menakluki | 1. = menaklukkan menyerang dan mengalahkan serta menguasai (memerintah), menumpaskan dan menguasai, menundukkan: bangsa Turki ~ Istanbul pd tahun 1453 Masihi; khabarnya konon perang besar menaklukkan Bonjol pun terjadilah; 2. ki menguasai: dgn ini, dongeng-dongeng dgn sendirinya ~ fikiran dan jiwa rakyat supaya taat setia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penyerangan | perihal menyerang (melanggar, menyerbu), penyerbuan: Jepun telah melaku-kan ~nya utk menakluki Malaya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memperkosa | 1. melakukan persetubuhan dgn kekerasan, merogol (perempuan): seorang pemuda ganas telah melarikannya dan ~nya; 2. menakluki (menguasai) dgn kekerasan, memaksa, menggagahi: ia telah menggunakan pangkat dan kekuasaannya utk ~ orang lain; 3. menyerang (negeri dll) dgn kekerasan, melanggar (hukum dll) dgn kekerasan: penindasan penduduk negeri yg dijajah itu adalah ~ Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu; ~ kedaulatan negeri lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kaum Ansar | orang Madinah yg me-nyambut Nabi Muhammad sewaktu baginda berhijrah ke Madinah dan membantu baginda dlm perjuangannya sehingga dapat menakluki kota Mekah kembali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Ansar | Ar = kaum ~ orang Madinah yg me-nyambut Nabi Muhammad sewaktu baginda berhijrah ke Madinah dan membantu baginda dlm perjuangannya sehingga dapat menakluki kota Mekah kembali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menduduki | 1. mengambil tempat duduk, duduk di: tikar terbentang diduduki; 2. = mengeduduki mendiami, tinggal di: beberapa orang datang ke bilik yg diduduki orang baru itu; rumah itu sudah lama tidak diduduki orang; 3. menakluki (mengalahkan) dan menguasai sesebuah negeri dll: penyerangan itu bermaksud hendak ~ Sri Wijaya; 4. mengambil (memasuki, mengikuti) sesuatu peperiksaan atau ujian: mereka telah ~ peperiksaan itu dlm bahasa Inggeris pd tahun lalu; 5. duduk (berada) di (kerusi parlimen, majlis tertinggi, dsb): beliau akan ~ kerusi dlm Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu; 6. ki memikat hati seseorang: pemuda itu telah berjaya ~ hatinya yg kosong selama ini; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
takluk | takluk 1. tunduk kpd (pemerintahan, kuasa, dll), menyerah kalah, mengaku taat: telah kedengaran ke Benua Siam bahawa Melaka tiada ~ kepadanya; 2. kawasan yg masuk dlm sesuatu pemerintahan, jajahan; jajahan ~ jajahan yg diperintah (ditawan) oleh sesebuah negeri; menakluki 1. = menaklukkan menyerang dan mengalahkan serta menguasai (memerintah), menumpaskan dan menguasai, menundukkan: bangsa Turki ~ Istanbul pd tahun 1453 Masihi; khabarnya konon perang besar menaklukkan Bonjol pun terjadilah; 2. ki menguasai: dgn ini, dongeng-dongeng dgn sendirinya ~ fikiran dan jiwa rakyat supaya taat setia; tertakluk 1. telah dikalahkan dan dikuasai, tertawan: dgn ~nya Mekah bererti ~nya seluruh negeri Arab; 2. wajib, patuh kpd, wajib mentaati: dia ~ kpd Undang-Undang Adat; 3. sangat-sangat bergantung pd, terikat pd: ekonomi kita ~ sangat pd jualan getah dan bijih timah; taklukan(orang dll) yg ditaklukkan, tawanan; penaklukan perihal menaklukkan, penawanan; penakluk orang yg menakluk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menjajah | 1. pergi dr satu tempat ke tempat lain, menjelajah: kami telah ~ ke seluruh tempat itu; 2. menakluk dan memerintah sesuatu daerah: sebelum orang Portugis datang ~, kota Melaka merupakan pusat kebudayaan Melayu; 3. ki menakluki, menguasai: peristiwa semalam sedang ~ pemikiran Sagid; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menundukkan | 1. menjadikan kepala (muka) condong ke hadapan, menghala pandangan ke bawah, menekurkan kepala: gadis itu ~ kepalanya bagaikan ada sesuatu yg hendak dicarinya; 2. mengalahkan hingga menyerah, menaklukkan, menewaskan (lawan dlm per-mainan dll): Nobunaga membuat rancangan hendak menakluki negeri China apabila sudah selesai ~ enam puluh enam kerajaan negeri Jepun; seorang pemain yg masih belum begitu dikenali kehandalannya berjaya ~ Tan Aik Huang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jajah | ; menjajah 1. pergi dr satu tempat ke tempat lain, menjelajah: kami telah ~ ke seluruh tempat itu; 2. menakluk dan memerintah sesuatu daerah: sebelum orang Portugis datang ~, kota Melaka merupakan pusat kebudayaan Melayu; 3. ki menakluki, menguasai: peristiwa semalam sedang ~ pemikiran Sagid; terjajah dlm keadaan dijajah: kita mesti membantu perjuangan rakyat yg masih ~; jajahan 1. kawasan yg termasuk dlm satu pentadbiran: negeri Johor dgn segala ~nya; 2. daerah atau kawasan (negeri dll) yg ditakluki: tanah ~ British; jalan ~ Id jalan kecil, lorong; penjajahan perihal atau perbuatan menjajah (sesebuah negeri atau kawasan lain): dia berjuang utk menamatkan ~ di negeri itu; penjajah bangsa (negeri) yg menjajah sesebuah negeri lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |