memperbuatkan | membuat (dgn usaha): bahawa hamba minta diperbuatkan hikayat pd Bendahara; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buat | 1. bp = berbuat, membuat: dia tu sehari dua ini ~ duit betul; 2. untuk, bagi: ~ sementara, rumah ini didirikan bukan ~ kita laki-laki; wang ~ beli baju; 3. dijadikan sbg: ~ penghibur di kala sunyi; ~ kawan (teman);berbuat 1. mengerjakan (melakukan) sesuatu: ~ baik (jahat, salah, dll); ia tidak ~ apa-apa; 2. sl = membuat: maka Sultan Mansor Shah memberi titah pd Bendahara Paduka Raja menyuruh ~ istana; maka baginda ~ sebuah negeri terlalu besar; ~ baik berpada-pada, ~ jahat jangan sekali prb berbuat baik hendaknya berhad (jangan berlebih-lebihan), pekerjaan jahat jangan sekali-kali dibuat; ~ kerja spt Mak Jujai prb orang yg selalu meninggalkan pekerjaan terbengkalai; membuat 1. = memperbuat membikin, membentuk, mencipta: ~ rumah; ~ surat; 2. mengerjakan, melaksanakan, melakukan, menjalankan: apa yg hendak dibuat, nasi telah menjadi bubur; 3. menyebabkan, menimbulkan, menerbitkan, mendatangkan, menjadikan: ~ bagus; ~ buruk; ~ malu; ~ marah; ~ takut; ~ bodoh a) membodohkan; b) berpura-pura bodoh; 4. memperlakukan (orang dll): saya tak tahan melihatkan Narto dibuat begitu; 5. menggunakan utk, memakai utk: janganlah kain itu dibuat baju; 6. = membuat-buat berpura-pura, berlaku pura-pura, berbuat seakan-akan: senyuman yg dibuat-buat; ~ mahu, menuras tidak prb orang yg mencuba hendak membuat sesuatu pekerjaan, tetapi malas mempelajarinya; membuatkan membuat sesuatu utk: ia ~ adiknya segelas minuman;memperbuatkan membuat (dgn usaha): bahawa hamba minta diperbuatkan hikayat pd Bendahara;terbuat dibuat (drpd): dinding rumah itu ~ drpd papan peti susu;terperbuat telah dibuat (dikerjakan dll); jika yg baik ~ bersilang cerana datang, jika yg buruk ~ bersilang telunjuk di bibir prb perbuatan baik dapat pujian, perbuatan buruk dapat celaan; buatan 1. hasil pekerjaan: kasut ~ tempatan; baju ~ sendiri; 2. sesuatu yg dikerjakan, kerja: tak lain ~nya hanyalah berleter setiap hari; 3. cara (pekerjaan) membuat: rumah ini baik ~nya; 4. yg dibuat (manusia), dr alam (tidak asli): baja ~; bunga ~; 5. hasil ilmu ghaib: penyakitnya ini ~ orang; 6. = buat-buatan yg dibuat-buat, tidak sungguh-sungguh, pura-pura: sakit ~; tidur ~; bukan ~ bukan main-main, amat sangat;perbuatan segala yg dibuat, kerja, tindakan: dibuatnya segala ~ yg salah; ~ siapa ini?; ia melarat kerana ~nya sendiri; pembuatan perihal (kegiatan, usaha, dsb) membuat: perjanjian ini mengehadkan ~ kapal perang oleh Jepun;pembuat (orang dll) yg membuat: kilang ~ paku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |