sengih | ; menyengih tersenyum dgn mulut terbuka sedikit (sehingga menampakkan gigi); menyengihkan = ~ gigi membuka mulut sedikit dan menampakkan gigi: ~ gigi putih-nya yg panjang-panjang; tersengih tersenyum dgn mulut terbuka sedikit (dan menampakkan gigi): anak-anak-nya ~ kegelian melihat telatah emak mereka; tersengih-sengih tersenyum-senyum dgn terbuka mulut dan menampakkan gigi sedikit: Noorain ~ melihat gelagat Kamarul; dilihat-nya Azman ~ kesukaan; sengihan hasil perbuatan menyengih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menampakkan | menjadikan dapat dilihat, melihatkan, memperlihatkan: kemudian perasaannya agak lega sedikit kerana orang itu tidak ~ tanda terperanjat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menampakkan | menunjukkan, memperlihatkan: pandangan awal mungkin ~ seolah-olah semua bahan yg wujud perlu diambil kira; ~ diri memperlihatkan (menunjukkan) diri, muncul sehingga atau supaya dapat dilihat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menampakkan | menunjukkan supaya dpt dilihat; memperlihatkan: ~ diri. | Kamus Pelajar |
berwajah | 1. mempunyai (menampakkan) wajah: ~ sedih (suka, lesu, dsb); 2. mempunyai atau menampakkan wajah (rupa atau keadaan sebagaimana yg dapat dilihat): sesuai dgn struktur pembinaannya, dekor banglo ~ antik ini turut melahirkan imej sebagaimana yg dikehendaki oleh tuannya; buku lama ~ baru; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berwajah | 1 mempunyai atau menampakkan wajah (paras rupa, air muka dsb): ~ ceria. 2 mempunyai atau menampakkan keadaan luaran atau pemandangan sesuatu: Buku lama ~ baru. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
muncul | keluar dgn tiba-tiba; datang menampakkan diri; timbul: Beberapa minit kemudian, ~lah tuan puteri itu. memunculkan menampakkan; menimbulkan: Sudah dua minggu dia tidak ~ dirinya. kemunculan perihal muncul: ~nya telah memeranjatkan kami semua. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
muncul | keluar dgn tiba-tiba; datang menampakkan diri; timbul: Beberapa minit kemudian ~lah tuan puteri itu. memunculkan menampakkan; menimbulkan: Sudah dua minggu dia tidak ~ dirinya. kemunculan perihal muncul: ~nya telah memeranjatkan kami semua. | Kamus Pelajar |
muncul | keluar tiba-tiba, datang menampakkan diri, terbit, timbul: tiba-tiba ketika itu ~ Dang Kenanga membawa sehidangan kopi; bermunculan muncul dgn banyak: di langit bersih ~lah bintang-bintang; memunculkan menampakkan, menerbitkan, menimbulkan: matahari belum ~ diri dr selimut mendung; kemunculan perihal muncul: ~nya di dlm majlis itu memeranjatkan mereka; pemunculan proses menjadikan sesuatu, penjelmaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wajah | air muka; muka; paras: ~nya berseri-seri. berwajah 1 mempunyai atau menampakkan wajah (paras rupa, air muka dsb): ~ ceria. 2 mempunyai atau menampakkan keadaan luaran atau pemandangan sesuatu: Buku lama ~ baru. berwajahkah menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wajah: “Apakah benar kalian berani kerana benar?” tanya ketua makhluk ~ semut itu. mewajahi memberikan rupa atau keadaan luaran kpd: Pemandangan alam semula jadi yg indah ~ pulau legenda itu. perwajahan perihal atau proses menjadikan sesuatu berwajah: ~ yg menarik telah dirancang utk iklan bagi menarik pelancong. pewajahan perihal atau perbuatan memberikan wajah kpd sesuatu; proses mewajahi sesuatu: ~ merupakan salah satu usaha penting dlm mereka bentuk kulit majalah tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |