. alat utk memotong.Kamus Dewan Edisi Keempat
hiris(se)potong nipis; se~ daging; menghiris memotong nipis-nipis: mereka sedang ~ daun pandan utk dibuat bunga rampai; ~ hati memilukan (menyakitkan) hati; bagai dihiris dgn sembilu sangat pedih rasa hati; menghiriskan memotong dgn (pisau dll), memotong utk: tolonglah kekanda hiriskan adinda limau; terhiris 1. menghiris atau dihiris dgn tidak sengaja: sewaktu memotong bawang tadi, dia ~ jarinya; 2. ki berasa tersinggung oleh kata-kata atau perbuatan seseorang: hatinya ~ oleh cemuhan kawan-kawannya itu; 3. ki berasa sedih atau dukacita: hatinya ~ melihat keadaan kanak-kanak itu; hirisan sesuatu yg telah dihiris, hasil meng­hiris: ~ bawang itu ditumis; penghiris 1. orang yg menghiris; 2. alat utk menghiris sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
potong-memotong1. saling memotong (me­lintasi); 2. pekerjaan menggunting (pakaian);Kamus Dewan Edisi Keempat
menghiriskanmemotong dgn (pisau dll), memotong utk: tolonglah kekanda hiriskan adinda limau;Kamus Dewan Edisi Keempat
pemotong1. orang yg memotong; 2. alat utk memotong.Kamus Dewan Edisi Keempat
gergajialat drpd besi tipis yg bergerigi tajam dan digunakan utk memotong kayu dll. ~ balok gergaji besar yg ditarik oleh dua orang utk membuat papan. ~ belah gergaji yg bergigi serong dan digunakan utk memotong kayu mengikut hala urat kayu. ~ besi gergaji utk memotong besi. ~ jig gergaji utk memotong lengkung-lengkung dalam dan luar yg rumit (pd kayu, plastik dan keping-keping logam yg tipis). ~ kasar gergaji yg tebal bilahnya. ~ kerat gergaji utk memotong kayu melintang urat. ~ piring gergaji yg dpt digunakan utk melakukan bermacam-macam kerja spt membelah, mengerat lintang, membuat tingkat, melurah, mengerat rencong dsb. ~ pita gergaji yg mempunyai bilah yg panjang kecil dan dibuat drpd pita keluli yg dpt dilenturkan dan bergerigi di sepanjang sebelah tepinya. ~ seni gergaji yg berbilah tipis. ~ tangan gergaji kecil yg hanya dipegang dgn sebelah tangan apabila menggunakannya. menggergaji memotong dgn menggunakan gergaji. ~ racik menggergaji (memotong) sekeping kayu tebal utk dijadikan beberapa keping yg sama besar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gergajialat yg bergerigi pd matanya utk memotong kayu dll; ~ aneka gergaji yg berbagai-bagai jenis matanya yg boleh ditukar-tukar; ~ balak (baluk) gergaji utk membuat papan dll; ~ belah gergaji utk memotong kayu mengikut hala urat; ~ belakang besi sj gergaji tangan yg bilahnya drpd besi keras dgn belakangnya disokong oleh bingkai keluli atau loyang, dan digunakan utk kerja-kerja kayu; ~ beregu sj gergaji dgn dua atau lebih mata yg dipasang pd bingkai atau pd aci gergaji talam, dan digerak ke hadapan dan ke belakang secara menegak atau mendatar utk membelah balak; ~ besar gergaji yg bingkainya merupakan bentuk huruf H; ~ besi gergaji utk memotong logam; ~ busar sj gergaji lengkuk yg berbingkai kayu dgn bilah nipis, dan digunakan utk memotong lengkuk pd kayu; ~ gelung sj gergaji dgn satu atau dua mata drpd keluli nipis yg berbentuk gelung, dan digunakan utk membelah balak; ~ kerat gergaji utk memotong kayu melintang urat; ~ kerawang gergaji utk membuat ukiran; ~ lengkuk sj gergaji tangan yg terdiri drpd bingkai keluli berbentuk U dgn bilah yg halus dan digunakan utk memotong lengkuk yg sempit pd papan nipis; ~ lengkuk halus sj gergaji lengkuk yg kecil dan digunakan utk memotong bahagian yg rumit, membulatkan bucu kayu, atau membuat reka bentuk tertentu; ~ lengkung sj gergaji tangan dgn bilah keluli yg nipis, dipasang pd bingkai logam yg melengkung, dan digunakan utk menebang pokok-pokok kecil; ~ lubang kunci sj gergaji yg bilahnya runcing pd bahagian hujung dan digunakan utk membuat lubang, memotong bucu, dll; ~ pengerat = ~ potong pepat sj gergaji yg digunakan utk memotong pepat kayu merentasi ira; ~ pita = ~ tali gergaji yg matanya berlingkar; ~ potong pepat sisi sj gergaji yg terdiri drpd rangka yg mengandungi beberapa keping gergaji talam, utk memotong atau membuang bahagian papan yg serong supaya sisi papan itu pepat; ~ racik sj gergaji (gelung atau talam) yg digunakan utk meracik dan menggergaji balak segi, kayu racik, dan kayu sayung; ~ rantai sj gergaji berjentera mudah alih yg mata pemotongnya terlekat pd rantai yg berputar, dan digunakan utk menebang pokok dan memotong tual kayu balak; ~ saber sj gergaji berjentera dgn bilah yg nipis dan pendek, dan digunakan utk memotong lengkung, membuat lubang, dll; ~ talam sj gergaji drpd keluli tegar yg bulat, pipih, yg berputar pd aci bermotor, dan digunakan utk memotong bahagian tepi atau hujung kayu; ~ tangan gergaji kecil yg dipegang dgn sebelah tangan; ~ tebuk gergaji yg matanya tidak lebar; spt ~ dua mata prb orang yg mendapat keuntungan drpd dua pihak; bergergaji sudah dipotong dgn gergaji (bkn balak, kayu dsb); menggergaji 1. memotong dgn gergaji; 2. berjalan serong ke kiri; penggergajian tempat menggergaji kayu; penggergaji orang yg menggergaji.Kamus Dewan Edisi Keempat
gergajialat drpd besi tipis yg bergerigi tajam dan digunakan utk memotong kayu dll. ~ balok gergaji besar yg ditarik oleh dua orang utk membuat papan. ~ belah gergaji yg bergigi serong dan digunakan utk memotong kayu mengikut hala urat kayu. ~ besi gergaji utk memotong besi. ~ jig gergaji utk memotong lengkung-lengkung dlm dan luar yg rumit (pd kayu, plastik dan keping-keping logam yg tipis). ~ kasar gergaji yg tebal bilahnya. ~ kerat gergaji utk memotong kayu melintang urat. ~ piring gergaji yg dpt digunakan utk melakukan bermacam-macam kerja spt membelah, mengerat lintang, membuat tingkat, melurah, mengerat rencong dsb. ~ pita gergaji yg mempunyai bilah yg panjang kecil dan dibuat drpd pita keluli yg dpt dilenturkan dan bergerigi di sepanjang sebelah tepinya. ~ seni gergaji yg berbilah tipis. ~ tangan gergaji kecil yg hanya dipegang dgn sebelah tangan apabila menggunakannya. menggergaji memotong dgn menggunakan gergaji. ~ racik menggergaji (memotong) sekeping kayu tebal utk dijadikan beberapa keping yg sama besar.Kamus Pelajar
gunting1 alat utk memotong kain dll yg terdiri drpd dua bilah logam yg dirangkapkan: mata ~ bahagian gunting yg tajam; ~ pokok gunting besar yg digunakan utk memotong (memangkas) daun dan ranting-ranting pokok. 2 potongan atau bentuk baju dsb: Baju ini elok ~nya. bergunting 1 menyuruh tukang gunting memotong rambut; memendekkan rambut dgn pertolongan tukang gunting: Saya hendak pergi ~. 2 dipotong dgn gunting: Kain seluarnya belum ~ lagi. menggunting 1 memotong dgn menggunakan gunting: Kakak sedang ~ baju di rumah. 2 ki mengenakan tipu daya; menipu. ~ hati menyakiti hati. guntingan 1 hasil drpd menggunting; barang yg telah digunting: ~ surat khabar itu ditampalkannya pd kulit fail. 2 ist gambar atau teks (komputer) yg telah dipotong atau disalin oleh pengguna drpd dokumen yg sedia ada utk digunakan dlm lukisan atau dokumen lain. penggunting 1 orang yg menggunting. 2 alat yg digunakan utk menggunting.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas