kaya I | 1. banyak harta (wang dsb): bak kata adat, tuah dek sisik, ~ dek pendapatan; ia berasal drpd keluarga yg ~ juga; orang ~ a) orang yg mempunyai banyak harta (wang dsb); b) = orang ~-~ sl orang yg tinggi kedudukannya (pangkatnya, martabatnya); c) Mn isteri orang yg berpangkat; 2. = Maha K~ Maha Besar, Maha Berkuasa (bkn Tuhan): Tuhan yg Maha K~; 3. = ~ dgn (sesuatu) banyak mempunyai atau mengandungi (dlm berbagai-bagai erti): buah betik ~ dgn vitamin A dan C; negeri yg ~ dgn sumber alam; seorang lelaki tua yg ~ dgn pengalaman; bahasa yg ~ bahasa yg banyak kata-katanya (ungkapannya dll); ~ anak banyak anak; ~ hati (orang yg) mulia hatinya, dermawan, pemurah; ~ hutang (orang yg) banyak hutangnya; ~-raya kaya sekali (besar), sangat kaya; (orang) ~ baru (orang yg) baru menjadi kaya; hendak ~ berdikit-dikit, hendak tuah bertabur urai, hendak berani berlawan ramai prb hemat itulah titian kaya dan murah itulah titian tuah serta banyak lawan itu mendatangkan berani; kalau ibu ~, anak jadi puteri, kalau anak ~, ibu jadi budak prb perihal perbezaan antara kesayangan ibu dgn kesayangan anak; orang baru ~ jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi prb sia-sialah mengerjakan perbuatan yg tidak mendatangkan faedah; orang ~ suka dimakan, orang elok (muda) selendang dunia prb orang hartawan yg selalu dermawan, orang muda adalah perhiasan dunia (utk puji-pujian); tak ~ oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang prb hendaklah berusaha sendiri utk mencapai kemuliaan dlm hidup dan janganlah mengharapkan bantuan orang; mengayakan menjadikan kaya (berharta atau berwang banyak); memperkaya 1. menjadikan bertambah (makin) kaya: ~ diri sendiri; 2. ki menjadikan makin banyak (luas dsb), menambah banyaknya (luasnya dsb), memperbanyak atau memperluas: usaha ~ perbendaharaan kata bahasa Melayu; kedatangan agama Hindu ~ kepercayaan-kepercayaan lama ini dgn dewa-dewa Hindu dan berbagai-bagai mantera; terkaya kaya sekali, paling kaya; kekayaan 1. perihal kaya: apabila tuan hamba dlm ~ dan kebesaran tuan hamba, kami sentosalah dgn kesukaan kami; perhiasan-perhiasan itu dipakai mungkin utk menunjuk-nunjukkan ~; 2. segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang atau sesuatu pihak: harta ~nya akan diwariskannya kpd isterinya; mereka berhak mempunyai ~nya sendiri; 3. kekuasaan, kebesaran: ~ Allah SWT; pemerkayaan perbuatan (proses) menjadikan sesuatu bertambah (makin) kaya: kemasukan pengaruh bahasa asing memang memainkan peranan penting dlm ~ bahasa Indonesia; pengayaan perihal (usaha, proses, dsb) mengayakan: pelajaran kesusasteraan secara tidak langsung mencepatkan proses ~ dan penguasaan bahasa; ~ atau peluasan perbendaharaan kata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperkaya | 1. menjadikan bertambah (makin) kaya: ~ diri sendiri; 2. ki menjadikan makin banyak (luas dsb), menambah banyaknya (luasnya dsb), memperbanyak atau memperluas: usaha ~ perbendaharaan kata bahasa Melayu; kedatangan agama Hindu ~ kepercayaan-kepercayaan lama ini dgn dewa-dewa Hindu dan berbagai-bagai mantera; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
khazanah | Ar 1. barang-barang kepunyaan, harta benda, kumpulan (himpunan) sesuatu: ia tetap berguna dlm memperkaya ~ sastera tanah air; 2. tempat menyimpan harta benda (kitab-kitab dll): habislah harta yg dlm ~ patik, patik sekalian sedekahkan kpd segala fakir miskin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaya | 1 banyak mempunyai harta (wang dll): Dialah yg ~ sekali di kampung ini. 2 mempunyai kuasa (bkn Tuhan): Tuhan Maha ~. 3 banyak mempunyai sesuatu (spt zat, vitamin): Buah betik ~ dgn vitamin A dan C. ~ hati suka menolong orang miskin dll; mulia hati. ~-raya sangat kaya. mengayakan menjadikan atau menyebabkan kaya. memperkaya menjadikan bertambah kaya; menyebabkan semakin kaya. terkaya kaya sekali; paling kaya. kekayaan 1 perihal (keadaan) kaya: Berita ~ Melaka sampai ke sana. 2 kekuasaan; kebesaran: keadilan dan ~ Tuhan. 3 segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang. pengayaan perbuatan atau hal mengayakan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
asimilasi | 1 proses menukarkan makanan berzat menjadi tisu hidup. 2 pemaduan bermacam-macam jenis atau berbagai-bagai unsur menjadi satu, mis pemaduan unsur drpd kebudayaan yg berlainan menjadi satu kebudayaan: Suatu kebudayaan dpt dimesrakan dgn kebudayaan lain, dan hasilnya menjadi suatu ~ kebudayaan yg dpt kita sebut sbg kebudayaan nasional. berasimilasi berpadu menjadi satu: Mungkin terdapat perbezaan budaya yg telah mengurangkan kecenderungan golongan penduduk ini ~ dgn penduduk kulit putih yg lain. mengasimilasi menjalani atau mengalami proses asimilasi dgn yg lain: Tidak dpt dinafikan bahawa kesusasteraan Melayu dewasa ini sedang diasimilasi oleh pelbagai sastera pascamoden, yg turut memperkaya kesusasteraan Melayu. mengasimilasikan 1 menukarkan makanan berzat menjadi tisu hidup: Jasad kita sentiasa ~ bahan-bahan mentah yg diterimanya. 2 menjadikan berpadu; menyerapkan ke dlm suatu kesatuan (paduan dsb) yg lebih besar: Unsur-unsur kebudayaan itu diasimilasikan dan dipersembahkan dlm festival tsb. terasimilasi telah diasimilasikan: glukos ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kaya | 1. banyak mempunyai harta (wang dll):Dialah yg ~ sekali di kampung ini. 2. mempunyai kuasa (bkn Tuhan): Tuhan yg Maha ~. 3. banyak mempunyai sesuatu (spt zat, vitamin dll):Buah betik ~ dgn vitamin A dan C. ~ hati suka menolong orang miskin dll; mulia hati. ~-raya sangat kaya. mengayakan menjadikan atau menyebabkan kaya. memperkaya menjadikan bertambah kaya; menyebabkan semakin kaya. terkaya kaya sekali; paling kaya; sangat kaya. kekayaan 1. perihal (keadaan) kaya:Berita ~ Melaka sampai ke negeri China. 2. kekuasaan; kebesaran: keadilan dan ~ Tuhan. 3. segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang. pengayaan perbuatan atau hal mengayakan. | Kamus Pelajar |
kembang I | 1 mekar terbuka (bkn kuntum bunga dll); menjadi terbuka atau terbentang (bkn payung, layar dll): Bunga itu sudah ~. 2 menjadi besar atau menjadi luas; muai atau naik (bkn adunan dll): Logam itu dipanaskan dahulu supaya ~. ~ kempis a. turun naik dadanya ketika bernafas dll. b. = ~ kuncup sekejap kembang (terbuka) dan sekejap kuncup (tertutup). berkembang 1 terbuka atau terbentnag: Payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan itu. 2 tersebar atau tersiar dgn luasnya (bkn agama dll): Agama Islam telah ~ ke seluruh dunia. berkembangan berkembang banyak-banyak atau di merata-rata: Bunga di taman itu ~ dan kelihatan indah sekali. mengembang menjadikan kembang: Besi ~ apabila dipanaskan dan mengecut apabila sejuk kembali. mengembangkan 1 membuka (payung, layar dll) supaya kembang: ~ payung; ~ sayapnya. 2 menjadikan besar (luas dll): Dia menarik nafas serta ~ dadanya. 3 menjadikan tersebar; memajukan; menyebarkan: ~ penggunaan bahasa Melayu; ~ agama menyebarkan agama. 4 menghuraikan sesuatu sbg hasil selanjar atau sbg satu bentuk yg dipanjangkan (diluaskan): Kembangkan (x – 2) (2x + 3). memperkembang menjadikan lebih kembang: ~ dan memperkaya bahasa Melayu. terkembang terbuka menjadi besar (bkn payung, layar dll); terbentang: Maka ~lah payung kerajaan. perkembangan keadaan atau hal berkembang: ~ bahasa Melayu; ~ agama Islam. pengembangan perihal (perbuatan dsb) mengembang atau mengembangkan: ~ ajaran agama Islam. pengembang; ~ agama orang yg menyebarkan agama. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kembang I | 1. mekar terbuka (bkn kuntum bunga dll); menjadi terbuka atau terbentang (bkn payung, layar dll): Bunga itu sudah ~. 2. menjadi besar atau menjadi luas; muai atau naik (bkn adunan dll):Logam itu dipanaskan dahulu supaya ~. ~ biak membiak menjadi banyak (bkn binatang dll). ~ kempis a. turun naik dadanya ketika bernafas dll. b. =~ kuncup sekejap kembang (terbuka) dan sekejap kuncup (tertutup). berkembang 1. terbuka atau terbentang: Payung ubur-ubur ~ dibawa dlm perarakan itu. 2. tersebar atau tersiar dgn luasnya (bkn agama dll): Agama Islam telah ~ ke seluruh dunia. berkembangan berkembang banyak-banyak atau di merata-rata: Bunga di taman itu ~ dan kelihatan indah sekali. mengembang menjadikan kembang:Besi ~ apabila dipanaskan dan mengecut apabila sejuk kembali. mengembangkan 1. membuka (payung, layar dll) supaya kembang:~ payung; ~ sayapnya. 2. menjadikan besar (luas dll): Dia menarik nafas serta ~ dadanya. 3. menjadikan tersebar; memajukan; menyebarkan: ~ penggunaan bahasa Melayu; ~ agama menyebarkan agama. 4. menghuraikan sesuatu sbg hasil selanjar atau sbg satu bentuk yg dipanjangkan (diluaskan): Kembangkan (x – 2) (2x + 3). memperkembang menjadikan lebih kembang: ~ dan memperkaya bahasa Melayu. terkembang terbuka menjadi besar (bkn payung, layar dll); terbentang: Maka ~lah payung kerajaan. perkembangan keadaan atau hal berkembang: ~ bahasa Melayu; ~agama Islam. pengembangan perihal (perbuatan dsb) mengembang atau mengembangkan: ~ ajaran agama Islam. pengembang;~ agama orang yg menyebarkan agama. | Kamus Pelajar |