Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pukul1 (kata nama)
Bersinonim dengan jam.
Kata Terbitan : memukul, pukulan, pemukul,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memukulkan1. memukul dgn; 2. memukul utk orang lain; 3. ark memperbanyakkan, mendarabkan: dua dipukulkan dgn tiga;Kamus Dewan Edisi Keempat
menumbuk1 memukul dgn buku tangan atau dgn tinju; meninju: Beliau telah ~ pemuda itu sehingga rebah. 2 memukul atau menghentak dgn alu dll supaya hancur atau terkupas: ~ padi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
membelasah1 memukul orang dgn benda-benda yg panjang lagi keras; menyebat: Ia ~ pencuri itu dgn rotan. 2 memukul, menumbuk, menendang dsb dgn teruk: Penjahat itu dibelasah hingga pengsan. 3 ki mengalahkan lawan dgn teruk: Pasukan Selangor ~ lawannya 4-0.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menampar1. memukul dgn tapak tangan, menepuk: dua tiga kali sudah Tun Biajid diikat oleh ayahnya, sekali kerana ~ hamba raja; 2. ki memukul perlahan (angin), memu­put, menempuh (ombak dll): angin malam yg dingin ~ tubuhnya; kedengaran bunyi ombak perlahan-lahan ~ pantai;Kamus Dewan Edisi Keempat
menumbuk1. memukul dgn alu dll supaya hancur (terkelupas dll): ia sedang ~ padi; beras yg aku makan itu hendaklah dikupas olehmu, jangan lagi ditumbuk; 2. memukul dgn buku tangan, meninju, menggocoh: dia sangat marah lalu ~ muka orang itu; 3. melanggar akan, membentur kpd, menubruk: dia telah mendapat luka-luka apabila kereta yg dipandunya ~ seekor kerbau yg sedang melintas jalan; 4. Mn ark berjalan kaki, menapak;Kamus Dewan Edisi Keempat
belasah; membelasah 1 memukul orang dgn benda-benda yg panjang lagi keras; menyebat: Ia ~ pencuri itu dgn rotan. 2 memukul, menumbuk, menendang dsb dgn teruk: Penjahat itu dibelasah hingga pengsan. 3 ki mengalahkan lawan dgn teruk: Pasukan Selangor ~ lawannya 4-0.Kamus Pelajar Edisi Kedua
membedal1. memukul, menghentam: dia dibedal perompak-perompak itu sehingga pengsan; 2. memakan hingga habis: kuih-kuih itu habis dibedalnya; 3. ki menentang (pendapat, dll): saya tak bermaksud utk ~ sesiapa pun dlm masalah ini; 4. mengambil buah dgn cara memukul dgn galah.Kamus Dewan Edisi Keempat
hentam kromobp a) memukul (meninju dsb) dgn hebatnya; b) melakukan sesuatu dgn sesuka hati (tanpa pertimbangan lain yg wajar); menghentam 1. memukul (menumbuk dsb) dgn keras, melanggar dgn kuat: lori itu ~ tiang-tiang kawat yg berderetan; 2. melepaskan kata bantahan, sindiran dsb yg keras (pedas, menyakitkan hati dsb) kpd seseorang yg perbuatan, sikap atau tindak-tanduknya dsb kurang disenangi atau tidak disukai, mem­bidas, mengecam: karya itu hendaklah berunsur positif dan membina, bukannya ~ kepimpinan negara secara melulu dan tidak bertanggungjawab; hentam-menghentam 1. saling menghen­tam (memukul, menumbuk dsb), pukul-memukul; 2. saling membidas (mengutuk, mengkritik, mencela dsb): semasa kempen pilihan raya umum, kata-mengata dan ~ antara parti merupakan perkara yg lumrah; menghentamkan memukul­kan, menum­buk­kan; terhentam terpukul, terhantuk: dia jatuh tersungkur dan kepalanya ~ pd bendul; hentaman 1. hasil (kesan, perbuatan dsb) menghentam (melanggar dsb) dgn kuat: ~ akibat pelanggaran menyebabkan kereta itu remuk sama sekali; ~ meteorit dapat meng­hasilkan tenaga kinetik dan haba yg sangat besar; 2. kecaman: ~ hebat Hitler terhadap peraturan atau sistem hidup selepas perang.Kamus Dewan Edisi Keempat
bedal Ipukul: ular itu mati kena ~; membedal 1. memukul, menghentam: dia dibedal perompak-perompak itu sehingga pengsan; 2. memakan hingga habis: kuih-kuih itu habis dibedalnya; 3. ki menentang (pendapat, dll): saya tak bermaksud utk ~ sesiapa pun dlm masalah ini; 4. mengambil buah dgn cara memukul dgn galah.Kamus Dewan Edisi Keempat
pukul1 perbuatan mengenakan sesuatu pd sesuatu yg lain dgn kuat: kena ~. 2 bahagian drpd sesuatu hari spt yg ditunjukkan oleh jam; waktu tertentu dlm sesuatu hari: ~ berapa mereka sampai? ~ besi tukul yg dibuat drpd besi. ~ curi perbuatan menyakitkan atau menyerang orang ketika orang itu tidak bersedia. ~ rata a. hitung panjang. b. sama semuanya; rata-rata. berpukul-pukulan saling memalu (dgn sesuatu); berpalu-paluan. memukul 1 mengenakan sesuatu yg keras dgn kuat; mengetuk; memalu: ~ canang. 2 merempuh atau melanggar; menyerang. ~ musuh menyerang musuh. ~ rata menjadikan sama rata. ~ telefon bp membuat panggilan telefon. ~ telegram bp mengirim telegram. ~ telur mengacau telur supaya hancur dan naik. pukul-memukul saling memukul. memukuli memukul berkali-kali: ~ orang jahat. memukulkan menjadikan sesuatu sbg alat utk memukul: ~ tongkat pd tiang. pukulan 1 hasil perbuatan memukul; paluan: ~ yg bertalu-talu itu dpt ditangkisnya. 2 serangan yg dibuat terhadap sesuatu pihak; serbuan: Khazifah, pemimpin baru itu, dgn tidak berlengah-lengah lagi terus memberikan ~ yg hebat kpd musuh. ~ kilas pukulan yg dilakukan dgn bahagian belakang tangan yg memegang raket menghala ke pemain lawan dlm permainan badminton, tenis dsb. ~ maut a. pukulan yg tidak dpt diambil oleh pihak lawan lalu menghasilkan mata atau poin (dlm permainan badminton, tenis dsb). b. ki sesuatu perbuatan, tindakan, serangan dsb yg boleh membawa maut. pemukul 1 orang yg memukul. 2 alat yg digunakan utk memukul.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas