memperhamba | menganggap atau memperlakukan spt hamba: Penghulu itu ~ orang kampung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memperhamba | memperlakukan sbg hamba; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperhamba | menganggap atau memperlakukan spt hamba: Penghulu itu ~ orang kampung. | Kamus Pelajar |
mengabdikan | 1. menjadikan abdi, mengham¬bakan, memperhamba: abdi tawanan perang; abdi diri kepada negara; 2. menggunakan sepenuh¬nya: tenaganya diabdikannya kepada negara | Kamus Dewan Edisi Keempat |
makan keringat orang | menikmati kesenangan dll dgn memperhamba (memeras tenaga) orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keringat | peluh; ~ dingin peluh yg menyebabkan badan berasa dingin, peluh sejuk; biang ~ bintil-bintil (bintik-bintik) merah pd kulit; dgn ~nya sendiri dgn usahanya (kegiatannya) sendiri; mandi (memeras) ~ bekerja (berusaha) dgn sepenuh tenaga, bertungkus-lumus; makan ~ orang menikmati kesenangan dll dgn memperhamba (memeras tenaga) orang; membuang ~ mengerjakan sesuatu yg sia-sia; keluar ~ keringnya tersangat susah (payah); berkeringat, keringatan ark mengeluarkan keringat, berpeluh; mengeringatkan ark membuat sesuatu dgn bertungkus-lumus (susah payah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hamba | 1 orang yg terpaksa bekerja utk seseorang dgn tidak mendapat apa-apa bayaran; orang suruhan raja dll; abdi: Baginda mempunyai beberapa orang ~ dlm istananya. 2 saya (utk merendah diri): Adapun kedatangan ~ ini diperintahkan oleh panglima ~. ~ Allah manusia. ~ raja orang suruhan raja. ~ tebusan orang yg menjadi hamba kerana tidak menjelaskan hutang; budak belian. berhamba 1 memiliki (mempunyai) hamba. 2 menjadi hamba: Mereka datang menyerah diri dan ~ kpd baginda. 3 menyebut atau membahasakan dirinya hamba: Ia ~ tuan ketika bercakap. menghambakan menjadikan hamba: Adat ~ orang yg berhutang tidak berlaku lagi sekarang. memperhamba menganggap atau memperlakukan spt hamba: Penghulu itu ~ orang kampung. memperhambakan; ~ diri menjadikan diri sbg hamba kpd: Selama dua belas tahun, hulubalang raja itu ~ diri kpd baginda sultan. perhambaan perihal menjadi hamba; perbuatan atau hal berhamba. penghambaan perihal atau perbuatan menghambakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hamba | 1. orang yg terpaksa bekerja utk seseorang dgn tidak mendapat apa-apa bayaran; orang suruhan raja dll; abdi: Baginda mempunyai beberapa orang ~ dlm istananya. 2. saya (utk merendahkan diri): Adapun kedatangan ~ ini diperintahkan oleh panglima ~. ~ Allah manusia. ~ raja orang suruhan raja. ~ tebusan orang yg menjadi hamba kerana tidak menjelaskan hutang; budak belian. berhamba 1. memiliki (mempunyai) hamba. 2. menjadi hamba: Mereka datang menyerahkan diri dan ~ kpd baginda. 3. menyebut atau membahasakan dirinya hamba: Ia ~ tuan ketika bercakap. menghambakan menjadikan hamba: Adat ~ orang yg berhutang tidak berlaku lagi sekarang. memperhamba menganggap atau memperlakukan spt hamba: Penghulu itu ~ orang kampung. memperhambakan;~ diri menjadikan diri sbg hamba kpd: Selama dua belas tahun hulubalang raja itu ~ diri kpd baginda sultan. perhambaan perihal menjadi hamba; perbuatan atau hal berhamba. penghambaan perihal atau perbuatan menghambakan. | Kamus Pelajar |
hamba I | 1. abdi, budak belian, sahaya; 2. saya (utk merendahkan diri): ~ dengar tadi encik mengatakan encik berniaga di Singapura; tuan ~ (sbg menghormati orang yg dilawan bercakap) tuan; 3. ya, tuan (disebut ketika menjawab pertanyaan dsb); 4. (Komp) peranti yg dikuasai atau dikawal oleh peranti lain; ~ Allah manusia; ~ bas (Komp) peranti yg ditetapkan utk bertugas menerima atau menghantar data dari atau ke peranti yg bertindak sbg pengawal bas dlm komputer; ~ hukum Id polis; ~ raja a) abdi raja; b) bentara raja; ~ sahaya berbagai-bagai hamba, segala hamba; ~ seks perempuan yg dipaksa melayan keinginan nafsu seks lelaki; ~ tebusan budak belian; ~ tuan saya (utk merendahkan diri); berhamba 1. memiliki (mempunyai) hamba: ia ~ dua orang; 2. menjadi hamba (abdi): mereka datang menyerahkan diri kpd baginda dan ~ kepadanya; 3. menyebut dirinya hamba: ia tidak lagi ~ tuan ketika bercakap; 4. bersama-sama dgn hamba: dibawa lari periuk nasi itu lima ~; menghamba, menghambai mengabdi (kpd): kasih itu jangan melampau-lampau sehingga ~ diri sendiri; menghambakan 1. menjadikan hamba: ia sedar bagaimana pengaruh wang boleh ~ orang; penghulu itu ~ orang kampung; 2. memperhambakan; memperhamba memperlakukan sbg hamba; memperhambai mengabdi kpd; memperhambakan menjadikan diri sendiri atau seseorang lain sbg hamba kpd, mengabdikan: ia telah ~ dirinya kerana kasihnya kpd laki-laki itu; diperhamba = yg ~ hamba tuan(ku), patik, saya: yg titah itu atas kepala patik yg ~; kehambaan keadaan menjadi hamba: syarat atau asas perkenalan sesama manusia termasuklah patuh, taat, dan mengaku ~ kpd Allah; perhambaan perihal menjadi hamba (berhamba), perbudakan: Islam sama sekali tidak menggalakkan ~; penghambaan perihal atau perbuatan menghamba. | Kamus Dewan Edisi Keempat |