memperduakan | menyuruh orang mengusahakan ternak (sawah dll) dgn membahagi dua hasilnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memperduakan | 1. = menduakan; 2. menyuruh orang mengusahakan ternak (sawah dll) dgn berbahagi keuntungan, memawahkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memawahkan | menyuruh orang lain mengusahakan sawah (memelihara binatang dll) dgn membahagi dua hasilnya, memperduakan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pawah II | membahagi dua hasil yg diperoleh (drpd sawah, binatang ternakan, dll) antara pengusaha (penjaga) dgn tuan punya: lembu ~; memawahkan menyuruh orang lain mengusahakan sawah (memelihara binatang dll) dgn membahagi dua hasilnya, memperduakan; pemawahan perihal (perbuatan, usaha, tindakan dsb) memawahkan sesuatu, spt sawah, ternakan dsb: ~ sawah; ~ lembu; pemawah orang yg mengusahakan tanah, memelihara ternakan dsb yg dipawahkan oleh tuan punya kepadanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dua | (jumlah) satu dicampur satu; bilangan di antara satu dgn tiga; 2: ~ belas 12; ~ puluh 20; ~ ratus 200. ~ sejoli dua orang kekasih yg sangat rapat dan hidup bahagia. ~ serangkai dua orang yg terlalu rapat. haiwan ~ alam haiwan yg dpt hidup di air dan juga di darat (katak dsb). dua-dua dua dlm satu kelompok: Buah durian itu diikat ~. berdua bersama-sama dua orang; (seorang) bersama dgn seorang lagi: Mereka ~ saja yg tinggal di rumah itu. berdua-dua tiap-tiap kali dua; dlm kelompok dua-dua: Mereka masuk ke bilik darjah ~. berdua-duaan berdua saja (tidak ada orang lain); cuma berdua: Tidak manis dipandang orang jika seorang gadis duduk ~ dgn seorang teruna. menduakan menjadikan dua; menganggap dua; menyimpan dua. ~ isteri beristeri dua. ~ suami berkhianat kpd suami (dgn melakukan zina dll). ~ Tuhan menganggap Tuhan itu ada sekutu-Nya. kedua (bilangan, peringkat dll) yg nombor dua: Tempat yg ~ dimenangi oleh Jamaluddin. kedua-dua kelompok yg terdiri drpd dua (orang dsb); dua-dua sekali: ~ budak itu kawan saya. kedua-duanya dua kesemuanya; dua-duanya: ~ pun pergilah dr situ. perdua 1 dibahagikan dgn dua: satu ~ setengah; 2 perkongsian (tanah, hasil tanaman dll). seperdua satu dibahagikan dgn dua; setengah; separuh: ~ drpd harta itu diberikan kpd isterinya. berperdua berkongsi dua; berbahagi dua: Kerbau betina itu dibela secara ~ dgn jirannya. memperdua 1 mengusahakan sawah (ternak dll) dan hasilnya dibahagi dua. 2 membahagi dua (hasil, untung dll). memperduakan menyuruh orang mengusahakan ternak (sawah dll) dgn membahagi dua hasilnya. perduaan berdasarkan atau ditandai dua benda atau dua bahagian. pendua 1 sesuatu (alat, senjata dll) yg digunakan apabila perlu: Nah! Ambillah keris ini utk jadi ~ tuan hamba. 2 salinan atau sesuatu yg dibuat serupa dgn yg asal. kertas ~ kertas utk membuat salinan surat dsb dgn menggunakan sj alat. mesin ~ mesin utk membuat salinan surat dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
