memperjualbelikan | menjual dan membeli barang-barang; memperniagakan; memperdagangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memperjualbelikan | menjual dan membeli, memperdagangkan: di negeri ini tidak dibenarkan ~ candu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperjualbelikan | menjual dan membeli barang-barang; memperniagakan; memperdagangkan. | Kamus Pelajar |
bursa | tempat memperjualbelikan syer (saham, barangan dsb); pasar saham (barangan). ~ komoditi tempat memperdagangkan kontrak hadapan komoditi tertentu, spt kelapa sawit dan getah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bursa | tempat memperjualbelikan saham dll: B~ Saham Kuala Lumpur; ~ komoditi tempat memperdagangkan kontrak hadapan komoditi tertentu, spt kelapa sawit, getah dan koko; ~ opsyen tempat memperdagangkan sama ada opsyen utk menjual atau membeli sekuriti, instrumen kewangan, atau komoditi, mis Bursa Opsyen dan Kewangan Hadapan Kuala Lumpur (KLOFFE) yg terdapat di Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bursa | tempat memperjualbelikan syer (saham, barangan dsb); pasar saham (barangan). | Kamus Pelajar |
jual beli | hal menjual dan membeli. berjual beli berpencarian dgn menjual dan membeli barang-barang. memperjualbelikan menjual dan membeli barang-barang; memperniagakan; memperdagangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pura I | Mn 1. pundi-pundi yg diperbuat drpd kain (tempat wang), kantung kecil, dompet; 2. ark tempat memperjualbelikan saham, tempat saudagar-saudagar besar berjual beli, bursa; 3. ark wang yg disediakan atau dikumpulkan utk sesuatu tujuan, dana: sekali membuka (mengorak) ~ dua tiga hutang terbayar prb sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jual beli | (urusan) menjual dan membeli barang (antara peniaga atau penjual dan pembeli); berjual beli menjual dan membeli barang-barang, berniaga, berdagang; memperjualbelikan menjual dan membeli, memperdagangkan: di negeri ini tidak dibenarkan ~ candu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jual | berjual berpencarian dgn memperniagakan sesuatu; berniaga; berdagang:Bapanya ~ nasi lemak di perhentian bas. ~ beli menjual dan membeli barang-barang; berniaga. menjual memberikan barang dgn mengambil wang: Pekedai itu ~ barang-barangnya dgn harga yg berpatutan. ~ nama memakai nama orang utk kepentingan sendiri atau utk menipu. menjualkan menjual sesuatu utk orang lain. terjual telah atau dpt dijual. jualan barang-barang yg dijual; dagangan. penjualan perbuatan atau hal menjual: ~ rumah-rumah mewah agak lembap sekarang. penjual orang yg menjual. jual beli hal menjual dan membeli. berjual beli berpencarian dgn menjual dan membeli barang-barang. memperjualbelikan menjual dan membeli barang-barang; memperniagakan; memperdagangkan. | Kamus Pelajar |