menahankan | 1. menjadikan tahan; 2. menggunakan sesuatu utk menahan, menahan dgn: maka oleh orang tua itu dilambung-lambung lembing itu, ditahankannya belakangnya maka lembing itu mengambul jatuh ke tanah; 3. menguatkan diri supaya tahan, menahan: Nor Hamidah tidak dapat ~ tangisnya; 4. menggalang, menyekat, merintangi, menahan: tidak boleh ditahankan kehendak raja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
merajut perut | menahan lapar, menahan (mengurangkan) makan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penahanan | 1. perbuatan menahan (menangkis), penangkisan; 2. perbuatan menahan (mengekang), pengekangan: ~ hawa nafsu; 3. perbuatan (tindakan) menahan (permohonan dll); 4. perbuatan (tindakan) menahan orang (drpd memasuki sesuatu kawasan dsb); 5. perbuatan (tindakan) menahan (mengurung, memenjarakan, dsb utk sementara sahaja), pemenjaraan, pengurungan: ~ mereka dianggap tidak sah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bendung | , = bendungan pengempang di sungai dsb utk menahan air supaya dpt disalurkan ke tempat lain; empangan. membendung 1 menahan aliran air di sungai dsb; mengempang. 2 ki menahan atau menyekat sesuatu supaya tidak merebak. pembendungan perihal atau perbuatan membendung; penahanan; pengempangan. pembendung 1 orang yg membendung. 2 alat yg digunakan utk membendung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyabarkan | 1. menahan kesusahan (kesedih-an, kemarahan, dll) dgn sabar, menenangkan perasaan (fikiran dll): maka marahlah ia, akan tetapi masih disabarkannya lagi; ~ hati menahan hati (marah dll); 2. menahan orang (lain) drpd marah dll, meredakan perasaan orang yg sedang marah dll, membuat orang bersabar: Abang Mat ~ ibuku yg di kemuncak kemarahannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bendung | = bendungan pengempang di sungai dsb utk menahan air supaya dpt disalurkan ke tempat lain; empangan. membendung 1. menahan aliran air di sungai dsb; mengempang. 2. ki menahan atau menyekat sesuatu supaya tidak merebak. pembendung 1. orang yg membendung. 2. alat yg digunakan utk membendung. | Kamus Pelajar |
menahan reman | menahan seseorang (dlm penjara atau lokap) yg dituduh melakukan kesalahan jenayah utk siasatan lanjut sementara menunggu perbicaraan: Dia ditahan reman hingga kesnya disebut semula di mahkamah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menahan jerat | a. memasang jerat. b. ki mengenakan atau melakukan tipu muslihat; mencelakakan dgn tipu muslihat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menahan | 1 tidak membiarkan lepas (mengalir, lalu dll); menyekat: Batas ini gunanya utk ~ air drpd mengalir keluar. 2 tidak membenarkan masuk, pergi dll: Kerana kami tidak mempunyai surat kebenaran masuk, pengawal itu telah ~ kami di pintu pagar istana. 3 memberi bersokong supaya tidak roboh (runtuh); menopang. 4 memasukkan ke dlm penjara; memenjarakan: Dia telah ditahan oleh polis selama seminggu. 5 melambai-lambaikan tangan supaya bas (kereta dll) berhenti. ~ jerat a. memasang jerat. b. ki mengenakan atau melakukan tipu muslihat; mencelakakan dgn tipu muslihat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menahan | memasang jerat dll (utk menangkap binatang, ikan, dll): ~ bubu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |