Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tanggung II1. lebih drpd sedang tetapi belum cukup besarnya (tingginya dll); anak ~ anak yg hampir dewasa; ~ bulan sesudah per­tengah­an bulan (utk menyatakan ketiadaan wang); 2. = kepalang ~ = tangung-tanggung tidak men­cukupi keperluan, kurang sempurna, setengah-setengah: bekerja jangan ~. tanggungjawab kewajiban yg dipikul oleh seseorang, segala yg wajib ditanggung: oleh sebab itu segala pegawai polis teramat berat ~nya; bertanggungjawab 1. = ~ atas (terhadap, tentang, dlm) mempunyai tanggungjawab terhadap, memikul tanggungjawab, ber­ke­wajiban: siapakah yg ~ atas kekalahan kita? 2. = ~ kpd menanggung segala-galanya, me­nang­gung sesuatu kpd: kakitangan ~ kpd majikan mereka; kedua-dua pihak sama ~; mempertanggungjawabkan 1. memberi­kan jawaban dan menanggung segala akibat­nya (sekiranya tidak beralasan, tidak munasa­bah, dsb): ia mengeluarkan kata-kata yg tidak dapat dipertanggungjawabkan; 2. = ~ kpd me­­mikulkan tanggungjawab (kpd), membe­ban­kan tanggungjawab kpd: pendidikan kanak-kanak dipertanggungjawabkan kpd guru; 3. menjadikan bertanggungjawab (atas, terhadap, dll): mereka sama-sama diper­tang­gungjawabkan oleh agama utk melaksana­kan segala perintah Tuhan; kebertanggungjawaban perihal (sifat) ber­­­tanggungjawab: ~ setiap individu dlm mem-buat kebajikan; pertanggungjawaban 1. perihal bertang­gungjawab; 2. sesuatu yg dipertanggung­jawabkan: kita telah sampai kpd ~ tentang pendapat kita; penanggungjawab orang yg bertanggung­jawab.Kamus Dewan Edisi Keempat
mempertanggungjawabkan1. memberi­kan jawaban dan menanggung segala akibat­nya (sekiranya tidak beralasan, tidak munasa­bah, dsb): ia mengeluarkan kata-kata yg tidak dapat dipertanggungjawabkan; 2. = ~ kpd me­­mikulkan tanggungjawab (kpd), membe­ban­kan tanggungjawab kpd: pendidikan kanak-kanak dipertanggungjawabkan kpd guru; 3. menjadikan bertanggungjawab (atas, terhadap, dll): mereka sama-sama diper­tang­gungjawabkan oleh agama utk melaksana­kan segala perintah Tuhan;Kamus Dewan Edisi Keempat
kera I1. sj monyet (biasanya berekor panjang), Macacus cynomolgus; 2. (digunakan ketika menyatakan nama) berbagai-bagai jenis monyet: ~ jambul dll; genggam (cengkam) ~ genggam (cengkam) yg sangat kuat; sekangkang ~ sangat sempit, tidak luas; ~ dapat (diberi) bunga = bagai ~ diberi kaca prb mendapat (diberi) sesuatu yg tidak tahu (tidak dapat) dipergunakannya; ~ lotong (terlalu) makan, tupai di julai timpa perasaan prb orang besar-besar yg bersuka ria, orang kecil-kecil menepilah dgn irinya; ~ menegurkan tahinya prb orang yg melakukan sesuatu kesalahan itulah yg pertama sekali memperkatakannya; ~ menjadi monyet prb serupa sahaja (tiada bezanya); bagai ~ dapat canggung prb perihal orang yg telah ditolong mendampingkan dirinya kpd orang yg menolongnya; memberi barang kpd tangan ~ prb mempertanggungjawabkan sesuatu pekerjaan kpd orang yg tidak dapat menger­jakannya (mempercayai orang yg tidak patut dipercayai); (spt) ~ kena belacan prb sangat gelisah (resah), tidak senang diam (terlari­lari, terloncat-loncat, dll); (spt) ~ sumbang prb orang yg takut (tidak gemar) mencampuri orang ramai.Kamus Dewan Edisi Keempat
tanggungjawabsesuatu (spt kerja, tugas) yg mesti dilakukan; kewajipan: Gaji yg diterimanya tidak sepadan dgn ~ yg dipikulnya. bertanggungjawab 1 = ~ atas (terhadap, ttg, dlm) mempunyai tanggungjawab; berkewajipan: Mereka ~ terhadap keamanan negara. 2 = ~ kpd menanggung segala tanggungjawab: Jemaah menteri ~ kpd parlimen. ke­ber­tanggungjawaban perihal atau sifat bertanggungjawab terhadap: Dia terlalu mengambil berat dan wajar diberi pujian atas ~nya terhadap projek itu. mempertanggungjawabkan membebani (seseorang dsb) dgnKamus Pelajar Edisi Kedua

Kembali ke atas