dua | (jumlah) satu dicampur (ditambah) satu (2), bilangan di antara satu dgn tiga; ~ belas (jumlah) sepuluh dicampur dua (12); ~ kalimah kalimah syahadat; ~ puluh (jumlah) sepuluh didarabkan dgn dua (20); ~ ratus (jumlah) seratus didarabkan dgn dua (200); ~ sejoli dua orang kekasih yg sangat rapat; ~ serangkai dua orang yg terlalu rapat (barang ke mana bersama-sama); ~ tahun ketiga lewat dua tahun tetapi belum genap tiga; angka ~ ark tanda pergandaan (kata berulang); main ~ puluh satu sj permainan terup; ~ badan senyawa prb karib sekali; ~ kali ~ empat = ~ kali lima sepuluh = spt lima belas dgn tengah ~ puluh prb sama sahaja; antara ~ tengah tiga prb orang sakit yg hampir mati; dlm ~ tengah tiga prb tidak jujur, tidak boleh dipercayai, hati yg tidak tetap, bimbang; dua-dua 1. = berdua-dua tiap-tiap kali dua (orang dll), dlm kelompok-kelompok dua: ia duduk di atas kerusi dikipas ~ orang; 2. = dua-duanya dua kesemuanya: ~(nya) sama sahaja; berdua bersama-sama (dua orang), bersama dgn seorang lagi: Ismail dan Hamidah duduk ~ berbual-bual di serambi; saya ~ dgn adik saya pergi memancing petang semalam; ~ hati ki tidak jujur, mencabangkan kasih; karam ~ basah seorang prb dua orang bersalah, hanya seorang yg dihukum; berdua-dua ® dua-dua; berduaan, berdua-duaan berdua sahaja (tidak ada orang lain), cuma berdua: kerana berasa kurang sedap berada ~ dlm bilik dgn seorang gadis, maka dia pun keluar; mendua 1. menjadi dua (bkn fikiran, perbuatan, dll): bunyi gendang itu hanya segelugut, tidak ~ dan tidak berulang-ulang lagi; dgn tidak ~ fikiran lagi Abdullah bersetuju hendak turun; ~ hati bimbang; ~ kali membuat dua kali, mengulangi perbuatan; 2. kencang berlari (kuda); menduai menggenapkan jadi dua, menambah jadi dua: kalau engkau sungguh cinta terhadap perempuan itu tentu tidak engkau duai dgn yg lain; ~ isteri mengambil isteri kedua; ~ laki berkhianat kpd suami (isteri yg bermukah); menduakan menjadikan dua, menganggap dua (Tuhan), menaruh dua (isteri, suami): pertimbangan antara akan ~ isterinya atau tetap beristeri satu sedang hebat berkecamuk dlm hatinya; ~ Allah menganggap (melakukan spt) ada yg berkuasa selain Allah; menyeduai Mn mengurus ternak (sawah dll) orang dgn berbahagi keuntungan; menyeduakan Mn menyuruh orang lain mengurus sesuatu (ternak, sawah, dll) dgn berbahagi keuntungan: ~ sawah; perdua 1. = seperdua setengah, satu drpd dua; seperdua umur (baya) separuh umur; 2. perkongsian (tanaman dll); berperdua berbahagi dua, berkongsi dua: Anuar menyerahkan seekor kerbau betina kpd Bibah utk dipelihara menurut cara ~ ternak di kampung; memperdua 1. membahagi dua (untung, hasil, dll): keuntungan jualan hari itu belum diperdua lagi; 2. mengusahakan ternak (sawah dll) orang dan hasilnya dibahagi dua: saya tidak sanggup utk ~ sawah saya yg sebidang itu; memperduakan 1. = menduakan; 2. menyuruh orang mengusahakan ternak (sawah dll) dgn berbahagi keuntungan, memawahkan; kedua 1. (peringkat, bilangan, dll) yg nombor dua: pertunjukan yg ~ ialah tayangan filem Hindustan; 2. = kedua-dua, kedua-duanya, keduanya dua-dua(nya): kedua-duanya tergelak kecil, lalu meneruskan perjalanannya; kemudian kedua-duanya pun tidur berkaparan;keduaan keadaan wujudnya dua bahagian atau unsur: ~ budaya muncul di merata tempat di dunia Islam; penduaan perihal memperdua(kan) (sawah, ternak, dll), pemawahan; pendua 1. benda yg dijadikan cadangan (kapit, teman) spt keris dll: keris tempa Melaka yg panjang tiga jengkal itu dijadikan ~ juga; 2. yg dibuat serupa dgn yg asal (bkn salinan dsb); kertas ~ kertas utk membuat salinan surat dll dgn menggunakan sejenis alat; mesin ~ mesin utk membuat salinan-salinan surat dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |