tampi | ; menampi 1 membersihkan biji-bijian (terutamanya padi, kacang) dgn menggunakan nyiru yg digerak-gerakkan turun naik: Kalau ~, jangan tumpah padinya. 2 bergerak-gerak turun naik (bkn dada dll); termengah-mengah. tampian sesuatu yg ditampi; hasil perbuatan menampi. penampi alat spt nyiru, badang dll yg digunakan utk menampi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tampi | bertampi ditampi: beras itu masih belum ~ lagi;menampi 1. membersihkan beras (padi, kacang, dll) dgn nyiru yg digerak-gerakkan: sewaktu ~ kita mengasingkan segala butir yg besar drpd yg lebih kecil; 2. ki menapis utk memilih yg elok: sudah kami tampi maksud tuan itu; 3. bergerak-gerak turun naik (dada dll), termengah-mengah (nafas): dada saya ~ lebih keras drpd biasa, badan saya berasa seram sejuk; darah ~ berdebar-debar (kerana terperanjat dll); kalau ~ jangan tumpah padinya prb a) jikalau bekerja hendaklah dibuat dgn baik-baik; b) jikalau memilih sesuatu janganlah pula barang yg berguna sampai terbuang; tampian penampi; penampi alat utk menampi (nyiru, badang, dll): pagi-pagi lagi mereka telah turun ke sawah membawa ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menampi | 1 membersihkan biji-bijian (terutamanya padi, kacang) dgn menggunakan nyiru yg digerak-gerakkan turun naik: Kalau ~, jangan tumpah padinya. 2 bergerak-gerak turun naik (bkn dada dll); termengah-mengah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menampi | 1. membersihkan beras (padi, kacang, dll) dgn nyiru yg digerak-gerakkan: sewaktu ~ kita mengasingkan segala butir yg besar drpd yg lebih kecil; 2. ki menapis utk memilih yg elok: sudah kami tampi maksud tuan itu; 3. bergerak-gerak turun naik (dada dll), termengah-mengah (nafas): dada saya ~ lebih keras drpd biasa, badan saya berasa seram sejuk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampi; menampi | 1 membersihkan biji-bijian (terutamanya padi, kacang dll) dgn menggunakan nyiru yg digerak-gerakkan turun naik: Kalau ~ jangan tumpah padinya. | Kamus Pelajar |
mengirai | 1. = mengiraikan mengibas-ngibaskan dgn keras (supaya hilang debu dll), mengirapkan, mengepak-ngepakkan atau menggoyang-goyangkan (sayap, bulu, dll): ~ kain sebelum menjemurnya; 2. menampi (beras dll) dgn menggerak-gerakkan bekas (spt nyiru dll); 3. menyebarkan (membentangkan, menyerakkan) padi dll (utk dijemur); 4. membongkar atau merombak (susunan pakaian dll): tangannya ~ fail mencari sesuatu; terlalu keras periksanya sehingga tiap-tiap helai kain dan baju dikirai dan habis badan diperiksa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengirai | 1 menyelerakkan sesuatu yg tersusun (spt pakaian, buku); menyebarkan sesuatu (spt padi) utk dijemur dsb. 2 mengibas-ngibaskan kain dll dgn agak keras (spt sebelum menjemurnya atau utk menghilangkan debu). 3 menampi sesuatu dgn menggerak-gerakkan bekasnya (nyiru dsb) turun naik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kirai | ; mengirai 1 menyelerakkan sesuatu yg tersusun (spt pakaian, buku); menyebarkan sesuatu (spt padi) utk dijemur dsb. 2 mengibas-ngibaskan kain dll dgn agak keras (spt sebelum menjemurnya atau utk menghilangkan debu). 3 menampi sesuatu dgn menggerak-gerakkan bekasnya (nyiru dsb) turun naik. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kirai | mengirai 1. menyelerakkan sesuatu yg tersusun (spt pakaian, buku dll); menyebarkan sesuatu (spt padi dll) utk dijemur dsb. 2. mengibas-ngibaskan kain dll dgn agak keras (spt sebelum menjemurnya, utk menghilangkan debu dll). 3. menampi sesuatu dgn menggerak-gerakkan bekasnya (nyiru dsb) turun naik. | Kamus Pelajar |
kirai I | ; mengirai 1. = mengiraikan mengibas-ngibaskan dgn keras (supaya hilang debu dll), mengirapkan, mengepak-ngepakkan atau menggoyang-goyangkan (sayap, bulu, dll): ~ kain sebelum menjemurnya; 2. menampi (beras dll) dgn menggerak-gerakkan bekas (spt nyiru dll); 3. menyebarkan (membentangkan, menyerakkan) padi dll (utk dijemur); 4. membongkar atau merombak (susunan pakaian dll): tangannya ~ fail mencari sesuatu; terlalu keras periksanya sehingga tiap-tiap helai kain dan baju dikirai dan habis badan diperiksa; terkirai-kirai 1. tersampir atau tergantung berkibar-kibar (bkn pakaian yg dijemur dll); 2. tanggal (hilang, berterbangan) kerana dikirai-kiraikan (digoncang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |