Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mempertahukan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tahu I1. maklum akan keadaan sebenarnya, faham, mengerti: entah kapal perang atau perompak tiadalah saya ~; kita sudah ~ dahulu bahawa kacang soya yg bertunas atau bercambah itu banyak mengandungi vitamin C; 2. kenal (akan, pd), mengenal: dia tidak ~ saudara-maranya; 3. cekap lagi pandai melakukan sesuatu), bijak: maka sekalian orang pun hairan melihat ~ Seri Dewa Raja naik gajah itu; 4. mengambil peduli, mempedulikan, mengendahkan: itu urusan engkau, aku tidak mahu ~; 5. sedar akan keadaan sebenarnya, insaf: anak yg tidak ~ diuntung; 6. pernah (melakukan sesuatu), biasa, selalu: dlm seratus orang tiada sepuluh yg ~ memakan daging; 7. menganggap sudah semestinya: gurunya ~ siap sahaja segala kerja yg dibekalkannya; ~ adab beradab; ~ adat mengerti sopan santun; ~ bahasa berbudi bahasa; ~ balas mahu membalas budi; ~ diri = ~ di untung sedar akan kedudukan dirinya; ~ senang mahukan segala-galanya senang; ~ timun sl pandai menawar minuman yg beracun (mabuk dll); (tidak) ~ malu (tidak) ada perasaan malu; ~ sama ~ a) saling mengerti; b) saling tidak mengganggu; ambil (mengambil) ~ a) menge­tahui (mendapati); b) mempedulikan; banyak ~nya banyak pengalamannya; bawa (mem-bawa) ~nya sendiri menurut fikirannya sahaja; cari (mencari) ~ hendak mengetahui; terlalu ~ sangat pandai; ~ makan ~ simpan prb merahsiakan sesuatu hendaklah dgn sempurnanya; setahu 1. sepanjang (sebanyak) yg dimak­lumi: maka kujawablah dgn ~ku; 2. dgn dimaklumi atau disaksikan oleh: dgn tidak ~nya aku sering pergi ke rumah abangnya; 3. bp saya tidak tahu, entah; tahu-tahu 1. dgn tidak disedari, akhirnya barulah diketahui bahawa, tiba-tiba: ~ tangannya sudah memulas telinga anak itu; 2. sl pandai, bijak: ada suatu perbuatan hikmat, patik peroleh drpd perajurit yg ~; bertahu; unjuk ~ = bertahukan Jk mem­beritahukan kpd; bertahu-tahu 1. berpura-pura (berlagak) tahu; 2. Mn (dgn) setahu; bertahuan sl berkenalan (dgn); tahu-menahu; tidak ~ a) tidak tahu apa-apa: kami tidak ~ tentang pergolakan dunia; b) tidak mempedulikan (mengendahkan), tidak ambil peduli: ia berbuat spt tidak ~ sahaja; c) tidak kenal-mengenal: aku persila­kan tetamu naik sahaja, tanpa ~ siapa; mempertahukan ark mempermaklumkan, memberitahukan; tertahu sl terkenal, termasyhur: maka dua puluh hulubalang yg tertahu-tahu mati; mengetahui 1. tahu akan, memaklumi: Mak Konah sendiri masih belum ~ akan hal ini; baru aku ~ akan sebabnya aku dipanggil; 2. tahu setelah melihat tanda-tanda atau bukti­nya, mengenali: tidak sulit bagi kita utk ~ binatang jenis mamalia ini; 3. mendapati, menginsafi, menyedari (akan): waktu konsert itu habis dan Pri hendak bertepuk kerana gembiranya, barulah diketahuinya bahawa tangan kirinya sudah terkalung oleh tangan kanan Wati; 4. mengerti akan, memahami: kata-katanya masih belum diketahui se­penuh­nya oleh masyarakat bahasa Indonesia; ketahuan 1. (sudah) diketahui, dikenali: sejak mula sudah ~ bahawa kau bukan kuli kontrak sembarangan; 2. telah didapati, kedapatan, terbukti: apabila diperiksa ~ pula bahawa si Bidin itu ialah anak Allahyarham Haji Hamdan; 3. terang, nyata, jelas: tidak ~ apa hendak dibuatnya; tak ~ Kd tidak siuman; berketahuan tahu (mengerti) benar, tidak syak lagi, sahih: tiada hambamu tahu kerana tempat Sita Dewi belum ada ~; tidak ~ tidak keruan (menentu), kacau sekali; pengetahuan 1. perihal mengetahui, apa-apa yg diketahui: kisah serong yg dilakukan oleh Datuk ini sedikit sebanyak sampai juga ke ~ orang kampung; 2. perihal tahu, kepan­dai­an, kebijakan: biasanya orang yg ada ~ dlm ilmu sains kurang pula ~nya dlm bahasa Melayu; 3. = ilmu ~ segala yg (akan) dike­tahui atau dipelajari bkn sesuatu: telah kukuasai ~ tentang falsafah dgn mudah; ~ umum pengetahuan mengenai berbagai-bagai hal; berpengetahuan (banyak) mempunyai pe­ngetahuan, berilmu, terpelajar: ~ luas dan peka terhadap alam sekeliling.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas