memper | (mémper) Jw serupa dgn, menyerupai, mirip. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mempertembungkan | menjadikan (menyebab-kan) bertembung, mempertemukan, memper-suakan: di sinilah kelihatan unsur tradisional dan moden itu dipertembungkan melalui para doktor dan pawang bagi mengubatinya; perdagangan yg ~ mereka dgn banyak bangsa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mempertidakkan | menjadikan (menganggap, mengatakan, dll) tidak ada, meniadakan: kpd mereka ~ atau melanggar adat resam ini akan menjadi kesalahan besar; dipertidaknya laki-laki kita oleh Betara Majapahit maka kita dikirim subang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mempergiatkan | menyebabkan bergiat, membangkitkan semangat utk berusaha: perkataan itu ~ usaha mereka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyelisihkan | , memperselisihkan 1. menimbulkan pendapat dll yg berlainan mengenai, memperbantahkan, mempertikaikan: ~ kan-dungan surat; 2. menjadikan bertikai atau berlawan, memperlawankan;memperselisihkan 1. menimbulkan pendapat dll yg berlainan mengenai, memperbantahkan, mempertikaikan: ~ kan-dungan surat; 2. menjadikan bertikai atau berlawan, memperlawankan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Hhari (Memperingati) Kekasih | hari (pd 14 Februari) yg diraikan oleh pasangan kekasih, suami isteri dsb, yg juga dikenali sbg Valentine’s Day; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyalini, mempersalin, mempersalini | sl memberi hadiah atau anugerah (dgn selengkap pakaian): maka dipersalini oleh Raja Iskandar akan Raja Kida Hindi spt pakaian dirinya; utusan hendak bermohon diri, dipersalin oleh ratu Bestari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperadudombakan | memperlagakan seseorang (sesuatu golongan dll) dgn yg lain: parti-parti yg tidak bertanggungjawab hendak ~ orang Melayu dgn orang Cina; mereka hendak menjajah negeri kita dgn jalan memperadudombakan kita sama kita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyunting | 1 memperbaik serta mengemaskan sesuatu karangan dll utk disiarkan atau utk diterbitkan. 2 mengemaskan sesuatu filem supaya tersusun rapi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengomidikan | memperdayakan, mempermainkan, menipu: tidak disangkanya ia akan dikomidikan orang yg sangat dipercayainya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |