memundurkan | menjadikan mundur; merosotkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memundurkan | menjadikan mundur, mengundurkan, memerosotkan, mengebelakangkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memundurkan | menjadikan mundur; merosotkan. | Kamus Pelajar |
mengebelakangkan | 1. menempatkan ke belakang, memundurkan: jam itu dikebelakangkan kerana 10 minit cepat jalannya; 2. mensia-siakan, tidak mengendahkan (mempedulikan dll): apabila kau sudah besar dan berpangkat, ibu bapa janganlah dikebelakangkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyurutkan | 1. menjadikan surut, menarik kembali, memundurkan, mengembalikan, mengundurkan: pinang akan disurutkan ke tampuk, sirih akan dipulangkan ke gagang; 2. menjadikan berkurang, mengurangkan, menyusutkan: hendaklah disurutkan airnya dahulu barulah boleh dirapah; 3. mengurangkan (nyala api dll), meredakan (marah, nafsu, dll): air yg dijerangkannya tadi sudah menggelegak, lantas disurutkan apinya; ~ darah menenangkan fikiran (hati, perasaan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengundurkan | 1. menggerakkan ke belakang (kereta dll), memundurkan: ia berhenti dan ~ keretanya; jam ini terlalu cepat, undurkan setengah jam; 2. menyuruh undur dr, menarik ke belakang: tentera pihak berikat telah diundurkan ke garisan pertahanan yg lain; 3. menangguhkan hingga ke waktu yg lain, melewatkan, menunda: saya minta tuan ~ keberangkatan dan membantu kami mengatasi kesukaran-kesukaran di sini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memerosotkan | menyebabkan merosot (bkn harga, prestasi dsb), memundurkan: faktor psikologi ini akan ~ prestasi harga dlm pasaran saham; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menganjur | mengganjur, menghela, menarik; ~ diri menarik diri; ~ surut menarik kembali, memundurkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anjur II | ganjur, hela, tarik; menganjur mengganjur, menghela, menarik; ~ diri menarik diri; ~ surut menarik kembali, memundurkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merosot | 1. tergelincir turun (kerana licin dll); 2. turun (harga, mutu, dll), jatuh, berkurang (perniagaan dll): kerana aku begitu terikat dlm soal-soal politik, maka biro teknikku ~ sehingga mati sama sekali; memerosotkan menyebabkan merosot (bkn harga, prestasi dsb), memundurkan: faktor psikologi ini akan ~ prestasi harga dlm pasaran saham; kemerosotan perihal merosot (nilai wang, mutu, kemajuan, dll), kejatuhan, kemunduran: apabila berlaku ~ dlm bidang perusahaan, maka pengusaha terpaksa memberhentikan kebanyakan atau semua pekerjanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |